Analisis Debat Antivaksin Dgn Pro Vaksin.

Oleh : Iqbal Rosali

ANALISA TV ALHIJRAH VAKSIN : PERLINDUNGAN ATAU KEMUDARATAN
 
Bagaimana saya menganalisa perbincangan pd 15 Februari 2019 itu?

1. Sejak beberapa hari lps, saya ada beritahu rakan-rakan doktor, apa sebenarnya yg dimahukan di akhir rancangan ini nanti. Saya bimbang bila antivaksin diberi peluang ke udara secara langsung utk menyampaikan idea mereka.Tapi saya silap. Wakil mereka itu langsung tak ada idea!

Hijrah 1 - Analisis Debat Antivaksin Dgn Pro Vaksin.

2. Perbincangan dimulakan dgn menghuraikan fungsi vaksin oleh Dr Huda. Kemudian Dr Huda menjawab soalan Finaz yg ada anaknya divaksin, ada yg tak divaksin dan mcm mana Dr Huda blh terjerumus ke arah menolak vaksin. 



Dr Huda terima vaksin.
Ada anak yg divaksin.
Ada yg tak divaksin.
Apa pegangan beliau sebenarnya?

Dato Dr Musa tak perlu diperkenalkan pun. Satu dunia kenal beliau. 1-0.

3. Dato Dr Musa jelaskan vaksin ini bukti melindungi kita semua, dgn ambil contoh Polio. Bila dijangkiti Polio, 5% akan mati, kalau tak mati 95% anda akan lumpuh. Bila diberi vaksin, kita hampir berjaya lenyapkan Polio. Nigeria negara paling baru bebas Polio. Target 2018 utk dunia bebas Polio belum tercapai sebab Afghanistan dan Pakistan belum bebas lagi. 2-0.

4. Isu rujukan antivaksin iaitu Wakefield. Dr Nurul kata tak bersedia dgn isu ini.

Dr Musa balas mudah. Eksperimen Wakefield tidak ada “reproducibility”. Wakefield sorang je yg buat. Mulanya ada 12 orang author terlibat, 10 tarik diri. Sampai sekarang tak ada kajian MMR sebabkan autism. 3-0.

5. Isu aluminium dlm vaksin sebabkan autism. Dr Nurul tak kata aliminium dlm vaksin sebabkan autism. BANYAK LAGI FAKTOR katanya. Sedangkan benda inilah golongan antivaksin duk perjuangkan selama ini. Kena caras dgn geng sendiri nampaknya.

Dato Musa mencelah. Beliau buktikan kuantiti aluminium dlm vaksin terlalu sedikit nak dibandingkan susu ibu. Checkmate. 4-0.

6. Berapa kali Dr Huda jumpa kes AEFI? Sbg freelancer, tak byk jumpa pesakit, tak byk jumpa kes (atau sebenarnya tak ada?). 5-0.

Lepas tu lari kepada isu keselamatan vaksin dan konsumerisme. Masa ini Dr Huda juga akui VAKSIN MENURUNKAN INSIDEN. 6.0.

7. Dato Musa jawab isu kematian dan vaksin. Ambil contoh budak perempuan mati lps ambil vaksin HPV. Rupanya ada barah jantung. Di Mexico, beberapa orang mati lps ambil vaksin tiga serangkai. Rupanya mati diaebabkan persekitaran tak bersih. Kesimpulannya mati bukan sebab vaksin. 7-0.

8. Isu AEFI. Dato Musa jelaskan anaphylaxis cuma 1 dlm 1 juta. Lumpuh dr polio vaksin cuma 1 dlm 2.5 juta. Kalau kita tak ambil vaksin influenza A, risiko mendapat GBS ialah 17 kali ganda drpada orang yg ambil vaksin. Kita tak tolak kesan-kesan sampingan ini, tapi ia adalah terlalu kecil. 8-0.

