Apa itu PSKPP dan mengapa ia jadi isu polemik dikalangan guru?

Loading...

PSKPP 1 - Apa itu PSKPP dan mengapa ia jadi isu polemik dikalangan guru?

Isu PSKPP selalu menjadi ‘masalah’ yg diungkit oleh segelintir guru di seluruh negara. Sesekali timbul pertikaian dlm kalangan guru di sekolah atau group FB / Whatapps mengenai ‘perbelanjaan kewangan’ dan juga ‘kutipan yuran thnan’ yg disumbangkan ahli PSKPPK secara tradisi sejak berpuluh thn.

Saudara Lukman Moidin telah mengambil langkah dgn membantu JPN dan PPD di seluruh Malaysia bg menjelaskan secara ringkas berkaitan perkara yg sepatutnya dijelaskan oleh pegawai JPN atau PPD bg membetulkan persepsi negatif yg sering dilemparkan kepada PSKPP.

Apa itu PSKPP ?

PSKPP ialah Persatuan (bukan Pesta) Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran. Di peringkat kebangsaaan (KPM) pula disebut ialah MSKPPM.

YDP PSKPP ialah Pengarah Pendidikan Negeri dan di peringkat kebangsaan ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sbg YDP MSKPPM (Majlis Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia)

PSKPP adalah badan sah berdaftar dgn ROS. PSKPP berdaftar ini pula wajib mengadakan mesyuarat agung thnan. Kebiasaannya PSKPP akan mengadakan mesyuarat agung ketika pertandingan sukan diadakan di peringkat negeri masing-masing.

Skim Berkelompok

Selama lebih 10 thn, beliau terlibat secara langsung dlm membantu PSKPPK menguruskan skim berkelompok bg membantu kebajikan ahli PSKPPK. Utk makluman, menurut Lukman, skim PSKPPK telah menyumbang hampir RM10 ribu bg membantu aktiviti PSKPPK. Manakala hampir RM500K (setengah juta RM) telah dibayar kepada ahli PSKPPK yg ditimpa musibah penyakit kritikal atau kematian.

Mesyuarat Agung

Setiap kali mesyuarat agung beliau akan terlibat dan menyimpan semua bahan sbg bukti. Daripada situasi berkenaan, beliau sedar bahawa ramai guru tidak terdedah dgn perjalanan pengurusan kewangan PSKPP. Buku laporan mesyuarat masih ada dlm simpanan beliau sehingga sekarang.

Setiap kali hadir mesyuarat agung, ahli akan dibekalkan dgn BUKU LAPORAN MESYUARAT dan PENYATA KIRA-KIRA. Ianya diaudit secara dlman dan lengkap utk membuktikan tiada penyelewengan dlm kalangan pegawai JPN/PPD dan AJK PSKPP.

Sumbangan Guru

Sumbangan DERMA dan SEDEKAH kita sebanyak RM5 sebenarnya TERAMAT SEDIKIT berbanding kos perbelanjaan PSKPP dlm menguruskan aktiviti rakan-rakan kita yg berkorban tenaga, masa dan juga wang ringgit membantu PSKPP.

Malah salah seorang sahabat MPSAH beliau di Perak meninggal dunia ketika bermain bola tampar utk membantu PSKPP Perak. Dgn DERMA RM5 setahun, Lukman menasihati para guru agar tidak perlu kecoh utk mendapatkan penyata dan sbgnya. Lainlah jika bayaran yg dikenakan setiap bln RM5 dan mahukan perincian dr PSKPP.

Isunya mengapa ramai guru tidak terdedah kepada makumat ini :

1. Mesyuarat PSKPP hanya melibatkan guru atau PGB yg terlibat sahaja pd atau semasa pesta sukan permainan bg menjalankan mesyuarat agong. Nak panggil semua guru satu negeri manalah cukup budget.

2. Penyata dan laporan yg dibekalkan juga terhad bg menjimatkan kos pengurusan dan biasanya disimpan oleh pihak PGB yg hadir atau peserta.

3. Sepatutnya setiap PPD menerima PENYATA KEWANGAN dan diedarkan ke sekolah. PGB mesti menampal penyata kewangan sbg makluman kepada semua guru agar tidak timbul isu perbelanjaan dan tuduhan fitnah kononnya wang dibelanjakan oleh pihak tertentu bg tujuan melancong dan sbgnya.

4. Semua isu ini timbul kerana masalah komunikasi dan penyaluran maklumat yg kurang cekap dr pihak JPN dan PPD.

5. Wang sumbangan guru dan kakitangan sebanyak RM5 sebenarnya tidak mencukupi bg menampung kos mkn-minum serta perbelanjaan lain kepada rakan-rakan yg terlibat dlm sukan permainan tersebut.

6. Berpuluh ribu terpaksa ditampung dr unit dana hasil dr jualan buku kepada pelajar sekolah utk tujuan ini.

7. Beliau berpesan kepada dirinya sendiri setiap kali menyumbang RM5 ini sbg satu NIAT SEDEKAH bg rakan sekerja yg membantu PPD dan JPN. Dahlah ramai yg kaki bangku dan boroi, tak fit, apalah salahnya neri sokongan dgn hanya menyumbang RM5 sahaja setahun. Rakan yg berhujan panas bermain utk daerah dan negeri pun bayar yuran dan malah keluar duit poket lagi. Kita pula hanya perlu menyokong dgn nilai RM5 setahun sahaja.

8. Sedekah menyuburkan rezeki dan usahlah pertikaikan lagi ke mana wang dibelanjakan. Kalau ada pengawai yg seleweng itu hal mereka dan nanti tibalah masa mereka kena menjawab. Kita nak kalut apa dgn RM5, kita tak miskin pun beb.

Pengajarannya :

➡Sepatutnya Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan DANA bg aktiviti guru sama ada sukan, permainan dan juga sambutan Hari Guru. Kalau setiap JPN diberikan DANA KHAS, aku rasa isu yuran PSKPP ni akan selesai.

➡Di pihak kita, jangan kedekut utk menyumbang yuran PSKPP selepas ini. Orang kedekut confirm rezeki sempit dan hidup pun tak akan senang. Aku dah tengok jenis tangkai jering ni. Kalau mereka tak berubah lantaklah. Yg penting anda yg baca harus sentiasa POSITIF bila MENDERMA kepada sesiapa sahaja.

➡Jika anda yakin berlaku penyelewengan, buat laporan terus kepada SPRM, kang senang cerita dr membawang tak tentu hala.

➡Jangan jadi penyebar fitnah tetapi jadilah penyebar maklumat yg sahih. Kongsilah maklumat ini kepada rakan sekolah kita yg selalu menuduh salahguna kewangan di dlm PSKPP agar mrk tahu fakta sebenar.

LUKMAN B. MOIDIN
Pertubuhan Kebajikan Warga Pendidikan Malaysia @ Pertubuhan BARAKAH Malaysia

Sumber: FB Barakah

Loading...

Tags: #dikalangan #Guru #JADI #Mengapa #polemik #PSKPP

author
Author: 
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

    Comments are closed.