Aneka Jenis Buah

Loading...

buahBgac - Aneka Jenis Buah
Buah Gac
Buah Gac
gacfruit5ep46c021t - Aneka Jenis Buah

Dikenali dgn nama saintifik Momordica cochinchinensis merupakan buah yg biasa terdapat di Asia Tenggara sehingga ke timur laut Australia termasuklah Thailand, Laos, Myanmar, Cambodia dan Vietnam. Ia lazimnya dikenali sbg gac [ɣək˦˥] di Vietnam, mùbiēguǒ 木鳖果 di China atau baby jackfruit bagi orang Inggeris. Dlm kalangan orang Thailand menamakannya sbg Fahk Khao dan Taw Thabu di Myanmar.

gac - Aneka Jenis Buah
Gac atau Tembikai Merah, berbuah setahun sekali pd musim-musim tertentu sekitar bulan Disember dan Januari, menyebabkan kurangnya kelihatan jika dibanding dgn buah-buahan lain. Di Vietnam, buah ini sering ditampilkan ketika berlangsung majlis-majlis upacara atau perayaan seperti Tết (tahun baru Vietnam) dan majlis perkahwinan. Buah dgn satu warna jingga gelap selama proses matang dan masak. Biasanya berukuran 13cm sehingga 10 cm apabila masak. Kulit luarnya dilindungi oleh duri-duri kecil manakala bahagian dlm terdiri drpada rangkaian mknan pulpa berisi dan benih. Rasanya sedap dan nyaman walaupun tidak manis. Penuh dgn khasiat yg dapat meningkatkan penglihatan. 
Pokok Gak yg selamanya menjalar bagai ular daun sepertinya sedar akan tanggungjawabnya pd makhluk dunia utk setia pasti memancarkan senyum manis lewat kelopak bunganya yg berwarna putih susu buat tatapan pria-pria tulen pencari madu yg tidak pernah jemu berterbangan setiap pagi, juga buat sang penjaga kebun yg mengharapkan buah Gak ini akan dapat dipersembahkan pd setiap sambutan thn baru. Setiap individu pasti mengharapkan tuah dan kebaikan terlempar kepadanya setiap munculnya thn baru. Detik dan saat ketika November, Disember dan Januari sedang merangkul waktu, buah Gak dgn gaya dewa pemberi rezeki bergayutan di balik daun. Pasangan muda atau tua malah pasangan si tua dgn si muda yg berpegang teguh kepada pendirian cinta itu buta tanpa batas umur pasti merasa kekurangan sesuatu yg sukar dirungkai kalau hasrat utk mendirikan rumahtangga tidak kesampaian pd ketika ini. Bulan berikutnya tidak ada lagi buah berwarna oren berjuntaian atau bersembunyi di balik daun. Bulan berikutnya adalah petanda jelas yg musim buah bagi pohon gak sudah berakhir
Cay Nhot
nhot - Aneka Jenis Buah
Buah Nhot

Buah ini cuma sebesar ibu jari berwarna hijau sebelum masak kemudian bertukar kepada kuning ketika matang dan berwarna merah apabila sudah cukup masak. Buah ini Tuhan kurniakan dgn banyak di bahagian utara Vietnam dan mereka menamakannya sbg Cay Nhot. Cay Nhot bermakna buah Nhot. Nama saintifik ialah Elaeagnus latifolia dr keluarga Elaeagnaceae. Dikenali juga dgn nama Bastard Oleaster. Di Vietnam pokok ini turut dikenali sbg Tasik Bukit, Bukit Putera Bo, Lu, Cik Permata.

Hnot2 - Aneka Jenis Buah
Cay Nhot mempunyai rasa manis dan asam yg
silih berganti pd masa yg sama

Cay Nhot mempunyai rasa yg manis dan asam yg silih berganti pd masa yg sama. Terdapat lapisan seperti kapur berwarna putih pd lapisan kulit buahnya yg nipis dan perlu ditanggalkan terlebih dahulu dgn menekan buah lembut ini dgn jari pd sekeliling buah yg kecil ini. Ini akan menanggalkan lapisan kapur itu disamping merongkai ikatan isi dgn bijinya. Ketika isi dan bijinya sudah terpisah, saat utk menikmati jangan lagi ditangguh.

NhotBVietnam - Aneka Jenis Buah

Gadis Vietnam suka memakan buah ini dgn mencampurkannya dgn perasa dan garam. Buah ini juga menjadi sebahagian drpada bahan-bahan utk memasak sup masam. Bahkan pokoknya yg lembut turut digunakan sbg ubat dlm perubatan tradisional.
Pokok ini sesuai tumbuh pd tanah lengas atau kering dan tahan kemarau. Penduduk luar bandar biasanya menanam pokok ini dlm taman atau di hadapan rumah. Ketika musim sejuk, rantingnya yg kecil dan lembut kekal setia menunggu ketibaan musim bunga dgn tunas tunas baru dan melakar cahaya putih pd dedaunnya yg kelihatan dilapisi kapur. Saat tibanya musim berikutnya, jambak bunga segar Nhot bingkas dgn warna putihnya seperti ingin menikmati kesetiaan dan kerinduan pd belaian cahaya matahari musim bunga yg panas dan ternyata keputusan menunggu musim itu berbalas oleh kerdipan bunganya yg putih biru yg cantik dan serinya turut dikongsi oleh sekitar. Munculnya Nhot dgn dedaunnya yg hijau menjadikan pedesaan Vietnam dianugerahi dgn kecantikan tulen sehingga sangat diyakini sesiapa saja yg berkunjung pasti akan mengingati suasana ini. Kah kah kah. Apa lagi kalau gadis secantik itu turut menemani anda. Sudah barang tentu penampilan anda jadi berbeza dgn rasa terangkat tinggi seperti usia remaja datang kembali dgn sejuta perasaan bahawa saat itu tidak akan ada penamatnya.