9. Giliran Dr Huda pula jawab AEFI. Beliau nak para doktor dan ibu bapa lebih alert utk tahu itu ialah AEFI. Siap salahkan silibus masa belajar medik dulu tak terang detail pasal vaksin. Ini markah percuma utk Dato Musa. 9-0. Silibus tak terang detail atau beliau yg tak tahu?

10. Siap nak terangkan pula pasal GPFKV. GPFKV utk kegunaan dan kemudahan perawat, samalah mcm garis panduan rawatan yg lain mcm darah tinggi dan kencing manis. Kenapa tak suruh semua rakyat Malaysia baca yg itu sekali? Lagi markah percuma utk Dato. 10-0.

Masa Dr Huda terangkan aEFI dr GPFKV, Dr Musa mencelah, bgtahu tentang update terkini jenis vaksin yg digunakan. Yg mana, AEFI itu tak mungkin berlaku sebab vaksin kita guna sudah lain. BOOM. Setepek kena sebab Dr Huda tak update tentang itu. 11-0.

11. Isu di Filipina. Respon Dr Huda – Tak tahu apa situasi, tak berbaloi utk discussion. BOOM. Kes baru ni. Bukan kena naik mesin masa. Tak payah tunggu respon Dato Musa. 12-0.

12. Isu coverage vaksin. Masa ini Dr Huda dah lari jauh sangat dr soalan. Dr Musa mencelah. Bonus point utk Dato sebab telinga kami semua dah bernanah dgn explaination yg menyimpang jauh dr Dr huda. 13-0.

US – Thn 2000 tak ada kes. Tapi sejak 2015, US ialah outbreak terbesar campak kerana ibu antivaksin bawa anak pergi Disneyland dan jangkit orang lain.
Malaysia – 2013 ada 190 kes campak, naik 10 kali ganda thn 2018. Coverage drop 88%. Herd immunity makin drop.
Australia – polisi No Jab No Play.

Dalam 2 minit Dato cover Filipina, Malaysia, US, Australia. Well done Dato. 2 Extra points. 15-0.

13. Bila ditanya apa alternatif utk ganti vaksin, Ini point paling SAILANG semua antivaksin. Dr Huda mengaku “saya tak kata vaksin ini tidak berkesan…”. BOOM. 16-0.

Dr Huda cadangkan build up imuniti dlm badan dwngan mkn yg bagus, exercise, matahari, kurangkan stress………. Tapi baby nak exercise dan stress benda? 😂 17-0.

14. Finaz tanya lagi, mknan sunnah utk ganti vaksin, jawapan Dr Huda adalah DIGANDINGKAN vaksin dan mknn sunnah. Ah sudah. Jadi vaksin ni kena ambil ke tidak? BOOM 18-0.

15. Bila ditanya nak rujuk siapa kalau WHO ditolak, fatwa muzakarah ditolak? Dr Huda tak jawab. Markah percuma. 19-0.

16. Kesimpulan Dr Huda – tak ada kesimpulan, masih nak sembang GPFKV lagi. Bila nak habis mcm ni?

Kesimpulan Dato Dr Musa – program imunisasi di Malalysia adalah terbaik, terbukti keberkesanan dan keselamatannya. 20-0.

Setinggi-tinggi tahniah buat Dato atas kesudian Dato menjelaskan kepentingan dan kebaikan vaksin utk masyarakat Malaysia amnya dan dunia khususnya.

Loading...

Tags: #Analisis #Antivaksin #Debat #Vaksin

author
Author: 
    Download Ramadhan Penuh Berkah
    Download ramadan penuh berkah ramadhan, download ramadan penuh berkah energi, download ramadan penuh
    During Ramadan Quotes
    During ramadan, during ramadan muslims, during ramadan muslims fast, during ramadan most muslims,
    Hukum Puasa Syawal Bg Wanita
    Hukum puasa, hukum puasa di hari jumat, hukum puasa nazar, hukum puasa rajab,
    Lagu Lebaran Tiba
    Lagu tiba, lagu tiba tiba kau minta maaf pd ku, lagu tiba saatnya,

    Leave a reply "Analisis Debat Antivaksin Dgn Pro Vaksin."