“Apalah sangat murid belajar drpada seorang insan yg hanya mampu jadi seorang guru?”

poluk 1 - "Apalah sangat murid belajar drpada seorang insan yg hanya mampu jadi seorang guru?"

‘Tahap Pendidikan Guru’

Saya tidak tahu hujung pangkal, tetapi tiba-tiba kisah tahap pendidikan seorang guru menjadi viral.

Saya teringat pernah mengadaptasi sebuah kisah yg ditulis dlm bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Mungkin kisah ini relevan utk dibaca semula.

Dalam satu majlis graduasi sekolah, seorang pengetua berucap dgn berkobar-kobar sambil jari telunjuk dijulang ke udara.

“Seorang doktor, mahu anaknya juga menjadi seorang doktor. Seorang jurutera, mahu anaknya juga menjadi seorang jurutera. Seorang ahli perniagaan, mahu anaknya bekerja di syarikatnya menjadi seorang CEO.

TETAPI, seorang cikgu?

Seorang cikgu juga mahu anaknya menjadi seperti mereka semua. Tiada seorang pun yg mahu MEMILIH utk menjadi CIKGU, sangat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya.”

Di satu sudut dewan, di meja mkn, para tetamu mula kecoh bercerita tentang kejayaan dlm kehidupan.

Seorang CEO membuka mulut berbincang tentang masalah yg berlaku dlm bidang pendidikan.

Dia membuka bicara, “Apa yg seorang kanak-kanak blh belajar drpada seorang insan yg pencapaian TERBAIK dlm hidupnya hanya mampu menjadi seorang CIKGU?”

Dia berpaling kepada seorang cikgu yg duduk semeja…

“Haa, awak seorang cikgu kan Rina? Terus terang, apa yg awak buat di sekolah sebenarnya?”

Cikgu Rina yg terkenal dgn jujur dan lemah lembut tersenyum, “Tuan betul-betul ingin tahu apa yg saya buat?” (Dia menarik nafas dlm-dalam lalu menyambung…)

“Begini, saya membuat kanak-kanak bekerja lebih rajin drpada apa yg mereka percaya.

Saya menjadikan murid yg mendapat gred C seperti mendapat No.1 seluruh sekolah atas peningkatan prestasi mereka.

Saya membuatkan murid yg mendapat A- terasa langsung tidak bermakna kerana membazirkan masa saya dgn membuat sambil lewa drpada yg terbaik mampu mereka lakukan.

Saya membuatkan kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian selama 30 minit di dlm kelas semasa saya mengajar. Sedangkan ibu bapa mereka sendiri tak mampu utk buat mereka duduk walau 5 minit. Saya lakukan tanpa Ipod, Iphone, Ipad, Game, atau menonton TV.

Saya membuatkan ibu bapa terkejut dan terharu apabila saya menghantar pesanan ringkas whatsapp utk memberitahu apa yg anak mereka telah lakukan di sekolah. Saya ceritakan bagaimana anak mereka telah berkongsi mknan dgn rakan yg tidak ada wang belanja ke sekolah. Itu adalah tindakan mulia paling sukar utk saya lihat sekarang.

Saya membuatkan ibu bapa ‘sedar’ siapa sebenarnya anak mereka dan apa yg anak mereka mampu lakukan.

Tuan nak tahu apa lagi saya buat?”

(Dia berhenti seketika dan memandang mata setiap orang yg berada di meja tersebut)

“Saya buat anak-anak terasa hebat.”

“Saya buat mereka selalu bertanya soalan.”

“Saya buat mereka yakin menjawab pertanyaan.”

“Saya buat mereka meminta maaf atas kesilapan yg dilakukan dan benar-benar memaksudkannya.”

“Saya buat mereka menghormati orang lain dan bertanggungjawab atas setiap tindakan mereka.”

“Saya buat mereka membaca, membaca, dan membaca.”

“Saya ajar mereka bagaimana nak menulis dan buat mereka menulis dan menulis sehingga mereka tidak akan salah mengeja lagi.”

“Saya buat mereka tunjukkan semua kerja rumah matematik mereka. Saya buat mereka gunakan akal yg Allah berikan, bukan kalkulator yg dicipta oleh manusia.”

“Saya buat bilik darjah saya sbg tempat yg paling selamat dan kondusif utk semua murid saya.”

“Akhirnya, saya buat mereka benar-benar faham sekiranya mereka menggunakan akal dan bakat yg dikurniakan Allah kepada mereka, bekerja keras, dan mengikut kata hati mereka yg benar, mereka akan berjaya.

“Saya yakin dan percaya bahawa duit bukanlah segala-galanya, walaupun semua orang di sekeliling cuba mempertikaikan apa yg saya lakukan.

Saya masih blh mengangkat muka tegak memandang ke hadapan dan berjalan terus tanpa menghiraukan semuanya kerana mereka tidak mengetahui apa yg saya telah buat utk ‘anak-anak” saya .”

“Tuan nak tahu kenapa saya yakin dgn apa yg saya buat?” (memandang tepat wajah tuan CEO tanpa berkelip)

“Saya menyentuh dan memberi kelainan dlm kehidupan mereka. Saya mengubah mereka utk percaya diri dan menjadi yg terbaik mampu mereka lakukan. Mendidik dan menyediakan mereka utk menjadi seorang Doktor, Jurutera, dan CEO.”

“Sekarang, apa pula yg Tuan CEO buat pd mereka?”

Tuan CEO memandang kosong wajah cikgu Rina.

___________

~Diterjemah secara bebas dr puisi Taylor Mali dan diubahsuai dgn sepenuh penghayatan~

Loading...

Tags: #Apalah #Belajar #drpada #Guru #Hanya #Insan' #JADI #Mampu #Murid #sangat #Seorang

author
Author: 
    Kintry Food Co. Hadiah Menang Giveaway by shfyqhazhr.com
    Kintry Food Co. Hadiah Menang Giveaway by  shfyqhazhr.com | Hadiah dr Sha ni
    Sinopsis Drama Kamar Kamariah -Slot Akasia
    Sinopsis Drama Kamar Kamariah -Slot Akasia  : Drama ini bakal menghiasi slot akasia akan
    Lirik Lagu Misteri -Ernie Zakri
    Lirik Lagu Misteri -Ernie Zakri(OST Kamar Kamariah) Ku tak bersendirianSebenarnya di duniaSuara yg
    RUQYAH HAKIKAT KHUSUS UNTUK KESIHATAN JASAD
    Dibacakan Sambil Jari jemari Menekap Ke Perut Kita (Qasad dlm Hati Memohon kepada

    Leave a reply "“Apalah sangat murid belajar drpada seorang insan yg hanya mampu jadi seorang guru?”"