Buah Tarap
timadang - Aneka Jenis Buah

Tarap, juga dikenali sbg terap, Marang, Oak Johey, Green Pedalai, Madang, tarap, atau timadang. Ia berasal dr Borneo, Palawan, dan Pulau Mindanao, dan berkait rapat dgn pokok-pokok nangka, cempedak dan sukun yg semua tergolong dlm genus yg sama, iaitu Artocarpus. Nama saintifik ialah artocarpus odoratissimus. Dikenali juga dgn buah Kiran di Sarawak. Hanya saja dgn kelebaran daunnya akan memaksa orang merasa teruja. Lebih mengujakan kalau daunnya yg kasar seperti dawai pencuci periuk itu diguna utk menggilap muka nascaya tidak akan ada ruang di wajah yg nampak serinya utk tempoh paling kurang tiga bulan. Daun pokok ini memang kasar ketika di pokok mahupun ketika daun ini telah gugur ke tanah. Sebab itu kadangkala daun tarap digunakan utk melicinkan kayu dlm hasil kerja seni ukiran.

timadang2 - Aneka Jenis Buah

Pokok berdaun lebar ini biasa terdapat di Kepulauan Borneo, Palawan dan Pulau Mindanao. Di Filipina ia dikenali dgn nama Johey oak atau Marang. Walaupun kulitnya kasar tetapi mudah ditanggalkan. Ketika buah tarap tersentuh ke mulut, baharulah kita menyedari betapa bertuahnya makhluk yg mendiami kepulauan ini kerana adanya buah tarap yg rasa manisnya lain drpada rasa manis yg ada pd buah-buahan lain. Lemak dan lembut yg segar. Terdapat pelbagai spesis pokok ini. Biasanya dibezakan oleh saiz buah dan ketebalan isinya. Namun terdapat juga isi buah ini yg berwarna oren.

Keledang - Aneka Jenis Buah

Baunya yg agak kuat apabila masak menyebabkan larangan membawanya ke hotel penginapan sama seperti nasib yg dialami oleh buah durian. Sejujurnya, buah ini mengeluarkan haruman yg segar menyelerakan. Tidak sbgmana bau ikan masin atau tahi anjing. Jauh sekali tahi manusia walaupun berwajah cantik dan ayu menggoda. Daunnya lebar dan berbulu kasar. Pohonnya yg tinggi seperti sang gergasi yg ingin menggapai awan. Ketinggian sehingga blh mencapai 30 meter. Pohon mula berbakti lewat buah-buahnya yg berjuntaian riang paling kurang 5 thn setelah ditanam. Tumbuh diberbagai jenis tanah dan umumnya di hutan tropika.
Buah Tarap termasuk dlm keluarga Moraceae. Pokok ini termasuk antara pokok buah buahan eksotik hutan Borneo yg tumbuh sesuka hati di seluruh daratan pulau ini.

Terap - Aneka Jenis Buah

Biji buah tarap ini yg cuma sebesar biji kopi juga blh digoreng tanpa minyak. Bukan kerana kelaparan atau kebuluran tetapi kerana rasanya sedap seperti kacang tanah.
Penanaman secara komarsial pohon tarap belum mendapat perhatian sepenuhnya, sbgmana beberapa jenis buah buah eksotik hutan Borneo. Pdhal potensi tumbuhnya sangat mudah dgn hanya memperbanyakkan penanaman melalui biji yg disemai. Terdapat juga pokok ini yg tumbuh di Semenanjung Malaysia tetapi spesis yg tidak sesuai utk dimakan dan buahnya kecil. Persamaan hanya pd struktur daun dan bau ketika buahnya masak. Dikenali dgn nama Tarap Hutan atau tarap Monyet. Adalah sangat dipercayai dan diyakini bahawa tiada seekorpun monyet sedar akan kewujudan nama pokok ini sempena nama mereka.

Buah Ajaib

MiracleBfruit - Aneka Jenis BuahBuah Magic Fruit/miracle fruit atau buah ajaib mula mendapat perhatian ramai setelah mengetahui kemampuannya mengubah rasa asam kepada manis. Pokok ini berasal dr Afrika Barat. Nama saintifik ialah Synsepalum dulcificum ini berwarna merah dr keluarga Sapotaceae. Buah ajaib ini cuma sebesar biji kopi. Rasanya manis yg nipis bahagian lapisan dlm pd kulitnya. Selepas memakan buah ini, semua jenis buah yg rasanya asam atau mknan yg masin akan terasa manis. Begitu juga dgn minuman. Inilah sebab utama buah ini diberi nama buah ajaib. Sukar utk tidak mempercayai keajaiban itu sebab pokok di depan rumah ini sedang berbuah sementara anak-anak pokok ini sudah tersedia dlm polybag dan menunggu utk anda beli secara tunai dgn cuma RM20.00.

s l300 - Aneka Jenis Buah

Buah Ajaib ini mengandungi sebatian protein yg disebut sbg Miracullin. Miraculin adalah sebatian Glikoprotein yg mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat. Bila sebatian-sebatian protein ini digabungkan dgn asid maka akan dapat menstimulasi rasa manis pd lidah kita. Setelah memakan buah ini lalu mkn jeruk yg masam, sensasi yg diterima lidah bukannya masam tapi manis. Jadi waspada kepada mereka yg mengidap gastrik. Walaupun miraculin mengubah persepsi rasa, tetapi tidak mengubah susunan kimia dr mknan. Mknan asam yg berubah rasa kepada manis disebabkan oleh buah ajaib akan tetap memberi kesan yg tidak selesa kepada pengidap gastrik. Persepsi rasa manis hanya berlaku di dlm mulut ketika mengunyah.

Coco de Mer

coco klHB 621x4142540LiveMint - Aneka Jenis Buah

Dari belakang, buah coco de mer ada persamaan dgn punggung yg lengkap. Dipandang dr depan, ia adalah satu replika bersaiz rantau pembiakan wanita, termasuk puncak paha, perut yg terdedah dan bentuk jalur ‘V’ sbg pelengkap. Ia sepatutnya blh dinamakan kacang ponggung, kerana bentuk-bentuk yg ada pdnya. Ahli-ahli sains menggunakan taksonomi binomial Pokok Kelapa Laut maldivica itu. Apa sahaja yg anda ingin memanggilnya, ia adalah Kim Kardashian drpada alam tumbuhan.
Buah Coco de Mer, berdiameter 40 – 50 cm, dgn berat antara 15 – 30 kg sebiji. Dari bunga mula berputik sehinggalah ke biji yg tua, memerlukan waktu selama tujuh thn. Proses lengkap buah blh dijadikan benih memerlukan waktu dua thn. Setelah biji ditanam, diperlukan waktu sekitar 20 ke 40 thn utk berbuah. Ada juga pengkaji mengatakan antara 40- 60 thn utk berbuah. Tinggi tanaman blh mencapai 25 sehingga  35 meter. Daun Coco de Mer melebar dgn panjang 7 sehingga 10 meter, lebar 4, 5 meter.

Seychelles Cocodemer - Aneka Jenis Buah

PhotoBbyBrwiedower - Aneka Jenis BuahPokok Coco de Mer sbgmana manusia normal yg ingin menikmati gelombang cinta gelora memerlukan pasangan utk berbuah iaitu pokok jantan dan betina. Tanpa pasangan pokok ini akan merajuk dan menunjuk rasa dgn enggan berbuah. Tetapi yg jelas, proses persenyawaan menjadi tidak lengkap. Menjadi tarikan buah pokok ini ialah bentuk tempurung buahnya yg mirip dgn bentuk pinggul wanita. Namun sebenarnya, tidak semua buah Coco de Mer akan berbentuk demikian. Hanya buah yg berisi dua biji yg akan berbentuk seperti pinggul perempuan. Terdapat juga yg berbiji satu, berbiji dua, berbiji tiga, dan berbiji empat. Dugaan saya pasti benar kalau anda juga akan memilih yg berbiji dua bukan kerana bentuk yg terhasil ialah pinggul perempuan. Ini jelas kerana buah yg nilainya tertinggi sbg koleksi, atau sbg hiasan ialah yg berbiji dua berikutan permintaan terhadapnya juga tinggi. Sejujurnya, jika diberi pilihan, kita juga akan memilih yg berbiji dua. Tetapi sekiranya dapat yg cuma berbiji satu atau yg terlebih biji kepada tiga atau empat, kita masih blh tersenyum pahit dgn menanamnya dan menunggu selama 20 – 40 thn dgn harapan ia berbuah dgn dua biji.
675px Male - Aneka Jenis BuahNama latin Coco de Mer Lodoicea Maldivica, digunakan utk menghormati Raja Louis XV dr Perancis. Louis dlm bahasa latin adalah Lodoicea. Meskipun kemudian terbukti bahawa Coco de Mer endemik kepulauan Seychelles, nama maldivica tetap melekat pd nama latin Coco de Mer. Sama dgn Maldives, Seychelles sendiri adalah sebuah negara kepulauan. Terdapat 46 buah pulau dan 67 pulau karang di negara ini. Yg paling besar adalah pulau Seychelles, kedua pulau Praslin yg terletak di timur laut Seychelles.

7e60 - Aneka Jenis Buah
Kashkul: Hasil kraf  pada abad 19 Iran menggunakan Coco de Mar

Pulau Curieuse adalah pulau kecil yg terletak di sebelah utara Praslin. Yg menghairankan, Coco de Mer hanya tumbuh di dua pulau kecil ini, pdhal pulau-pulau lain berdekatan letaknya dgn Praslin dan Curieuse.
Berbeza dgn buah kelapa biasa yg bahagian dlmnya berongga dan berisi air, biji Coco de Mer pdt. Biji ini terlindung dlm tempurung yg tebal dan juga keras. Meskipun bahagian luar buah berlapis sabut tebal, seperti kelapa biasa, Coco de Mer masih terlalu berat sehingga tidak mampu mengapung di air laut. Pokok Coco de Mer kini merupakan spesis yg dilindungi. Sebarang usaha membawa bijinya keluar dr Seychelles perlu mendapat kebenaran dr pihak berkuasa. Walaupun benih pokok ini blh dibeli oleh individu tetapi harganya yg mahal dan pengurusan yg ketat menyukarkan orang membelinya. Harganya blh mencacah USD500. Masalah tambahan yg mengancam perkembangan pokok ini ialah bencana kebakaran terutama ketika pokok ini baru mula mengeluarkan buah.
lodomaldivica - Aneka Jenis Buah1421055728 - Aneka Jenis Buah

Buah Kiwano

kiwano - Aneka Jenis Buah

Buah ini berasal dr Gurun Kalahari dan kini terdapat 
juga di  California, Australia dan New Zealand. 

