Apa Isunya Dgn Loving Couple Blessing Festival? Baca Pendedahan Ini..

SOSMED | Baru-baru ini isu berkaitan ‘Unification Church’ sangat menjadi tular di laman sosial.

Hal ini mula diperkatakan apabila Ahmad Iqram Mohammad Noor menulis mengenainya di Facebook pd 26 April yg lps.

“Unification Church Meneruskan Dakyah Dirasmikan Menteri Perpaduan

Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang sebuah agama baru (cult) dr Korea Selatan yg dianggap sesat di dlm Kristian. 

Unification Church terdahulunya pernah menjemput pelajar Malaysia ke Korea Selatan utk mendoktrinkan pelajar kita tentang agama tersebut. Wawancara bersama pelajar yg terlibat blh dilihat di video ini;

Universal Peace Federation of Malaysia yg merupakan pertubuhan aktif di bawah gerakan Unification Church di Malaysia bakal mengadakan program besar di Ipoh Perak, pd 27 April (Sabtu) 2019 yg akan dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Waytha Moorthy. 

Program yg dinamakan sbg Loving Couple Festival ini merupakan tambatan mereka kepada sebuah program keagamaan yg dinamakan Loving Couple Blessing Festival. Ia diadakan pd setiap thn yg mana orang Islam juga terlibat dgn acara yg diaturkan di dlm program tersebut.

Ramai yg tidak sedar tentang program tersebut merupakan ritual keagamaan Unification Church yg diasaskan oleh Sun Myung Moon (Father Moon) yg mendakwa dirinya adalah jelmaan Jesus akhir zaman dan nabi Adam ketiga utk misi memberi 3 Great Blessing terutama kepada pasangan yg berkahwin. Demikian itu, utk menyempurnakan misi Father Moon ini ke seluruh dunia maka program ini turut diadakan di Malaysia.

Demikian itu umat Islam dinasihatkan agar tidak terlibat dgn sebarang aktiviti di dlm program mereka kerana ia merupakan program keagamaan,” katanya dlm kenyataan itu. 

UNIFICATIONBCHURCH - Apa Isunya Dgn Loving Couple Blessing Festival? Baca Pendedahan Ini..

Menurut Ahmad Iqram, program seperti Loving Couple merupakan mask utk mendakyah perkara lain secara tersembunyi. Ia sebenarnya merupakan satu bentuk ritual yg dikenali sbg 3 Great Blessing – memberikan restu kepada pasangan yg telah berkahwin, salah satu ritual yg perlu disempurnakan mengikut konteks Unification Church, ujarnya.

Iqram turut menjelaskan, Father Moon mengangkat dirinya sbg Jesus dan Nabi Adam ketiga dan ajaran Father Moon sebenarnya merupakan cult – kultus, berbeza dgn ajaran Kristian mainstream yg difahami masyarakat kita.

Justeru itu katanya, umat Islam seharusnya mengelak dr melibatkan diri dlm program yg mempunyai kaitan/hubungan dgn Unification Church kerana ia merupakan satu bentuk dakyah bg menyebarkan cult itu kepada lebih ramai orang lain.

UnificationBChurchB2 - Apa Isunya Dgn Loving Couple Blessing Festival? Baca Pendedahan Ini..
Di dlm program Loving Couple Blessing ini akan melibatkan semua penganut agama dan di gambar tersebut merupakan Father Moon dan Mother Moon yg dianggap sbg Tuhan di dlm agama Unification Church

Di masa-masa akan datang, program berbentuk keagamaan sebegini haruslah dijauhi, pesannya lagi. 

Bacaan lanjut mengenai Unification Church;

👉 Pengenalan Ajaran Unification Church
👉 Sejarah Unification Church Di Malaysia
👉 Dakyah Kepada Pelajar Malaysia..


Loading...

Tags: #baca #Blessing #Couple #FESTIVAL #ini. #Isunya #Loving #Pendedahan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.