Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Loading...

PhotoGrid 1549605246488 1 - Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Berikut adalah beberapa istilah-istilah jenis guru yg baru dilantik dan yg ada di dlm negara ini yg dikongsikan oleh blog Cikguayudotmy.

IMG 6152 - Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Guru Sandaran Terlatih (GST)

Guru yg baru menamatkan pengajian dan dlm proses utk disahkan kepada jawatan sebenar.

Semua guru yg baru posting akan dikenali sbg Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan dikelompokkan ke dlm gred DC41.

Setelah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan disahkan penjawatan, jawatan GST akan dimansuhkan dan akan digantikan dgn jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) utk gred DG41.

GST bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dlm kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, blh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia.

DSC03734 - Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Istilah ini digunakan buat individu yg tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dlm bidang perguruan namun berminat dan memohon utk menjadi guru.

Kebiasaannya mereka ini akan bertugas sbg guru ganti yg akan memenuhi kekurangan guru di sesebuah sekolah; tertakluk kepada kontrak dan jangka masa tertentu tetapi blh ditamatkan perkhidmatan pd bila-bila masa sahaja. Contoh GSTT ialah Guru Ganti.

guru - Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Guru Interim

Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan faedah sampingan sepertimana penjawat awam yg lain, kecuali status perkhidmatan secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sbg perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti).

Tarikh lantikan tetap akan tertakluk kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur sehingga sama dgn tarikh penempatan secara interim.

Guru 1 - Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Guru Ganti

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bg mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti yg kebanyakannya terdiri drpada pelajar lpsan SPM atau STPM yg tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari.

Kekosongan sementara yg wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dpt diisi oleh guru ganti.

Sumber: Cikgu Ayu dot My

Loading...

Tags: #Beza #GANTI #Guru #interim #Istilah #Sandaran

author
Author: 
    Kokos Jiang Alias Kokos Leo Lim Mafia Koruptor Yg Merugikan Negara Rp 477 Milyar
    Jakarta, Infokanlah.com  Kokos Jiang atau juga dikenal Kokos Leo Lim merugikan negara Indonesia
    Cikgu Izzudin sudah tiada…
    “SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya
    Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi
    Setiap kali menjelang hujung thn, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di

    Leave a reply "Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran"