APAM PISANG COKLAT RICE

46760007 10214893197317967 2045129294526545920 n 1 - APAM PISANG COKLAT RICE

46695190 10214893280360043 7544772386625683456 n - APAM PISANG COKLAT RICE

46800205 10214893198998009 5298144933335531520 n - APAM PISANG COKLAT RICE
Semalam saya ada buat Apam Pisang Coklat Rice utk majlis ilmu di surau taman. Alhamdulillah molek jadinya dan gebu.
kualiti gambar kurang terang sebab ambil waktu maghrib. Resepi biasa2 saya sertakan sekali.
Apam Pisang Coklat Rice.

Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan
2 biji telur
3/4 cawan minyak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 cawan gula
Edit: kalau tak suka manis blh kurangkan ikut citarasa masing2.
2 cawan penuh tepung gandum
coklat rice
Cara membuatnya:
– Sediakan Blender yg bersih.
– Satukan Pisang yg telah di potong-potong bersama gula, minyak dan telur ke dlm blender.
– Kisar pisang sehingga sebati. tidak perlu di kisar terlalu halus.
– Masukkan kedalam mangkuk adunan.
– kemudian masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam ke dlm pisang. kacau sehingga sebati.
– Akhir sekali masukkan coklat rice. kaup balik.
– Sediakan acuan kuih lompang. tidak perlu sapu dgn minyak.
– Tuang adunan ke dlm acuan. hias di atasnya dgn pisang yg telah di hiris nipis.
– kukus selama lebihkurang 10-15 minit atau sehingga masak.
– sejukkan sedikit sebelum di keluarkan dr acuan.
– sedia utk di hidang.

Loading...

Tags: #Apam #Coklat #Pisang #Rice

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "APAM PISANG COKLAT RICE"