Apa Berlaku Pd Dan Sebelum 13 Mei 1969?

Oleh : Arif Atan

Apa berlaku pd dan sebelum 13 Mei 1969?

Bandingkan sejumlah penulisan dlm Malaysiakini semalam dgn disertasi MA Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya bertajuk “13 Mei 1969 : Sejarah Hitam Hubungan Kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur” (2006) oleh Abdul Rahman bin Ibrahim.

Mei 1 - Apa Berlaku Pd Dan Sebelum 13 Mei 1969?


Disertasi ini kemudiannya dibukukan dgn judul “13 Mei 1969 di Kuala Lumpur” dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pd 2011.

Dan dlm disertasi ini tidak ada ungkapan, “Tidak semua faktanya dpt disahkan” seperti awal-awal dinyatakan dlm nota editor Malaysiakini.

Dalam Bab 6 ada didokumentasikan pengalaman sejumlah individu yg diwawancara. Mereka terdiri drpada lapan orang Melayu, dua Cina dan seorang India.

Kita blh nilaikan penulisan ilmiah tersebut jauh berbeza dgn cara laporan Malaysiakini dlm siri mengimbau 13 Mei itu.

Kita juga blh mengesan bagaimana PUNCA meletusnya pergaduhan kaum itu serta bentuk perkauman yg wujud pd waktu itu.

Lihat saja pd peta di bawah, siapa yg melakukan perarakan provokasi dan siapa yg melakukan perarakan balas. Liputan kawasan perarakan juga memberi gambaran kepada kita siapa yg membakar api kemarahan.

Pada masa sama, pemetaan kawasan terlibat dgn pertumpahan darah itu juga blh dikenalpasti. (Dalam salinan kembali ini, saya hurufbesarkan tempat terlibat).

Tidak berpakaian batik

Datuk Radzi Sheikh Ahmad yg ketika itu berjawatan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) memberitahu beliau, isterinya orang Inggeris dan anak mereka Susan Karen Radzi berjaya meloloskan diri dr Panggung Federal walaupun mulanya ditahan secara kasar oleh lelaki bersenjata parang.

Tanpa menyebutkan identiti kaum lelaki bersenjatakan parang yg merupakan antara berpuluh-puluh orang bersenjatakan besi runcing, parang, lembing, botol dan besi paip yg sebelum itu memecahkan pintu tingkat bawah pawagam tersebut, apa yg ditulis ialah:

“Mungkin kerana beliau (Radzi) tidak berpakaian batik dan berkulit cerah, tambahan pula isterinya seorang wanita Irish, lelaki bersenjata itu melepaskannya.”

Menarik juga pengalaman pekerja LOMBONG SUNGAI BESI Mines Tin Dredging Limited turut dirakamkan.

Mat Aini Haji Kassim yg ketika ditemubual berusia 65 thn berkata, sentimen perkauman telah lama dirasai sebelum tercetusnya 13 Mei ketika beliau bekerja di lombong yg terdiri drpada majoriti pekerja Cina itu.

Menurutnya, mandur lombong berbangsa Cina dikenali sbg Yap Kiau agak kasar dan keras terhadap pekerja Melayu sebaliknya bersikap lebih lunak dan lembut dlm memberikan layanan kepada pelombong Cina.

Katanya lagi, dlm tempoh berkempen PRU 1969, walaupun tiada insiden buruk berlaku antara pelombong Melayu dan Cina tetapi suasana mesra yg wujud sebelumnya agak terganggu.

Seorang lagi pekerja lombong itu ialah Tuan Haji Samad Mat Sah, 72 thn. Berperanan sbg Ketua Pelombong Melayu, ujarnya, dlm tempoh satu sehingga dua minggu menjelang Pilihan Raya 1969, memang terasa wujud rasa resah dan saling curiga antara pelombong Melayu dan Cina.

Hinggakan pihak pengurusan lombong mengeluarkan arahan melarang semua pelombong Melayu dan Cina berbual atau berbincang apa sahaja topik melainkan hal-hal kerja ketika bertugas.

Seorang lagi yg ditemubual, Hamzah Singah, 62 thn memberitahu ketika itu parti pembangkang hangat menggembar-gemburkan hal berkaitan hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sbg bahasa rasmi negara. Rapat umum parti pembangkang ketika itu byk dihadiri oleh kaum Cina.

Chong Thean Huat dr Kepong yg turut terlibat dlm perarakan mayat Lim Soon Seng pd 9 Mei 1969 pula bercerita tentang pergaduhan antara orang Cina dgn orang Melayu tercetus di JALAN PEEL, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN, KAMPUNG BARU, KAMPUNG PANDAN dan KAMPUNG KERINCHI. Bg Chong Thean Huat, pergaduhan Melayu dan Cina di Kuala Lumpur berpunca dr Kampung Baru.

Ramasamy yg ketika tragedi berdarah itu berlaku tinggal di kuarters KTM SENTUL. Beliau sendiri melihat depan mata bagaimana kumpulan orang Cina berarak membawa senjata tajam seperti pedang dan lembing berpakaian ala ninja dan dlm keadaan seperti mahu mengamuk.

Katanya, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dgn orang Cina di PASAR SENTUL. Byk tompokan darah di atas jalan raya.

Kesat dan lucah

Pengalaman individu yg ditemubual pengkaji itu juga menjelaskan kepada kita bahawa pertempuran berdarah orang Cina dan Melayu bukan secara tiba-tiba tercetus pd 13 Mei 1969.

Tuan Haji Azahari Mohd Nor, 59 thn ketika ditemubual berada di Kampung Pandan di rumah ibunya semasa peristiwa itu berlaku. Katanya, dua atau tiga hari sebelum berlakunya pertumpahan darah itu, berlaku kejadian orang Cina di PASAR PUDU memaki hamun orang Melayu dgn kata-kata kesat dan lucah.

