One Two Jaga kini sudah ditayangkan di Netflix bermula 1 Disember 2018. Filem yg sebelum ini ditayangkan di pawagam kurang mendapat sambutan yg memberansangkan. Namun, ramai yg memuji kekuatan filem ini yg menonjolkan isu yg agak berani dan juga mencabar.

Di pawagam, filem ini ditayangkan dlm versi tapisan. Beberapa adegan disunting semula dan juga ada beberapa tokok tambah yg menjadikan filem ini agak kurang selesa ditonton bagi penggemar filem yg mahukan garapan sebenar. Nah, di Netflix, korang berkesempatan menonton versi ‘liar’ tanpa potongan yg lebih memuaskan.
Apa beza filem One Two Jaga versi tanpa potongan dgn versi yg ditayangkan di pawagam?
Satu, filem ini tidak memotong gelaran ‘anjing’ yg merujuk kepada pihak polis.
Dua, filem ini tidak blurkan rokok yg dihisap oleh watak budak-budak.
Ketiga, filem ini tidak mempunyai tulisan tentang nasib watak di akhir filem yg sekaligus menjadikan ending versi asal lebih open utk perbincangan luas.
Tontoni One Two Jaga di Netflix yg sememangnya memberi kepuasan yg maksima. Filem arahan Nam Ron ini dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Ario Bayu dan juga beberapa barisan pelakon hebat lain!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Tags: #'One #Beza #Filem #Jaga #Netflix #POTONGAN #TANPA #Versi #Wayang