Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

Untitled design 15 1 1 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

Ada kalanya kita rasa nak mkn dgn lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yg dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yg lain. Nak cuba? Rasa tampilkan resipi-resipi sayur bening yg blh anda sajikan buat keluarga tercinta.

 

1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU

3 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat pucuk manis
  • 100gm labu | dipotong dadu
  • 2 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 biji cili padi
  • 1 liter air
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  • Masukkan air dan labu ke dlm periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
  • Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yg dihiris.
  • Perasakan dgn garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
  • Nikmati segera.

Info chef: Selain labu, blh juga menggunakan keledek.

 

2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING

1 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat bayam merah | dibersihkan
  • 1 sudu mkn udang kering
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 hiris halia
  • Garam secukup rasa
  • 3 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
  2. Kemudian masukkan bayam merah yg telah dibersihkan.
  3. Perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.

Info Chef:  Elakkan memasak sayur dgn terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.

3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN

8 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji petola | kupas dan hiris
  • 4 ulas bawang merah | dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 2 sudu mkn udang kering | direndam air
  • 15gm suhun | direndam
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 500ml air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dlm periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
  2. Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
  3. Perasakan dgn garam dan masak sebentar. Matikan api dan blhlah diangkat.
  4. Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.

Info chef: Selain udang kering, blh juga menggunakan udang segar utk rasa yg lebih enak.

4. SAYUR BENING CAMPUR

4 1 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kubis | dihiris
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris
  • 50gm udang kertas
    3 sudu teh lada hitam
    2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
    Air secukupnya
    Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  3. Perasakan dgn garam secukupnya.
  4. Angkat dan sedia utk dinikmati.

Info chef: Hidangan ini bagus bg merawat selsema serta memanaskan badan

  

5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG

 7 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat pucuk paku | dibersihkan
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 1 ulas bawang putih
  • Segengam udang basah
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
  2. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
  3. Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
  4. Perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.

Info Chef:  Elakkan dr mengambil daun serta batang pucuk paku yg telah tua.

6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI

5 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
  • 2 batang serai | dititik
  • 4 biji cili padi | dipecah sedikit
  • 2 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 liter air
  • Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
  2. Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata sehingga cendawan lembut.
  3. Perasakan dgn garam serta pati ikan bilis dgn secukupnya.
  4. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.

7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR

6 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat daun belinjau
  • 1 sudu mkn ikan bilis
  • 2 biji bawang merah | dimayang
  • 1 ulas bawang putih | dimayang
  • Sedikit suhun
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dlm periuk dan didihkan bersama  bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
  2. Perasakan dgn garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
  3. Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
  4. Tutup apinya dan angkat.

 

8. BENING BAYAM HIJAU DAN JAGUNG 

2 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ikat bayam hijau | dibersihkan
  • 2 biji bawang merah | dihiris nipis
  • 1 biji cili merah | dihiris
  • 1 tongkol jagung manis | dipotong kecil
  • 1500ml air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK: 

  1. Masukkan air dan jagung ke dlm periuk. Rebus sehingga jagung empuk.
  2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, gula serta garam dgn secukupnya. 
  3. Akhir sekali masukkan sayur bayam. Gaul rata dan dididhkan seketika. Tabur cili merah.
  4. Sedia utk dinikmati.

 9. SAYUR PEDAS BETIK BERSAMA IKAN BILIS 

9 - Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik mengkal
  • 3 biji cili padi | dihiris
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 sudu mkn ikan bilis
  • Sedikit suhun
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Kupas betik dan potong kecil. Celur seketika dan toskan airnya.
  2. Tumbuk bawang merah sehingga lumat. Ketepikan.
  3. Masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan yg ditumbuk, ikan bilis, cili padi, bawang putih, suhun dan betik. Biarkan mendidih.
  4. Tambahkan garam dan gula dgn secukupnya. Masak sehingga betik kelihatan lembut.
  5. Angkat dan hidangkan.

Komen anda


Loading...

Tags: #Aneka #bening #Masak #Mudah #Resipi #Ringkas #Sayur

author
Author: 
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa
    Resep Cara Memasak Ayam Kecap Enak
    Video ini menjelaskan bagaimana tentang resep dan cara memasak Ayam Kecap yang enak.
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding Video membuat pudot puding sedot

    Leave a reply "Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yg Ringkas & Mudah Masak."