Apa itu Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR (Part 3)

Loading...

photo 2017 01 09 13 27 23 1 - Apa itu Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR (Part 3)

Part 3: What is CEFR-aligned curriculum?

Jika terlepas tren Part 1:Apa Itu CEFR?, Part 2a, 2b, 2c: Kenapa CEFR? Sila ke pos sebelum-sebelum ni:

1. Apa itu CEFR? – Part 1
2. Kenapa perlu CEFR di Malaysia – Part 2a
3. Kenapa perlu CEFR di Malaysia – Part 2b
4. Kenapa perlu CEFR di Malaysia – Part 2c

So CEFR-aligned curriculum tu apa beza dgn kurikulum dulu? Utk cikgu primary, perbezaan tu sangat lah tak ketara sebab KSSR telah dilaksanakan pd thn 2011 lagi.

CEFR-aligned curriculum tu tak jauh beza pun dgn KSSR, cuma ada dibuat penambahbaikan di sana dan di sini.

Untuk cikgu2 secondary, mungkin terdapat kejutan budaya sikit sebab KSSM baru sampai pd thn 2017.

So maybe saya blh explain satu-satu supaya mungkin info yg terlepas pandang tu blh kita tengok sama-sama.

12105466 C9B8 441E B1B9 33B22DC4CF86 - Apa itu Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap Penguasaan CEFR (Part 3)

1) CEFR-aligned curriculum ni bermula dr prasekolah dan berakhir di Form 5.

Jika dahulu, team2 preschool, primary dan secondary adalah team yg berlainan, kali ini semua team2 telah bergabung. Dgn kerjasama Cambridge dan BPK, curriculum kita telah dibuat pemetaan supaya ada kesinambungan, dr tahap prasekolah ke primary sehinggalah tamat Form 5.

Banyak kebaikan drpada pemetaan curriculum framework kita ni. Progress pembelajaran tu memang sangat clear dan cikgu2 blh tengok curriculum framework ni dan lihat target peningkatan berperingkat murid2.

Cikgu juga blh plan forward or backward utk jangka masa panjang. Selain tu, cikgu Thn 3 blh tengok cikgu Thn 1 dan 2 dah cover Learning Standards apa.

Pastu, kalau ada cikgu yg cakap, “MoE ni asyik tukar kurikulum je”, you pokkk sikit dia sebab pemetaan sehingga form 5 ni dah dibuat pd thn 2016, dan publish pd hujung 2017.

Macam mana target level CEFR ikut murid tu ditetapkan? Blh rujuk pd gambar yg disertakan utk lihat bahawa target kurikulum tu dibuat berdasarkan hasil Baseline Study 2013 dan aspirasi yg ditetapkan oleh EL Roadmap.

2) CEFR-aligned curriculum fokus kepada semua 4 language skills

Semua 4 language skills, Listening, Speaking, Reading dan Writing diberi fokus. Semua skills ni kemudiannya di consolidate oleh Language Arts lesson.

Dalam CEFR-aligned curriculum, akan ada satu main skill yg diberi fokus, dan akan dilengkapi oleh satu complementary skill. Complementary ye, bukan complimentary. Lain maksud tu.

Kalau utk KSSR dahulu, skills Listening dan Speaking tu diletak bersama, kemudian Reading skills, pastu Writing skills, pastu Language Arts.

Kalau KBSM pulak, integrated skills membolehkan cikgu fokus mana-mana skills terpulang kepada cikgu.

Unfortunately, integrated skills dlm KBSM dan integration of L&S skills dlm KSSR menyebabkan ada skill yg terlepas pandang utk diajar.

Biasanya yg tercicir adalah skills yg agak sukar utk diajar seperti Listening dan Speaking, walaupun skills ni lah yg paling penting utk komunikasi.

L&S selalu tercicir sebab susah nak prepare utk audio/video dlm kelas, mengambil masa, dan susah utk murid buat latihan, susah utk lihat progress.

(Actually skill paling selalu tercicir ialah Listening, but that’s another story)

Biasanya Reading dan Writing je selalu diberi fokus kerana lebih senang nak nampak improvement dan tidak mengambil masa yg panjang utk diajar dlm kelas berbanding L&S.

Maka terjadilah anak-anak Malaysia with poor listening skill, atau ada juga yg faham orang cakap English tapi tak reti nak reply. Kan kan kan?

3) CEFR-aligned curriculum lebih fokus kepada fluency, barulah accuracy

Kalau dulu, kita fokus sangat kepada ketepatan bahasa. Contohnya, kalau orang tanya, “What is your name?” jawapannya mestilah “My name is Azmira”.

Tapi dgn CEFR-aligned curriculum yg lebih menjurus kepada fluency, yg penting sekali ialah inti komunikasi tu sampai.

So kalau orang tanya, “What’s your name?”, saya blh jawab “My name is Azmira / I’m Azmira / Azmira”. Semua jawapan tu pun betul.

Sebab yg penting ialah saya faham soalan tu dan blh menjawab dgn kefahaman yg betul.

Kalau cikgu tanya, “How do you go to school?”. Utk kanak-kanak yg masih di tahap beginner, jika guna ayat sepert “I go to school by bas”, adalah diterima walaupun ejaan ‘bas’ sepatutnya ‘bus’. Justifikasinya adalah sama seperti perenggan di atas.

Bila dah sampai tahap proficient nanti, barulah ketepatan penggunaan bahasa ditekankan. Jika awal2 dah cantas, nanti tak semangat pula murid nak belajar, kan?

Okay sambung pasal pelaksanaan pulak kat Part 4: Materials to support the implementation of CEFR-aligned curriculum

Sumber: Azmira Amran – BPK


Loading...

Tags: #BAHASA #CEFR #Inggeris #Kurikulum #Part #Penguasaan #Sejajar #Tahap

author
Author: 
    Demi Artis Cantik Ini, Sang Pria Rela Pindah Agama dan Menikah di Hotel Mewah!
    slidegossip.com – Artis cantik Nadia Saphira kini telah resmi menjadi istri dr Mikael
    Pantas Saja Diceraikan, Ternyata Begini Kelakuan Mellya yg Jadi Alasan Cerai UAS!
    slidegossip.com – Baru-baru ini, mantan istri Ustad Abdul Somad (UAS), Mellya Juniarti mengunggah
    Sempat Depresi Hidup Sendiri, Artis Cantik Ini Temukan Kedamaian Setelah Masuk Islam!
    slidegossip.com – Kesuksesan sinetron ‘Tukang Ojek Pengkolan (TOP)’ yg tayangannya selalu ditunggu-tunggu penonton,
    Bongkar Aib Sendiri? Lydia Kandou Ngaku Dulu Hamil Duluan dan Nikah Dgn Suami Orang!
    slidegossip.com – Lydia Kandou dikenal sbg artis yg mampu bertahan menjalani pernikahan beda

    Comments are closed.