Antara Salib Dan Nombor 4 Yg Mana Lebih Ditakuti.

Loading...

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official)
 

Antara Salib & Nombor 4 Yg Mana Lebih Ditakuti?

Timbul isu salib tempoh hari mengundang pelbagai sindiran dr byk pihak. Apa yg menjadikan isu ini menjadi tular adalah lebih kepada soal kebimbangan sesetengah pihak terhadap agenda Kristianisasi. Ia bukan soal simbol salib semata-mata.

Di dlm keadaan isu ini tular, terkait pula dgn satu isu berkenaan fobia kepada angka 4 yg sudah sinonim dgn kepercayaan masyarakat cina. Sebenarnya ada apa dgn angka 4 ini?

42 1 - Antara Salib Dan Nombor 4 Yg Mana Lebih Ditakuti.


Di dlm kepercayaan masyarakat cina, mereka memiliki kepercayaan kepada kata-kata membawa doa. Dari hal itu muncul kepercayaan bg setiap perkataan yg sebutanya mirip dgn sesuatu nama kepada benda baik maka ia juga akan dianggap baik dan begitu di sebaliknya.

Sebagai contoh pekataan buku di dlm bahasa cina disebut Shū (书) yg juga dekat dgn perkataan kalah yg disebut Shu (输). Oleh kerana perkataan buku Shū itu memiliki konotasi yg hampir sama dgn perkataan kalah maka timbul kepercayaan yg setiap kali pertandingan tidak blh membawa buku kerana ia akan membawa kekalahan. Begitu juga ketika berjudi, mereka pantang ada buku kerana menganggap mengundang kekalahan.

Konsep ini secara mudahnya diistilahkan seperti ‘bertawasul’ kepada nama benda. Bukan kepada inti benda itu tetapi oleh kerana namanya memiliki hampir persamaan dgn maksud-maksud tertentu yg mereka kehendaki. Jika konotasi itu berbunyi dekat dgn perkataan baik maka ia dianggap tuah.

Hal ini berlaku antaranya disebabkan masyarakat cina memiliki penyebutan perkataan yg hampir dekat diantara satu sama lain. Di atas sebutan pinyin satu-satu perkataan jika intonasinya berbeza maka ia blh berubah kepada maksud lain walau bunyinya hampir sama. Perkara ini tidak berlaku di dlm bahasa Melayu dan Inggeris kerana konotasi perkataan bg setiap sesuatu benda itu memiliki sebutan yg agak berbeza dgn kaya penyebutanya.

Angka 4 Mati!

Secara asasnya masyarakat Cina amat mengambil berat mengenai angka kerana bg mereka angka memiliki eleman positif dan negatif bergantung kepada nama angka tersebut. Hal ini tergolong dlm ketegori membawa tuah dan nasib.

Mereka mempercayai bahawa setiap angka memiliki maksud tersendiri kecuali angka 1 yg tidak memiliki apa-apa penafsiran. Dlm byk-banyak angka, angka yg dianggap negatif satu-satunya adalah angka 4. Mereka mempercayai bahawa angka 4 adalah angka yg membawa sial dan memiliki eleman yg negatif.

Ini kerana mereka mempercayai bahawa angka sì (四)=4 ia mempunyai bunyi yg sama dgn 死 ( sǐ ) yg membawa maksud mati, nombor empat telah menjadi nombor malang bg budaya orang Cina, Jepun, Korea dan Viatnam. Berlainan pula dgn angka bā (八)= 8 mempunyai bunyi yg sama dgn (fā) yg membawa maksud kemewahan. Dlm dialek cantonese pulak, bunyi bā disebut sbg ‘baat’ dan sama bunyinya dgn ‘faat’ yg bermakna masa depan yg cerah.

Tetraphobia

Punca dr perkataan yg memiliki konotasi yg hampir sama, hal ini menimbulkan satu fobia dikalangan masyarakat cina, jepun, dan korea terhadap angka 4. Fobia ini dikenali sbg tetraphobia.

Sebab itu jika kita melihat di dlm bangunan tinggi seperti komplek, pejabat, hotel, kondominum, kebiasaan di tingkat 4, 14, 24 dan lainnya akan diganti dgn 3A, 13A, dan 23A. Hal ini utk mengelak nasib malang dr konotasi angka tersebut. Walaupun tukar kepada nama 3A tetapi realitinya tetap berada di tingkat 4.

Kesimpulan

Di dlm Islam tidak ada kepercayaan kepada angka blh membawa sial. Blh baca di kajian Irsyad Fatwa dr pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di :

http://muftiwp.gov.my/…/2421-irsyad-al-fatwa-siri-ke-228-ad…

Firman Allah yg bermaksud:

“Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah bgnya (untuk menolong dan menyelamatkannya).” (Surah al-Talaq: 3)

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Loading...

Tags: #Antara #Ditakuti. #Lebih #Mana #Nombor #Salib

author
Author: 
    Download Family and Friends Alphabet Book
    Click the cover page to download Family and Friends Alphabet Book
    Misteri Kematian Artis Cantik Desy Nurhakiki, Overdosis Suntik Putih atau Serangan Jantung?
    slidegossip.com – Belum lama ini publik dikejutkan dgn berita kematian artis cantik Desy
    JUMPA @ Sungei Wang : Tempat Mesti Pergi Dlm Kuala Lumpur
    Assalamualaikum guys.. Siapa tak pernah pergi Sungei Wang Plaza? Weh sini byk sangat
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal

    Leave a reply "Antara Salib Dan Nombor 4 Yg Mana Lebih Ditakuti."