APAM GULA HANGUS GEBU

Loading...

IMG20150922101554 1 - APAM GULA HANGUS GEBU

APAM GULA HANGUS GEBU
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum – diayak
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat – diayak sekali dgn tepung
2 sudu mkn marjerin
2 sudu mkn susu pekat manis
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air mendidih

IMG20150922102242 - APAM GULA HANGUS GEBU

Cara-caranya:

  1. Gula dimasak di atas api perlahan sehingga cair dan berwarna keperangan.
  2. Masukkan air mendidih sedikit demi sedikit. (Berhati-hati kerana gula akan memercik apabila dimasukkan air). Kacau sehingga gula larut di dlm air. Tutup api dan sejukkan.
  3. Didihkan air di dlm periuk kukus.
  4. Sementara itu, masukkan telur, marjerin dan susu pekat ke dlm mangkuk adunan. Putar sehingga agak kembang. (Tak perlu kembang sangat.. Pukul lebih kurang 10 minit)/
  5. Masukkan gula hangus. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul sehingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dlm acuan kertas yg diletakkan dlm bekas plastik. (Alaaa.. mangkuk agar2kecil  atau bekas kek kukus yg paling kecil yg orang selalu buat jual tu). Atau apa2 bekas lah… hahaha
  8. Kukus selama 15 minit dgn api sederhana besar.

IMG20150922101613 - APAM GULA HANGUS GEBU

Loading...

Tags: #Apam #Gebu #Gula #HANGUS

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "APAM GULA HANGUS GEBU"