Apa Jadi Bila Gigi Berlubang?

Loading...

Oleh : Pusat Sejahtera USM

APA JADI BILA GIGI BERLUBANG?

Apa jadi kalau gigi sudah berlubang dan kenapa gigi perlu dirawat dgn tampalan apabila sudah berlubang. Tengok gambar dan lihat apa yg berlaku di bawah lubang itu.

Gigi 1 - Apa Jadi Bila Gigi Berlubang?

Lapisan enamel (yang paling luar) adalah lapisan paling kuat. Dikatakan organ terkuat dlm badan kita ni. Kena tampal cepat-cepat bila gigi dah berlubang di peringkat ini. Belum lagi ada teknologi yg blh mengembalikan struktur gigi asal bila sudah jadi mcm ini.

Masa ini kebanyakannya tak sakit. Jadi orang akan selalu abaikan utk jumpa doktor gigi dan buat pemeriksaan. Orang kita lebih suka jumpa masa sakit sahaja.

Lapisan dentin (lapisan kedua) sangat fragile. Sempadan antara enamel dan dentin adalah sangat kritikal. Doktor gigi akan bersihkan betul-betul sempadan ini sebab bakteria mudah merebak bila dia dah mula bertenggek dlm dentin. Dlm dentin bakteria senang merebak dan menjadikan lubang lebih besar.

Sebab itu nampak lubang mcm kecil dr luar, tapi sebenarnya lubang tu dah besar kat dlm. Kalau lubang dah sampai lapisan dentin ni, kita akan senang rasa sensitif atau orang sebut ngilu.

Lapisan pulpa (yang paling dlm) ada saraf dan saluran darah. Kalau gigi ada 3 akar, setiap akar ini ada saluran masing-masing. Kalau bakteria dah sampai pulpa, tanggunglah azab sakit gigi sampai berdenyut-denyut dan tak blh tidur malam. Sakit akan datang secara tiba-tiba.

Ramai yg biarkan sakit sebab takut jumpa doktor gigi. Sanggup tahan sakit drpada pergi klinik gigi. Akhirnya gigi akan mati.

Selain memberus gigi, kita mesti dptkan pemeriksaan gigi setiap 6 bln.

Gigi rosak tak semestinya sakit.
Tak sakit, tak semestinya tak ada gigi rosak.

Kalau dpt sesuatu, kongsikanlah supaya ramai lagi sedar.

Loading...

Tags: #Berlubang #bila #GIGI #JADI

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Apa Jadi Bila Gigi Berlubang?"