Apabila “Uncle” Maszlee masuk kelas ajar Bahasa Inggeris

FB IMG 1552028331885 1 - Apabila "Uncle" Maszlee masuk kelas ajar Bahasa Inggeris

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik meluangkan masa kira-kira 45 minit mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada 35 pelajar Tingkatan Tiga sempena lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya, di Semporna, hari ini.

Sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Tingkatan Tiga Beta itu dibantu Fellow Teach For Malaysia (TFM), Susan Balong, 25, yg mengajar Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.
IMG 20190308 145949 - Apabila "Uncle" Maszlee masuk kelas ajar Bahasa Inggeris

Sepanjang sesi itu, keceriaan terpancar di wajah pelajar yg sesekali diselang-seli dgn gelak ketawa apabila Menteri Pendidikan itu bijak menarik perhatian mereka, termasuk membuat jenaka.

Bagi Nur Shadyra Syazwati Omar Saleh, dia tidak menyangka Maszlee datang melawat sekolah mereka, apa lagi mengajar di dlm kelasnya.

“Memang kami sangat teruja apatah lagi menteri sendiri masuk ke kelas mengajar dan menjadi guru kami. Walaupun sekejap tetapi peluang ini mungkin sekali dlm seumur hidup dan kami rasa sangat bertuah,” katanya.

Rakan sekelasnya, Nurul Ainul Mardhiah Suharto, berkata walaupun ‘guru’ mereka hari ini adalah Menteri Pendidikan, pelajar tidak kekok, malah dpt berkomunikasi dgn baik sepanjang sesi.

“Memang seronok sebab selama ini kami cuma lihat wajah menteri di televisyen, tetapi hari ini siapa sangka menteri masuk mengajar dlm kelas kami.

“Menteri minta kami panggil beliau ‘uncle’. Suasana mesra dlm kelas terasa singkat sehingga sesi mengajar tamat,” katanya yg tidak melepaskan peluang bergambar beramai-ramai bersama Maszlee.

Turut serta dlm lawatan itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin serta Pengetua SMK Bugaya, Rozita Anjuh.
FB IMG 1552028238275 - Apabila "Uncle" Maszlee masuk kelas ajar Bahasa Inggeris

FB IMG 1552028297293 - Apabila "Uncle" Maszlee masuk kelas ajar Bahasa Inggeris

Sementara itu, dlm sidang media, Dr Maszlee berkata, rombongan beliau bersama pegawai kanan KPM bertujuan meninjau keadaan sekolah luar bandar di Sabah termasuk di kawasan pulau.

Katanya, beliau bersama Yusof dan Mohd Gazali turut meluangkan masa mengajar bg merasai serta menjiwai bagaimana tugas guru di sekolah luar bandar.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Yayasan TFM yg menghantar lima Fellow utk mengajar Bahasa Inggeris di SMK Bugaya.

“KPM menggalakkan pembabitan pihak swasta dgn kerajaan terutama dlm meningkatkan kualiti dan penguasaan Bahasa Inggeris dlm kalangan pelajar,” katanya.

Sempena lawatan itu, beliau meluluskan peruntukan penyelenggaraan berjumlah RM100,000 kepada sekolah terbabit.

Loading...

Tags: #Ajar.. #Apabila #BAHASA #Inggeris #Kelas #Masuk #Maszlee #Uncle

author
Author: 
    Misi saya sudah selesai kata Zahid Hamidi
    KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita “misi saya sudah selesai”
    Arti Kata Gaul Ngedos
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Ngedos, baik itu di dunia
    Lama Tak Terlihat, Selebgram Cantik ‘Musuh’ Trio Ikan Asin Ini Ternyata Sudah Meninggal!
    slidegossip.com – Setelah berita meninggalnya Ashraf Sinclair, publik kembali dibuat terkejut dgn kabar
    Ramalannya Sering Tepat, Mbak You Sebut Pasangan Artis R dan L Terlilit Byk Hutang!
    slidegossip.com – Paranormal kondang Mbak You dikenal dgn ramalan atau prediksinya yg sering

    Leave a reply "Apabila “Uncle” Maszlee masuk kelas ajar Bahasa Inggeris"