 Sedikit menghairankan, kenapa buah berduri ini tidak diberi nama timun landak, atau timun bom sbgmana bentuknya atau mungkin juga timun alien. Bagaimanapun, buah ini tidak juga secara biologi dikaitkan kepada burung kiwi sbgmana namanya, dan sebenarnya lebih rapat dlm mknan berkhasiat dan syarat-syarat evolusi kepada timun dan zucchinis. Nama saintifik tembikai bertanduk, ialah Cucumis metuliferus. Tumbuhan ini sbgmana keluarga Cucurbitaceae atau timun yg lain adalah jenis menjalar. Di Utara Zimbabwe buah ini dinamakan gaka atau gakachika. Timun Afrika atau Kiwano sangat sesuai dgn namanya sbg timun bertanduk atau tembikai bertanduk kerana keadaannya yg dipenuhi duri pd bahagian kulit buah ini. Teringat juga pd sekumpulan pelajar dr Sweden yg menggelarkan durian sbg Alien fruit apabila pertama kali melihat buah itu di Malaysia. Kalau mereka melihat buah Kiwano ini pasti buah ini juga bakal mendapat gelar sbg Alien cocumber.

Kiwano3 - Aneka Jenis Buah
kiwano1 - Aneka Jenis Buah
Buah kiwano berduri tapi boleh
 dimakan mentah macam
 timun biasa. Duri tidak keras.

Buah Kiwano berwarna hijau gelap dan berubah kuning oren apabila telah cukup matang. Buah ini rasanya campuran timun, buah kiwi dan pisang dgn perasa sedikit manis dan masin. Memandangkan bahawa buah ini mengandungi lebih drpada 80% air, ia blh berfungsi sbg bekalan air. Bagi mereka yg berhasrat utk mengurangkan berat badan dicadangkan mengambil buah ini kerana seseorang tidak akan merasa ketidakselesaan dan keperitan akibat kelaparan. Ini adalah disebabkan oleh kadar kepekatan nutrien yg tinggi dan kaya dgn zat mknan, disamping kalori dan lemak yg rendah. Buah kiwano berduri tapi blh dimakan mentah macam timun. Beberapa faedah kesihatan paling menarik kiwano termasuk berfungsi utk meningkatkan keupayaan kognitif, menghalang beberapa jenis penyakit kronik, bantuan dlm kehilangan berat, melindungi kulit, menggalakkan metabolisme, meningkatkan kesihatan mata, mengukuhkan tulang, mengoptimumkan penghadaman, dan menyegerakan penyembuhan luka.

Buah Namnam
Cynom caulif - Aneka Jenis Buah
Buah Namnam atau buah Katak Puru 
Agak pelik nama buah ini kerana setengah tempat menamakannya sbg buah Kopi Anjing. Apa perkaitan antara buah ini dgn kopi dan anjing. Adakah kerana buahnya yg mengerutu dan berwarna coklet. Rasanya tidak juga. Tapi itulah hakikat buah ini. Buah Nam Nam. Setengah tempat pula menamakannya sbg buah Katak Puru. Pokok Katak Puru ialah sejenis tumbuhan yg terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yg lain. Nama botaninya Cynometra cauliflora. Ia juga dikenali sbg Pokok Hima atau Namu-namu. Terdapat juga di sesetengah tempat menamakannya dgn heunceut anjing atawa pukih. Namnam (Jawa, Madura), kuwanjo (Bali), anjing-anjing (Malayu), puci anggi (Bima), puti anjeng (Makassar), arepa (Bugis), aloma (Seram), lamuta (Ambon), kfamute (Buru), namet (Halmahera Kidul), jeung namo-namo (Ternaté).

073045u7jyaoc7xjynoax0 - Aneka Jenis BuahPokok ini dr keluarga Leguminosae/ Ceasalpinioideae dan berbuah di pangkal pokok seperti juga buah Asam Pahong. Sungguhpun Nama dan bentuk buahnya yg menggerutu ternyata buahnya serta daun pokok ini mempunyai khasiat yg banyak dlm perubatan. Buahnya dimakan kerana rasanya yg asam manis dan tambah menyelerakan bila dicampur dgn garam, kicap dan cili. Sementara daun muda pokok ini berkhasiat utk meringankan gejala cirit-birit, mengubati penyakit kencing batu, penawar darah tinggi dan kencing manis, menurunkan berat badan. Daun perlu diambil biasanya dlm jumlah yg ganjil seperti 5 helai, 7 helai, 9 helai yg perlu direbus dan diminum.

