Apakah Senarai Produk Barangan Israel/Amerika Yg Perlu Di Boikot

x 156 - Apakah Senarai Produk Barangan Israel/Amerika Yg Perlu Di Boikot

Masyarakat Islam harus bersifat empathy dan insaf bahawa sudah ramai saudara kita menjadi mangsa korban dibunuh oleh Zionis Yahudi dan sekutunya di Iraq, Afganistan, Mesir, Filipina dan negara2 di benua Afrika. Di Palestine sahaja dlm tempoh sebulan ini (sehingga 8/8/2014) sekurang-kurangnya 1,875 rakyat Palestin telah terkorban yg kebanyakannya orang awam akibat serangan ganas bertubi-tubi tentera Israel, sementara lebih drpada 9,500 yg lainnya mengalami kecederaan.

Dalam tempoh 4 minggu ini, Rejim Zionis telah turut melakukan kezaliman dan kemusnahan yg tidak bertamadun sehingga memusnahkan lebih 60 buah masjid, 1500 buah bangunan termasuk university, sekolah dan pusat perlindungan PBB.

Kita sebenarnya dituntut utk berjihad membela saudara Islam kita dlm apa sahaja cara yg termampu seperti jihad boikot utk tidak membeli produk Israel dan Amerika. Janganlah memberi dan mengeluarkan wang membantu ekonomi mereka sehingga membolehkan Zionis Yahudi membeli senjata membunuh orang Islam.

Boikot Produk Israel

Berikut adalah senarai produk dan Syarikat Israel dan Amerika serta sumbangan mereka kepada rejim Zionis dan Amerika:

1) Nama Syarikat : Nestle

Produk : Mknan dan Minuman

Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

Fakta : Nestlé adalah syarikat mknan Swiss terbesar di dunia. 53.8% saham pelaburannya yg bernilai lebih $ 850 juta, dimiliki oleh syarikat pengeluar mknan terkemuka Israel, Osem. Nestle mempunyai 9 kilang di Israel, Rusia (11) dan China (18). Ia adalah bilangan tertinggi di mana-mana negara di Asia. Dan pd Mei 2011, Nestle mengumumkan rancangan utk membina kilang lain di Israel, sebuah kilang ais krim bernilai $ 40 juta.

Pada thn 1998, Encik Peter Brabeck-Letmathe bg pihak Nestle menerima Anugerah Jubli oleh Perdana Menteri Israel Netanyahu. Pd thn 2000,  Nestlé mengumumkan utk melabur berjuta-juta dolar di Israel dlm R & D. Berikutan anugerah pd bln Jun 2002 Nestle membuka Pusat Penyelidikan & Pembangunan di Israel, di Sderot. Dan sejak itu ia telah semakin meningkat pelaburan di Israel, kepentingan awal 10% dlm Osem kini telah berkembang kepada mengawal 53.8%.

Nestle juga memiliki Nespresso Israel Ltd di Tel Aviv yg membekalkan peralatan pembuatan kopi. Pd thn 2010 Nestle memperoleh $ 72,000,000 (51%) kepentingan dlm syarikat Israel babyfood Materna Laboratories. Nestlé juga memiliki 30% kepentingan dlm L’Oréal, sebuah lagi syarikat yg perlu diboikot.

2) Nama Syarikat : Danone

Produk : Mknan, Minuman Dan Biskut

Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant’ Galbani, Danao, Danette

Fakta : Pd thn 1998 Franck Riboud bg pihak Danone menerima Anugerah Jubli drpada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel utk syarikat yg memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pd thn 1998.

3) Nama Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut – KFC

Produk : Minuman dan Mknan

Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dr pemerintah Israel kerana lebih 30 thn menyokong rejim Zionis serta membantah pemulauan Liga Arab terhadap Israel.

4) Nama Syarikat : Phillip Morris

Produk : Rokok dan Mknan

Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Fakta : 12 % keuntungannya adalah utk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta utk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

5) Nama Syarikat : Disney

Produk : Kartun, Filem, Taman Tema

Jenama : Disney, Disneyland, Euro-Disney,

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sbg ibu negara Israel. Kos US 8 juta utk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel utk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland utk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

6) Nama Syarikat : News Corporation

Produk : Media & Hiburan

Jenama : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur ribuan juta dollar dlm menyokong propaganda Israel.

