Anmum Materna coklat utk ibu hamil ada banyak gula ke?

Sedapnya susu coklat Anmum Materna ni, tapi tak banyak gula ke? Risau pulak kena kencing manis masa hamil ni!

minum susu coklat semasa mengandung anmum materna


Memang mencabar semasa mengandung ni. Apa yg kita suka mkn semua kena pantang.

Terutama sekali kalau kita suka mkn manis. Sedap betul mkn coklat kan.

Itu yg beli susu anmum perisa coklat ni. 

Baca review susu coklat ini sampai habis, anda dijamin akan

  1. Tahu kandungan gula dlm susu ini.

    .

  2. Faham cara yg betul utk minum susu ini tanpa kesan sampingan.

    .

  3. Pandai cari sample susu anmum coklat percuma di internet & klinik.

    .

Tanpa membuang masa, kita mulakan segera.



Apa kandungan susu ibu mengandung Anmum Materna?

Di bawah ini Ibu kongsikan perbandingan khasiat dlm Anmum jika dibandingkan dgn jenama lain di pasaran.

Anmum materna coklat kandungan khasiat
Sumber: Laman web Anmum
Secara umumnya, ada 9 khasiat yg menjadi perbandingan. Iaitu

  1. GA+
  2. DHA
  3. Asid Folik
  4. Prebiotik
  5. Probiotik
  6. Zat besi
  7. Kalsium & vitamin D
  8. Kandungan lemak yg rendah
  9. Tiada gula tambahan
Dari perbandingan jadual di atas, hanya susu anmum materna mengandungi ke semua 9 khasiat. 

Balik pd persoalan utama, susu anmum perisa coklat ni manis ke?

Sebenarnya baik & buruk sesuatu produk tu pucuk pangkalnya pd diri kita juga.

Ikuti 3 tips mudah ini utk memastikan kita dapat kawal kandungan gula semasa hamil.

  1. Sebelum mencuba sesuatu produk, dapatkan dulu pandangan doktor yg memantau kehamilan kita.
    .
    Doktor ini lebih tau keadaan kesihatan kita & blh berikan nasihat yg khusus utk kita.
    .
  2. Pastikan kita tahu baca jadual nutrisi di belakang produk. Ilmu ini sangat penting utk memastikan nutrisi harian kita mencukupi.
    .
    Lagi penting sekiranya kita memang dah ada sejarah kencing manis.
    .
  3. Pastikan kita minum produk ini tidak melebihi sukatan yg dicadangkan dibelakang bungkusan produk.
    .
Contohnya, blh lihat gambar di bawah ni.

cara penyediaan Anmum materna coklat
Sumber: Laman web Anmum


Cara penyediaan anmum materna coklat.

  1. Sediakan 1 gelas air suam sebanyak 200 ml.
    .
  2. Tambahkan 5 sudu besar / mkn serbuk susu tepung Anmum coklat. Air suam akan memudahkan susu larut sebati ke dlm air.
    .
    Pastikan juga kita tak gunakan air panas mendidih kerana suhu air yg tinggi ini akan merosakkan khasiat yg sensitif pd panas.
    .
  3. Ibu hamil di sarankan mengambil saiz hidangan di atas sebanyak 2 kali setiap hari.
    .


Panduan di atas hanyalah cadangan saja. 


Apa kelebihan minum susu coklat Anmum ni?

  1. Susu formula ini sesuai di ambil oleh ibu mengandung.Formula luar biasa utk kejururawatan dan wanita hamil.
    .
  2. Rasa susu coklat yg lazat pasti digemari, ditambah pula dgn kandungan asid folik yg sangat penting utk ibu hamil. Dahlah banyak mineral dan vitamin yg penting.
    .
  3.  Semua khasiat ini sangat perlu utk perkembangan bayi di dlm rahim ibu.
    .
  4. Memenuhi keperluan kalsium yg penting utk badan wanita hamil.
    .
  5. Susu ini mempunyai kandungan lemak yg rendah.
  6. Kaya DHA utk perkembangan minda anak kita.
    .

Cara dapat sample susu ibu hamil Anmum Materna.

Sebelum Ibu terlupa, mudah saja cara nak dapatkan sampel susu percuma dr Anmum. Blh terus pergi ke laman web mereka & isikan maklumat yg di minta.

Senang letak alamat pejabat, mereka blh pos ke sana waktu kerja.

Letak alamat rumah, memang rumit.

Atau, kalau kita lakukan pemeriksaan kehamilan di hospital ataupun klinik swasta. Blh saja minta sampel susu ni dr doktor.

Hospital swasta tau. Hospital kerajaan tak beri.

Nak tahu lebih teliti, rujuk artikel di bawah ni.


Bacaan menarik: Ini panduan mudah mendapat sample susu anmum semasa hamil!


Kesimpulan.

Sampai juga kita di akhir artikel, Ibu harap semua persoalan pembaca dah terjawab.

Sekiranya anda ada pendapat, ataupun lagi bagus nak kongsi pengalaman. Kongsi di ruangan komen ya.

Ramai mak mak muda yg nak baca pengalaman anda. Dapat pahala tau, kita bantu orang lain. Pahala mengalir tanpa kita sedari.

Lagipun, hari ni kita bantu orang, esok lusa insyaallah giliran Allah hantar orang bantu kita pula.

Jumpa lagi. Salam sayang sari Ibu, sama sama kita berkasih sayang ke syurga.

Assalamualaikum Wrmbth.
Loading...

Tags: #Anmum #Banyak #Coklat #Gula #Hamil #Materna

author
Author: 
    Asing pelajar, pengetua sekolah diberi amaran
    KUALA LUMPUR 18 Mac – Jabatan Pendidikan Sabah mendapati aduan berhubung pengasingan pelajar
    Cikgu Sirhajwan terima anugerah antarabangsa kali ke 17
    MOHD Sirhajwan (tengah) bersama Norlyziah (kiri) dan Anita menunjukkan sijil yg diterima. Guru
    Sedapnya Menu Dodo Dim Sum & Bowls, Subang Parade
    Assalamualaikum guys, Nak share sikit cerita pasal mkn dim sum kat Dodo Dim
    Bagaimana Rakan Facebook Disyorkan Sebenarnya Berfungsi?
    Rakan Facebook Cadangan dan Disyorkan Berfungsi Facebook adalah laman jejaring sosial yg digunakan

    Leave a reply "Anmum Materna coklat utk ibu hamil ada banyak gula ke?"