Buah Kola Monyet
6503819017 419cd2a8e2 - Aneka Jenis Buah
Buah Kola Monyet dgn lapisan luar
Terimalah hakikat bahawa sekiranya pokok berbuah yg tumbuh terbiar di hutan ia pasti akan menerima gelar pokok hutan atau monyet. Demikian juga dgn nasib pokok Kola Parchycarpa. Kola Parchycarpa dikenali juga sbg Kola Monyet biasa terdapat di beberapa tempat di Afrika seperti Nigeria dan Cameroon bahkan terdapat juga di Jamaika dan Brazil. Buah ini blh dikenali melalui pelbagai nama mengikut nama setempat. Di Selatan Nigeria buah ini dikenali sbg “achicha” atau “ohiricha”.  Di sesetengah tempat di Afrika, buah ini dijadikan mknan utama kerana masalah kekurangan mknan dan kebuluran.  Buah Kola Monyet kaya dgn mikronutrien dan juga mengandungi banyak khasiat yg bermanfaat kepada kesihatan.
6121315995 bd4bedc611 - Aneka Jenis Buah
Di bahagian tengah ialah biji yg keras terbahagi dua
yang ketika dipisahkan akan kelihatan seperti bentuk hati.
6121855756 d842becb4d z - Aneka Jenis Buah
kolaBputeh - Aneka Jenis BuahKulit buah yg kasar dan mengerutu. Selepas dibuang kulit kasar hanya akan tinggal lapisan kulit yg halus. Lapisan ini perlu dibuka utk menampilkan isi yg halus dan berkilat seperti marmar yg digilap.  Warna seperti buah mempelam yg rangup lembut. Di bahagian tengah ialah biji yg keras terbahagi dua yg ketika dipisahkan akan kelihatan seperti bentuk hati.
Rasanya sangat mengujakan – kerangupannya seperti lobak merah dan kacang peas. Rasa yg manis dan lebih menyelerakan bila dimakan bersama gula, garam dan lada mentah. Sebenarnya ada banyak jenis buah dr keluarga Malvaceae dgn rasa yg enak. Kola Monyet ialah tumbuhan dr keluarga sterculiaceae.
Ianya terdiri drpada tiga spesis iaitu Cola latertia yg berwarna merah, Cola parchycarpa berwarna kuning dan Cola lepidota berwarna putih.
Panama Candle Stick Tree 
CandlestickBfruit - Aneka Jenis Buah
Keadaan berserabut pd isi buah  batang lilin
Tanaman pokok batang lilin merupakan tanaman yg buahnya berbentuk lilin. Jadi sangat mudah diduga mengapa namanya demikian. Ia berkait rapat dgn bentuk buahnya yg panjang seperti batang lilin. Dikenali juga dgn nama Candle tree dr keluarga Bignoniaceae.  Selain itu,  pokok ini juga selalunya dirujuk sbg: Dacryodes excelsa, Parmentiera cereifera, Senna alata dr keluarga Fabaceae (Candelabra bush, empress candle plant, candlestick tree, ringworm tree). Pokok ini lazimnya terdapat di Panama, namun terdapat juga di beberapa taman botani terkenal di dunia. Pokok ini tumbuh sehingga 6 meter tinggi. Buah seperti beri cuma bentuknya yg panjang sehingga 60 sentimeter panjang. Ia berwarna hijau, dan berubah kepada kuning apabila semakin matang dan bentuknya seperti lilin. Walau bagaimanapun, tiada perhatian mendalam terhadap kaedah penanaman pokok ini. Walau bagaimanapun didapati di kawasan-kawasan yg mendapat hujan yg tinggi, pokok-pokok ini tumbuh agak cepat.
Parmentieracereifera - Aneka Jenis Buah
Daun pokok lilin bersaiz sehingga 5 cm dgn 3 -4 helai. Bunganya berbentuk corong dgn 5 kelopak berwarna putih atau kuning kehijauan. Manakala buahnya berbentuk tirus berjuntai ke bawah dan blh mencapai antara 20 – 60 cm panjang.
Buah pokok lilin walaupun berserabut tetapi blh dimakan mentah atau dimasak. Ia mempunyai rasa menyerupai tebu.
Walaupun pokok lilin Panama dapat disesuaikan dgn pelbagai keadaan iklim tetapi adalah paling kerap ditemui di kebanyakan hutan-hujan. Pokok ini dapat menyesuaikan diri dgn pelbagai keadaan iklim malah didapati hidup di kawasan sejuk sederhana kerana blh menahan frosts sederhana.
CST - Aneka Jenis Buah
Dalam perubatan tradisional masyarakat pribumi Mexico sejak zaman purba Aztec, bahagian-bahagian pokok lilin ini digunakan utk merawat penyakit buah pinggang, senak perut, selesema dan jangkitan telinga. Mereka menjadikan 50 gm daun yg dijadikan teh dan dicampurkan ke dlm 1 liter air sbg minum harian. Utk jangkitan telinga, bola kapas direndam ke dlm campuran tersebut dan dimasukkan ke dlm telinga.
Buah Merah/ Pandanus Conoideus Lam
Buah Merah - Aneka Jenis Buah
Buah Merah/Pandanus Conoideus Lam
Buah merah adalah buah yg hanya terdapat di daerah Papua New Guinea. Buah Merah juga dikenali dgn nama saintifik Pandanus Conoideus Lam, yg merupakan salah satu tanaman dr jenis pandanus. Tanaman buah merah ini dikatakan terdapat sehingga 12 kultivar dan tersebar luas di persekitaran daerah Papua dgn ketinggian sehingga 2.300 dpl, seperti di lembah Baliem Wamena, serta di beberapa daerah terpencil lainnya di Papua seperti Arfak, Jayapura, dan kawasan pergunungan Bintang.
cbf090dd3c - Aneka Jenis Buah
Potensi utama dr buah merah ini secara tradisional digunakan sbg sumber minyak nabati (minyak karotenoid ) oleh masyarakat yg tinggal di daerah pergunungan dan pesisir. Minyak buah merah juga digunakan sbg penyedap mknan masyarakat Papua, seperti sagu dan ubi jalar. Buah merah mengandung lemak yg cukup tinggi, yaitu 35 % per kg. Kandungan lemak buah ini pd umumnya lebih lemak dr minyak goreng. Dgn demikian, buah merah juga memiliki potensi sbg sumber minyak nabati selain kelapa dan kelapa sawit.
Buah Abiu
Abiu - Aneka Jenis Buah
Buah yg masak berwarna kuning berkilat 
Buah ini dikenali dgn nama yg berbeza beza mengikut wilayah yg berbeza di negara-negara pengeluar seperti di Trinidad yg menamakannya ssebagai epal bintang kuning atau caimitt; di Colombia mengenalinya sbg camio, Caimito amarillo atau madura verde; di Ecuador ia dikenali sbg luma atau cauje; di Venezuela sbg temare; di Portugal sbg abieiro; dan di Ghana sbg alasa. Berdasarkan nama berbeza yg diberi di setiap negara dapat diandaikan bahawa buah ini telah tersebar luas dgn kemampuannya tumbuh di pelbagai jenis tanah. Abiu tumbuh terbaik di kawasan yg lembab sepanjang thn dan iklim yg panas. Habitat kawasan pertumbuhan pokok abiu hampir di semua kawasan tropika.
abieiro - Aneka Jenis Buah
Abiu dianggap sbg berasal dr hulu Amazon. Ia tumbuh liar di bahagian timur yg lebih rendah drpada Andes dr barat daya Venezuela ke Peru. Ia juga tumbuh di sekitar Tingo Maria dan Iquitos, Peru dan ia juga ditemui di Wilayah Guayas di Ecuador, di mana ia dijual di pasaran. Di lembangan Amazon, ia didapati tumbuh meluas di bahagian utara Brazil bahkan telah diusahakan sejak lama di Trinidad. Pokok Abiu yg kini terdapat di Malaysia adalah benih yg ditanam di Australia.
AbiuB2 - Aneka Jenis BuahPokok abiu sederhana besar dgn ketinggian mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dr aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok.
Buah yg muda berwarna hijau dan berkulit licin. Buah yg masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yg berwarna hitam dan berbentuk empat segi panjang. Isinya seperti kelapa muda tetapi lebih manis.