7) Nama Syarikat : AOL Time Warner

Produk : Media Elektronik dan Cetak

Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Fakta : AOL memperuntukkan 30% drpada portfolio keuntungan di Israel. Pd thn 1998 AOL menerima anugerah Jubli drpada Perdana Menteri Netanyahu.

8) Nama Syarikat : Nokia

Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia, syarikat Finland telah melabur begitu byk di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

9) Nama Syarikat : IBM

Produk : Komputer

Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dr 3 syarikat yg disanjung semasa Jamuan Mkn Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Utk Demokrasi pd 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

10) Nama Syarikat : Intel, Dell, Hp, Compaq

Produk : Perkakasan komputer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pd 1974.

11) Nama Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.

Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut

Jenama : JC Penney, Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew, Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

12) Nama Syarikat : Revlon

Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yg memiliki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yg menggunakan Holocaust utk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

13) Nama Syarikat : L’Oreal

Produk : Barangan Mewah Pengguna

Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat kepada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malabur dgn begitu byk di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dgn L’Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

14) Nama Syarikat : Estee Lauder

Produk : Barangan Pengguna

Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yg fungsinya ialah utk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

15) Nama Syarikat : Kimberly-Clark

Produk : Tuala / Tissu

Jenama : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Fakta : Pd thn 1998 Robert P. Van der Merwe, Pengerusi Kimberly Clark, menerima Anugerah Jubli drpada Perdana Menteri Israel Netanyahu kerana sumbangan mereka dlm membangunkan ekonomi Israel.

16) Nama Syarikat : Johnson & Johnson

Produk : Kesihatan & Bayi

Fakta : Pd thn 1998 Roger S. Fineon bg pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli drpada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

17) Nama Syarikat : Procter and Gamble

Produk : Kesihatan, Sabun, Syampu

Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean.

18) Nama Lain-Lain Syarikat

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz, Herbalife, Starbuck.
Produk dan buah2an import menggunakan label Singapura seperti minyak zaitun, buah orange, anggur, epal, delima dan pisang kaki yg sebahagian besarnya berasal dr wilayah rampasan Israel di Palestin.

Lihatlah betapa byknya produk Israel yg telah lama bertapak dan berakar umbi di negara kita. Maka marilah kita memboikot barangan yg dikaitkan dgn Israel seperti senarai di atas. Tambah memberikan kesan jika ia dpt dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Sedarlah, sekurang-kurang dgn kelemahan iman, kita hendaklah turut berjihad perut dan wang agar tidak membeli produk dan menyumbang kepada ekonomi zionis yahudi Israel dan Amerika. Berhentilah merokok kerana ianya telah difatwakan haram malah setiap ringgit yg dikeluarkan berkemungkinan menyumbang kepada pembunuhan saudara seIslam kita.

Di dlm pasaran telah ada begitu byk barangan buatan Malaysia dan produk Bumiputera Muslim khasnya sbg altenatif dan pilihan. Jadi belilah produk keluaran usahawan Muslim dan bantulah tingkatkan ekonomi saudara seagama kita. Produk barangan yg belum ada alternatifnya dan kalau masih terpaksa menggunakannya, gunalah dahulu tetapi terdapat tanggungjawap fardhu kifayah ke atas seluruh umat Islam di situ…

Pekerja dan pengusaha Islam yg terlibat menjual barangan yahudi Israel dan Amerika harus sedar dan mencari pekerjaan atau bisnes alternatif dgn mencipta produk sendiri. Kita sudah tidak sanggup lagi melihat rakyat Palestin terus ditindas, maka janganlah bersubahat membunuh saudara seIslam semata2 kerana kepentingan mencari wang dan keuntungan.

Israel dan Amerika mengambil duit kita dgn membuat peluru, bom dan senjata merbahaya hanya utk berperang dgn Palestin dan memerangi Islam keseluruhannya. Tindakan boikot oleh pengguna ini mampu memberi impak maksimum dlm memberi tekanan kepada Israel dgn cara melemahkan ekonomi mereka. Maka marilah kita bersama bersatu memboikot produk barangan Yahudi Israel dan Amerika secara berhemah, penuh adab dan tanpa melakukan perbuatan melampau utk memberi mesej protes yg tegas terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin demi keteguhan dan memartabat Islam sejagat.


Loading...

Tags: #Apakah #Barangan #Boikot #Israel/Amerika #Perlu #PRODUK #Senarai

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Apakah Senarai Produk Barangan Israel/Amerika Yg Perlu Di Boikot"