Begitu juga semasa mengadakan perarakan, ada dlm kalangan mereka yg meludah ke arah orang Melayu yg lalu di tepi jalan dan ada juga yg kencing dr atas lori.

Haji Azahari juga berkata, kumpulan orang Cina dr AMPANG cuba masuk ke kawasan Kampung Pandan. Beliau yg menyertai kumpulan berkawal di kampung itu berjaya menghalau mereka.

Menurut Tuan Haji Dr Mohd Nor Omar, 52 thn pd waktu berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, beliau masih berusia 16 thn bersekolah di Sekolah Menengah Alam Shah di Jalan Tenteram, CHERAS.

Pada malam kejadian, Haji Dr Mohd Nor bersama-sama pelajar tingkatan lima dan enam berkawal di kawasan sekolah. Namun, mereka kemudiannya lari masuk ke bilik asrama apabila ada orang Cina cuba memanjat pagar sekolah. Ketika itu, beliau dpt melihat kepulan asap di byk tempat di kawasan Cheras dan sekitarnya.

Tuan Haji Mohd Ariff Ab. Ghani ketika itu tinggal di KAMPUNG DATUK KERAMAT. Ketika kejadian beliau yg pandai silat terus ke Kampung Baru dan berkampung di Balai Datuk Harun. Katanya, byk mayat bergelimpangan di atas jalan raya dekat PANGGUNG ODEON.

Dalam bukunya terbitan 1992, Tan Sri Aishah Haji Abdul Ghani juga ada merakamkan detik-detik cemas rusuhan 13 Mei 1969.

Mei%2B2 - Apa Berlaku Pd Dan Sebelum 13 Mei 1969?

Ketika memandu kereta bernombor BJ 863 dr dusun durian di Batu 9, Gombak mahu pulang ke rumahnya di Jalan Daud, Kampung Baru, Tan Sri Aishah melihat ratusan anak muda Melayu membawa parang, lembing, dan kapak berarak menuju ke sebuah kilang di SETAPAK sambil melaungkan kata-kata:

“Orang Melayu sudah cukup sabar, mereka ini perlu diajar”.

Tan Sri Aishah juga berasa marah apabila teringat akan bahasa kesat yg dilemparkan oleh orang Cina di PASAR CHOW KIT terhadap orang Melayu.

Namun, Tan Sri Aishah memberitahu beliau berjaya menyelamatkan seorang pemuda Cina yg bertugas dgn Tentera Laut Diraja Malaysia lari lintang-pukang tanpa berkasut terus masuk ke rumahnya utk mendapatkan perlindungan. Sebelum itu, pemuda Cina tersebut pulang bercuti dan pergi menonton wayang di PANGGUNG FEDERAL.

Tan Sri Aishah juga menyelamatkan beberapa kanak-kanak Cina. Salah seorang budak perempuan Cina itu telah dihantar ke rumah keluarganya di Sungai Besi oleh suaminya.

Kata Tan Sri Aishah, sekitar jam 6 petang pd 13 Mei 1969, api menjulang tinggi dan beberapa buah kenderaan dibakar. Menjelang senja keadaan semakin huru-hara. Rumah beliau di JALAN DAUD pula menjadi tempat orang ramai mencari perlindungan. Kira-kira jam 11 malam, Tan Sri Aishah melihat sendiri bangunan empat tingkat di PASAR CHOW KIT dibakar. Api yg marak blh dilihat di rumahnya di Kampung Baru.

Tan Sri Aishah menceritakan peristiwa sedih tentang kanak-kanak cacat di KAMPUNG PASIR yg tidak dpt melarikan diri bersama-sama keluarganya ketika rumahnya dibakar.

Juga seorang ibu Melayu dr Kajang kehilangan dua anak lelakinya yg dibunuh di Panggung Federal Kuala Lumpur.

Kesimpulannya, usah lagi memarakkan api perkauman dgn menyusun naratif seolah-olah orang Melayu begitu zalim sehingga tiba-tiba sangguh membunuh kaum lain manakala orang Cina pula begitu terlalu serba-serbi teraniaya lagi tertindas semasa peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Hari ini selepas 50 thn Tragedi 13 Mei, buktikan keikhlasan kita sbg warganegara Malaysia yg tidak lagi berkiblatkan Tanah Besar China atau India.

Setiap rakyat Malaysia mesti hidup saling menghormati, fasih dan menggunakan Bahasa Kebangsaan dlm segala urusan harian termasuk ketika bercakap di khalayak ramai, mengamalkan Rukun Negara, menghormati semangat Perlembagaan, mengagihkan kek ekonomi, tidak mencampuri urusan agama Islam, bersekolah di Sekolah Kebangsaan serta bersyukur dgn keamanan dan kemakmuran yg dinikmati.

Loading...

Tags: #1969 #Berlaku #Sebelum

author
Author: 
    Lebaran Nya Sudah Tiba Mp3
    Lebaran syahrini, lebaron name, lebaron nathan, labaran yau, lebaran kapan, lebaran adalah, lebaran
    Gulf News Ramadan Holiday
    Gulf news ramadan 2019, gulf news ramadan timings, gulf news ramadan timing, gulf
    Drama Curi-Curi Cinta Episod 13
    Drama Curi-Curi Cinta Episod 13 : Cik akak pernah baca novel ini. Memang kisah
    Ramadan Mubarak Sayings
    Ramadan sayings, ramadan sayings and quotes english, ramadan sayings with image, ramadan sayings

    Comments are closed.