Buah Aguaje 
BuahBAguaje - Aneka Jenis Buah
Aguaje atau juga dikenali sbg Mauritia flexuosa adalah buah yg sangat berkhasiat yg berasal dlm hutan hujan Amazon.
Buah ini dipanggil Buriti di Peru dan Canangucho di Colombia. Ia mempunyai bentuk bujur, bersaiz kecil dan tumbuh pd kayu yg elegan yg blh mencapai sehingga 35m tinggi. Daunnya besar dan membentuk mahkota bulat, manakala bunganya yg kekuningan berbunga pd bulan Disember sehingga April. Buahnya berwarna coklet gelap berkilat seperti buah berangan yg berkembang antara bulan disember sehingga jun. Dari sudut yg lain, apa yg membuat Aguaje menarik adalah nama-nama yg diberikan kepadanya. Sbg contoh, orang asli di Amazon menganggapnya sbg ‘pokok kehidupan’. Tetapi istilah yg lebih popular adalah ‘buah lekuk’.
aguaje2 - Aneka Jenis Buah
Buahnya berwarna coklet gelap berkilat seperti buah berangan yg berkembang antara bulan disember sehingga jun.
Dikatakan bahawa memakan buah aguaje adalah antara kaedah yg terbaik dan paling semula jadi utk mencapai punggung yg lebih besar dan berbentuk jam kaca pasir yg didambakan oleh ramai wanita.
Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia dipenuhi dgn fitoestrogen, yg memainkan peranan penting dlm keseimbangan hormon.
Oleh itu, bagi wanita yg telah memakan Aguaje, ia bermakna mengimbangi estrogen mereka di samping menyediakan ubat utk pelbagai keadaan seperti ketidaksuburan dan menopaus. Ada yg mendakwa bahawa Aguaje membantu mereka mempunyai punggung yg lebih besar dan meningkatkan saiz pinggul mereka.

