Apple Pie Cupcake

aIMG 1829 1 - Apple Pie Cupcake

Apple Pie Cupcake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Filling Apple
3 sudu besar gula pasir
3 biji epal, potong dadu
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
2 sudu besar mentega tawar
2 sudu kecil. tepung gandum

Penyediaan Filling Apple :
Cairkan mentega di dlm kuali non stick.
Masukkan epal, gula pasir, jus lemon, kulit lemon, serbuk kayu manis dan garam.
Masak di atas api sederhana sehingga epal lembut dan hampir kering.
Tabur tepung dan kacau sehingga mengental.
Angkat dan sejukkan

Adunan Cupcake
1 1/2 cawan tepung serba guna
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula kaster
2 biji telur
170 ml mentega cair
2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan susu cair

Penyediaan Cupcakes :

  1. Panaskan ketuhar pd 175C.
  2. Isi acuan muffin dgn cawan kertas.
  3. Satukan tepung, serbuk penaik, serbuk kayu manis, pala dan garam dlm mangkuk sederhana.
  4. Dalam mangkuk lain pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim.
  5. Masukkan mentega cair dan esen vanila.  Gaul rata.
  6. Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil kaup balik adunan sehingga sebati.
  7. Tuang 1/2 adunan ke dlm cawan kertas, dan letak 1 sudu besar filling epal di tengah.
  8. Bakar selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan cupcakes sebelum di letakkan cream frosting.

aIMG 1831 - Apple Pie Cupcake

Frosting Krim Keju
125 gm cream cheese, lembutkan
2 sudu besar gula aising
1/3 cawan dairy whipping cream
Kayu manis, utk percikan

Penyediaan Frosting :
Pukul dairy whipping krim sehingga kental.
Putar cream cheese dan gula sehingga lembut.
Kaup balikkan dgn whipping cream sehingga sebati.
Masukkan ke dlm piping bag dan picit di atas cupcakes.
Taburkan dgn serbuk kayu manis.

aIMG 1806 - Apple Pie Cupcake

Apple Pie Cupcake

Loading...

Tags: #Apple #Cupcake

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Apple Pie Cupcake"