Apakah Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)?

Loading...

pito 1 - Apakah Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)?

SEJARAH PITO (Program Intervensi Tambah Opsyen)

Keputusan Kabinet Julai 2007 telah menetapkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggung jawab utk melatih guru sekolah rendah manakala latihan utk guru sekolah menengah dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Pendidikan IPTA.

Ketika ini, UPSI dan 7 buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dgn pengkhususan dlm bidang Sains Tulen dan Matematik (iaitu USM, UTM, UKM, UPM, UM, UiTM dan UMS). Sementara itu UPSI dan 3 buah Fakulti Pendidikan lain menawarkan kursus ISMP dgn pengkhususan dlm bidang Ekonomi (iaitu USM, UMS dan UUM).

Jumlah pengambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yg ditetapkan oleh KPM.

Sementara itu, UPSI dan beberapa buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus ISMP dgn pengkhususan dlm Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan/Sains Sukan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah. Jumlah pengambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yg ditetapkan oleh KPM.

Berdasarkan data KPM pd 26 April 2010, berlaku lebihan guru sekolah menengah (yang sedia ada dlm perkhidmatan) yg ketara dgn opsyen Sains Tulen, Matematik dan Ekonomi dan kekurangan guru dlm opsyen Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual.

Fenomena lebihan dan kekurangan guru dlm opsyen tertentu ini telah menyebabkan masalah penempatan guru mengikut opsyen di sekolah menengah seluruh negara. Masalah ini akan menjadi lebih kritikal apabila calon guru keluaran Fakulti Pendidikan IPTA bergraduat mulai Mei 2010.

Keputusan Mesyuarat Sesi Perbincangan Profesion Guru Utk Keperluan Makmal NKRA Pendidikan: Meningkatkan Kualiti Guru pd 23 Mac 2010 bertempat di Makmal NKRA KPM memutuskan supaya satu program intervensi jangka pendek diadakan bg menangani masalah ini.

Objektif PITO

Objektif program ini ialah utk membekalkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bg membolehkan calon guru mengajar dgn berkesan salah satu mata pelajaran opsyen di mana berlaku kekurangan guru (Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah) di peringkat menengah rendah.

Kerangka PITO

1. Program intervensi jangka pendek ini akan dijalankan oleh Fakulti Pendidikan IPTA secara ‘over and above’ program ISMP yg dikuti oleh calon guru yg terlibat (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Ekonomi) yg akan bergraduat pd thn 2012 dan 2013 sahaja.

2. BPG akan menjalankan program intervensi yg sama ke atas kumpulan calon guru yg akan bergraduat pd Thn 2010 dan 2011. Fakulti Pendidikan IPTA tidak dpt menjalankan program intervensi bg kohot ini memandangkan kekangan masa kerana perlaksanaan sistem semester sedia ada (program intervensi ini mengambil masa 10 – 12 minggu).;

3.  Setiap Fakulti Pendidikan IPTA melaksanakan program intervensi ke atas kumpulan calon guru di Fakulti masing-masing. Calon guru yg mengikuti program intervensi yg lulus dgn jayanya akan diberikan sijil oleh IPTA berkenaan.

Struktur Program

1. Jumlah keseluruhan beban kredit bg program ini adalah antara 14 – 17 kredit.

2. Kandungan dan Skema Program

  • Kandungan program intervensi ini meliputi aspek konten, kemahiran dan perkaedahan berkaitan opsyen berkenaan.
  • Beban kredit setiap kursus ialah antara 2 – 3 kredit.
  • Skema program bergantung kepada ketetapan IPTA masing-masing.;

3. Kaedah Penyampaian (Delivery)

Perlaksanaan program ini melibatkan pelbagai kaedah P&P seperti kuliah, amali, perbincangan dll.

4. Penilaian

  • Penilaian pembelajaran dilaksanakan secara berterusan menggunakan pelbagai pendekatan yg diamalkan di IPTA masing-masing.
  • Gred akan diberikan utk setiap kursus berdasarkan pencapaian calon mengikut amalan IPTA masing-masing.
  • Calon wajib lulus setiap kursus dgn gred minima C utk layak dianugerahkan sijil.

Kaedah Pelaksanaan PITO

1. Fakulti Pendidikan IPTA akan melaksanakan program ini semasa cuti hujung sesi akademik. BPG pula dicadangkan supaya menjalankan program ini secara Kursus Dlm Perkhidmatan.
2. Fakulti Pendidikan IPTA menggunakan tenaga pengajar, ruang dan sumber yg sedia ada. Beban tugas ini adalah dikira sbg “over and above” tugas hakiki staf yg terlibat.
3. Sbg program “over and above”, ia melibatkan implikasi kewangan tambahan utk perlaksanaannya.

Implikasi Kewangan

Implikasi kewangan one-off program ini diperlukan utk menampung kos berikut:
a. Upahan (syarahan, amali, tutorial, dll)
b. Bahan P&P
c. Bahan guna habis
d. Sewa ruang and utiliti
e. Penginapan calon
f. Sara hidup calon


BILAKAH PITO akan ditawarkan???

Isu kekurangan guru Bahasa Inggeris sangat kritikal sejak dua menjak ini. Seolah-olah tiada penyelesaian. Perbincangan yg melibatkan implikasi kewangan sering bermain-main di setiap kementerian.

Terdapat khabar angin, PITO utk subjek Bahasa Inggeris akan ditawarkan ada thn 2019 ini. Sentiasalah melayari laman web KPM utk tawaran-tawaran terkini!

Untuk rekod PITO telah ditawarkan pd thn 2013, 2014 & 2018 (Bahasa Inggeris)

Loading...

Tags: #Apakah #intervensi #Opsyen #PITO #Program #Tambah

author
Author: 
    Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam
    KETAHUI HAK ANDA! Sekiranya anda adalah penjawat awam, tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan
    90% sekolah daif di seluruh negara sudah dibaik pulih – Maszlee
    Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, keutamaan diberikan kepada sekolah daif yg diisytiharkan tidak
    16 Sentence Examples To Help Weak Pupils To Write Pertaining To The BM Word – “ADA”
    Malaysian English Teacher…hopefully these will help.. Every time our pupils begin to write,
    Dipastikan Menikah Hari Ini, Richard Kevin Sudah Pindah Agama Sebelum Nikahi Cut Tari?
    slidegossip.com – Pasangan artis Cut Tari dan Richard Kevin sudah dipastikan akan melangsungkan

    Leave a reply "Apakah Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)?"