1753570 - Aneka Jenis Buah
Dikatakan bahawa mkn buah aguaje adalah antara kaedah yg terbaik dan paling semula jadi utk mencapai punggung yg lebih besar dgn bentuk jam pasir yg didambakan oleh ramai wanita. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia dipenuhi dgn fitoestrogen, yg memainkan peranan penting dlm keseimbangan hormon.
Oleh itu, bagi wanita yg telah memakan Aguaje, ia bermakna mengimbangi estrogen mereka di samping menyediakan ubat utk pelbagai keadaan seperti ketidaksuburan dan menopaus. Ada yg mendakwa bahawa Aguaje membantu mereka mempunyai punggung yg lebih besar dan meningkatkan saiz pinggul mereka.
Asid oleik di dlm buah ini adalah satu lagi sebab mengapa buah ini begitu penting kepada wanita yg ingin memiliki punggung yg besar. Asid ini memberi manfaat dlm membantu peningkatan estrogen utk membangunkan ciri-ciri seksual wanita. Di samping itu, protein juga terdapat dlm buah-buahan, yg sangat penting dlm diet pembentukan punggung manakala vitamin dlm Aguaje memperbaiki badan secara keseluruhan.
Minyak Buriti mempunyai tindak balas anti-radang semulajadi yg menenangkan kulit dan memudahkan penghasilan kulit terhadap keadaan seperti ekzema dan psoriasis. Ia adalah secara mendalam dapat meningkatkan penghidratan dan membantu mengurangkan kekeringan terutamanya semasa musim musim sejuk. Bagi mereka yg mempunyai kulit kering, buah-buahan ini blh memberikan mereka kulit yg lebih halus dan rupa yg lebih lembut. Buah ini juga kaya dgn minyak, menyebabkan ia sering digunakan dlm kosmetik utk penjagaan kulit.
Aguaje pd dasarnya adalah buah yg disayangi oleh wanita di seluruh dunia  kerana faedahnya utk mengimbangi hormon. Wanita yg mengambil buah-buahan ini mempunyai tahap estrogen yg lebih seimbang dan dapat mengelakkan kemandulan dan menopaus. Terdapat juga beberapa sumber mendakwa bahawa buah ini mampu mengembalikan kesuburan, tetapi ia tidak digalakkan utk memakan buah-buahan dlm jumlah yg besar.
Ackee
Ackee1 - Aneka Jenis Buah
Buah Ackee
The Ackee, juga dikenali sbg achee, Ackee epal atau akee (Blighia sapida) adalah ahli Sapindaceae (keluarga soapberry), begitu juga dgn laici dan longan. Ia berasal dr tropika Afrika Barat di Cameroon, Gabon, São Tomé dan Príncipe, Benin, Burkina Faso, Ivory Coast, Gambia, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Mali, Nigeria, Senegal, Sierra Leone dan Togo. Di Jamaica, lazimnya buah ini dimasak dgn ikan kod, bawang dan tomato. Selepas direbus, ia akan dijadikan sbg mknan tambahan dlm stew daging lembu, dan daun bdang juga dimasak kari dan dimakan bersama nasi. Buah ini dihidangkan, bukan sahaja di rumah, tetapi juga di bilik mkn hotel dan restoran lain. Di Afrika, buah ini dimakan mentah atau dlm sup, atau selepas digoreng menggunakan minyak.
WilliamBlig - Aneka Jenis Buah
Vice Admiral of the Blue William Bligh FRS RN
Nama saintifik dianugerahkan kepada Sir William Bligh yg mengambil buah dr Jamaica ke Taman Botani Diraja Kew, England pd thn 1793 dan memperkenalkannya kepada sains. Nama asal buah yg berasal dr  Afrika Barat ialah Akan Akye fufo. Buah ini dipercayai dibawa ke Jamaika dr Afrika Barat ketika kegiatan membawa hamba abdi sebelum thn 1778. Dgn adanya buah ini telah menjadi ciri utama pelbagai masakan Caribbean dan juga tanaman di kawasan tropika dan subtropika di tempat lain di seluruh dunia.
ackee4 - Aneka Jenis Buah
Ackee merupakan pokok malar hijau yg tumbuh kira-kira 10 meter tinggi, dgn batang yg pendek. Daun lazimnya berukuran 15-30 sentimeter panjang. Ketika tiba musim bunga pokok ini mengeluarkan haruman yg wangi biasanya mekar pd musim panas. Setiap bunga mempunyai lima kelopak kehijauan-putih. Buahnya berbentuk pir. Apabila ia masak, ia bertukar dr hijau kepada merah terang kepada kuning-oren, dan membelah utk mendedahkan tiga besar, biji hitam berkilat, setiap sebahagiannya dikelilingi oleh isi lembut berkrim, putih ke kuning. Buah biasanya mempunyai berat 100-200 gram.
ackee3 - Aneka Jenis Buah
Walaupun berasal dr Afrika Barat, penggunaan Ackee dlm mknan amat penting dlm masakan Jamaika. Ackee adalah buah negara Jamaika, dan Ackee dan ikan masin adalah hidangan kebangsaan. Wain Ackee mula diperkenalkan di Jamaica menggunakan buah Achee sbg bahan utama. Ackee diperkenalkan ke Jamaica dan kemudian ke Haiti, Cuba, Barbados dan kemudiannya diperkenalkan ke Florida di Amerika Syarikat.
AcheeBCodfish - Aneka Jenis Buah
Buah Ackee harus dibiarkan masak di pokok sebelum dipetik kerana tidak sesuai utk dimakan sebelum buahnya benar-benar masak. Buah Ackee blh menyebabkan apa yg digelar Sakit Muntah Jamaica yg blh membawa kepada koma atau kematian. Ini disebabkan buah Achee yg belum masak mengandungi racun yg dipanggil hypoglycin, jadi penyedia harus berhati-hati utk menunggu sehingga kulit buah ini menjadi merah dan terbuka secara semula jadi. Setelah dibuka, satu-satunya bahagian yg blh dimakan adalah arilli kuning, yg melingkari biji hitam yg bertoksik. Dgn semua risiko yg yg terdedah di sekitar buah ini ternyata tersembunyi ganjaran yg lazat. Ia menjadi hidangan kebangsaan Jamaica iaitu Ackee dgn ikan kod. Selain itu, benih kering, buah, kulit kayu, dan daun pokok ini digunakan oleh masyarakat sbg bahan perubatan.
Pisang Belukar Australia/ Bush Banana
BushBBanana - Aneka Jenis Buah
Marsdenia australis, yg dikenali sbg pisang belukar, pir seperti sutera pokok anggur hijau merupakan tumbuhan asli Australia. Ia didapati  Australia Tengah dan di seluruh Australia Barat. Ia adalah mknan Orang Asli Australia. Bush Banana merupakan tumbuhan asli Australia. Ia didapati  Australia Tengah dan di seluruh Australia Barat.
Marsdenia australis mempunyai banyak nama-nama yg berbeza dlm bahasa-bahasa Orang Asli. Dlm bahasa Arrernte di Australia Tengah ialah merne alangkwe /elonka, merne ulkantyerrknge dan altyeye merne. Dlm Karrajari, Nyulnyul dan Yawuru ia dipanggil ‘Magabala’. Ia blh dimakan kecil atau sudah besar. Buah-buahan kecil dipanggil amwerterrpe. Disebut juga sbg Kalgoorlie di Australia Barat.
BushBBanana2 - Aneka Jenis Buah
Pisang belukar dimasak dlm tanah yg panas di tepi api atau dimakan mentah ketika muda (rasa sama seperti kacang segar). Akar tumbuhan ini dipanggil Merne atnetye juga blh dimakan mentah atau dimasak. Akar berwarna sangat putih dimasak dlm tanah pd penutup panas api. Semua bahagian pd pisang belukar  bermula batang, akar dan daun blh dimakan.
Tumbuhan ini penting bagi Orang Asli Australia ketika berada di kawasan gurun. Mknan yg sering digambarkan dlm seni Orang Asli semasa, terutama lukisan tentang ‘bush tucker’, serta lukisan ‘Bush Banana Dreaming’.
Myrica Rubra
MyricaBrubra - Aneka Jenis Buah
Myrica Rubra
MyricaBrubra2 - Aneka Jenis Buah
Apa yg saya ingin memberitahu anda sedikit tentang Red Bayberry yg juga dikenali dgn nama saintifiknya Myrica rubra (Myricaceae). Terdapat Myrica lain, seperti Myrica nana. Tumbuhan ini adalah dr keluarga hemisfera utara dan terdapat di Amerika Utara dan Asia. Myrica rubra atau Bayberry merah blh dimakan dan rasanya manis. Myrica rubra, juga dikenali sbg Ygmei, Cina Bayberry, Bayberry Jepun, Red Bayberry, atau strawberi Cina adalah pokok subtropika ditanam sbg buah-buahan yg mempunyai permintaan.
Ia adalah buah yg amat menarik. Ia datang dr China terutamanya di wilayah Zheijiang, tumbuh di kawasan pergunungan rendah dgn kawasan yg  lembap. Namun terdapat juga pokok ini dr jenis liar yg tidak blh dimakan; Oleh itu seseorang perlu tahu jenis yg blh dimakan dan yg tidak blh dimakan.  


