Apalah Nasib AJK Surau Baru Ini Agaknya..

Loading...

Oleh : SALKUKHAIRI ABD SUKOR

KESIAN AJK SURAU NI. APALAH NASIB MEREKA NANTI AGAKNYA.

Baru-baru ni Surau Tabul Al-Hajj ada masalah sikit. Byk barang-barang lama di surau tersebut dah tak blh digunakan lagi. Antaranya mimbar lama, tong tabung surau, karpet lama, kerusi dan meja di bilik mesyuarat dan byk lagi.

Semua barang-barang tersebut ada yg tak digunakan, ada yg dah rosak dan ada juga yg dah tak blh dibaiki lagi. Tapi nak buang sayang. Nak jual tak laku. Tak de siapa yg nak beli. Nak simpan kat surau dah tak muat. Nanti bimbang menghalang jamaah nak mendirikan solat pulak.

Surau 1 - Apalah Nasib AJK Surau Baru Ini Agaknya..
Gambar Hiasan

Maka jawatankuasa surau yg dipengurusikan oleh Pak Jihad pun buatlah mesyuarat tergempar. Hampir 5 jam mesyuarat dijalankan.

Selepas semua memerah idea dan mengutarakan pandangan masing masing, maka jawatankuasa surau pun membuat keputusan utk menjual saja barang-barang surau yg dah tak blh digunakan tersebut kepada syarikat Pro Am Sdn Bhd.

Syarikat ni memang biasa dan berpengalaman “ambil” barang-barang lama dr surau dan masjid sekitar. Apa yg syarikat ni lakukan adalah mereka akan baik pulih barang-barang lama tersebut dan akan cari pembeli-pembeli yg berminat. Hasil drpada jualan barang-barang tu nanti sebahagian besarnya akan diserahkan balik kepada surau atau masjid yg berkenaan mengikut persetujuan bersama. Bukan setakat itu sahaja, syarikat tersebut juga akan bg pinjam guna barang-barang mereka kepada masjid atau surau tersebut buat sementara waktu sehingga hasil jualan drpada barang-barang lama tadi diserahkan kepada surau atau masjid berkenaan.

Memang susah nak cari syarikat yg berpengalaman dan sanggup buat bisnes mcm ni di sekitar pekan ni.

Syarikat ni pekerjanya orang Melayu Islam. Bos-bos besarnya pun orang Melayu Islam juga. Cuma pengurus syarikat tersebut adalah seorang Cina. Tapi sungguhpun beliau bukan beragama Islam, beliau berpengalaman luas dlm bisnes baik pulih dan jual barang-barang lama ni. Mungkin sebab itu lah kot bos-bos besar syarikat tu ambil dan lantik dia sbg pengurus syarikat.

Maka dipendekkan cerita, semua barang-barang surau yg dah tak blh digunakan tadi pun diserahkan kepada Syarikat Pro Am Sdn Bhd tadi. Alhamdulillah. Lega nampaknya pengurusan surau selepas barang-barang tersebut di serah kepada syarikat tadi.

Sebenarnya barang-barang tu dibeli semasa surau Tabull Al-Hajj diuruskan oleh jawatankuasa lama. Maklumlah masa tu jawatankuasa lama rasa surau byk duit. Dibelinya semua barang-barang semata-mata nak habiskan bajet duit surau walaupun tiada keperluan mendesak pun utk beli. Bila dah tak digunakan, jadilah barang-barang tersebut terbiar dan bersepah sahaja di tepi surau.

Bila jawatankuasa baru surau dilantik byklah penambahbaikan yg mereka nak buat utk susun balik kewangan surau dan barang-barang milik surau tersebut.

Selepas itu, berita tentang penjualan barang-barang lama surau tadi sampai ke telinga jawatankuasa lama surau tersebut. Disebabkan dengki dgn usaha yg dilakukan oleh jawatankuasa baru surau tersebut, maka mereka pun mulalah sebar cerita kononnya jawatankuasa baru surau tu pergi jual barang-barang surau pd orang Cina.

“Apa ke jadah nya jual barang-barang surau pd orang kapir?” Tanya Pak Majdi bekas pengerusi surau tu di hadapan penyokong penyokongnya.

Maka penyokong penyokongnya yg setia pun mulalah sebarkan cerita tu pd seluruh orang kampung. Orang kampung yg tak pernah datang surau pun turut terpengaruh dan buat bising. Habis satu kampung jadi kecoh dgn berita tersebut.

“Jawatankuasa baru surau jual barang-barang surau pd orang kapir”. Itulah perkataan yg mereka duk sembang dan ulang-ulang kat kedai-kedai kopi. Sampai penduduk kampung sebelah pun turut terpedaya dgn cerita yg mereka sebarkan tersebut.

Marah sungguh nampaknya orang kampung dgn tindakan yg dilakukan oleh jawatankuasa baru surau tadi. Segala penjelasan drpada Pak Jihad dan AJK-AJK beliau tidak diendahkan langsung. Bg Pak Majdi dan konco-konconya, jawatankuasa baru ni dah buat salah besar. Dah melampau.. Dah sesat..Mereka perlu diganti dlm mesyuarat AGM surau yg akan datang.

Kesian jawatankuasa baru surau. Usaha yg baik yg mereka lakukan utk menyelamatkan pengurusan surau telah difitnah dan ditohmah sedemikian rupa. Nasib lah. Siapa suruh nak sangat jadi jawatankuasa surau. Kan dah kena. Bersabar je lah Pak Jihad oii..

Begitulah kisah yg terjadi di Surau Tabull Al-Hajj. Surau kampung saya yg tercinta. Moga kisah ini menjadi tauladan utk kita semua.

Wallahuaklam

Loading...

Tags: #Agaknya.. #Apalah #Baru #Nasib #Surau

author
Author: 
    Download Family and Friends Alphabet Book
    Click the cover page to download Family and Friends Alphabet Book
    Misteri Kematian Artis Cantik Desy Nurhakiki, Overdosis Suntik Putih atau Serangan Jantung?
    slidegossip.com – Belum lama ini publik dikejutkan dgn berita kematian artis cantik Desy
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal

    Comments are closed.