Mexican Calabash

4021544976 8465549b12 z - Aneka Jenis Buah
Mexican Calabash ini dikenali juga sbg Jicaro, Morrito, Winged Calabash. Di India orang Hindi menyebutnya sbg कमंडल Kamandal, Kannada: Sokeburude dan Tamil: Tiruvottukkay 

Mexico Calabash adalah pokok rendah dlm bentuk membulat seperti lingkaran dgn ketinggian antara 3-4 m. Jarang mencapai ketinggian 12 m. Daun yg mempunyai tiga daun, dlm rimbunan berkelompok, dgn jelas bersayap daun batang, hijau gelap, sehingga 8 inci panjang.  Mempunyai bunga yg berbentuk loceng, bersendirian, kuning-hijau kepada merah, dgn tangkai pendek, sehingga 6 cm atau lebih panjang. Buahnya adalah seperti peluru mariam yg bulat seperti bola atau hampir bulat dan kadang-kadang bujur, dgn tempurung yg licin keras berwarna hijau pd peringkat awal sebelum bertukar kepada ungu dan coklet dan akhirnya jatuh ke tanah. Saiz buah yg besar berukuran antara 4-5 inci diameter.  Di India ia ditanam sebagai pokok hiasan kecil. 
Dalam perubatan tradisional, ia digunakan sbg merawat penyakit yg berkaitan dgn buah dada wanita. Cara rawatan ialah hanya dgn membelah buahnya dan keluarkan isi yg berwarna putih dan tekapkan pd buah dada. Selain itu ia juga digunakan terutamanya dlm rawatan selsema, dan utk penyakit buah pinggang, Air rebusan daun diambil sbg astringen dan antihemorrhagic. Ia banyak digunakan dlm rawatan haemopati dan disentri.

Loading...

Tags: #Aneka #Buah #JENIS

author
Author: 
    Bukan Karena Byk Mkn, Wajah Via Vallen Jadi Terlihat Gemuk Ternyata Gara-Gara Ini!
    slidegossip.com – Via Vallen rupanya tak terima kalau perubahan bentuk badannya yg kini
    Setelah Bikin Heboh dgn Postingan Selingkuh, Raul Lemos: Bangkai Ditutupi Tercium Juga!
    slidegossip.com – Raul Lemos kini semakin membuat netizen bertanya-tanya tentang postingan di akun
    Mabuk di Jalan, Artis yg Video Syur nya Viral Ini Langsung Telepon Ayahnya Saat Ditangkap!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr artis tampan asal Malaysia, Aliff Aziz. Seperti
    Billy Syahputra Kaget Setelah Lihat Isi ATM Nikita Mirzani: Allahu Akbar!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani kini dikenal sbg wanita sukses baik di industri hiburan

    Leave a reply "Aneka Jenis Buah"