Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini..

Loading...

BAHAGIAN KEDUA

Pihak kami telah berhubung dgn pihak yg berauthoriti utk mengulas mengenai dakwaan 211 anak yatim telah dihalau dan hilang tempat tinggal mereka.

JKM dipersalahkan pula..

JKM 1 - Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini..

Penyebaran itu disertai dgn dakwaan kerajaan kejam dan zalim kerana menutup maahad tahfiz orang Islam sebaliknya pusat judi dibiarkan berleluasa. Nampak sentimen yg dimainkan disini?

Apa sebenarnya yg telah berlaku?


👉 Pd 13 Mac, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Agama Dan Syarikat, Datuk Dr. Ismail Salleh bahawanya satu madrasah di Kedah telah diarahkan tutup operasinya.


Rujuk : https://www.sinarharian.com.my/article/17795/EDISI/Utara/Kedah-tutup-madrasah-eksploitasi-pelajar-kutip-derma

👉 Ini kerana hasil siasatan mendapati madrasah itu telah mengekploitasikan kanak-kanak bg tujuan mengutip derma.

👉 Anak-anak itu telah dihantar ke stesen-stesen minyak dan beberapa lokasi lain utk mengutip derma dan menjual barang.

👉 Anak-anak itu tidak bersekolah dgn baik, dan berkemungkinan tidak menerima vaksinisasi berkala. (hal ini memerlukan semakan lanjut)

👉 Sebahagian dr anak-anak ini pernah ditahan dan disoalsiasat oleh orang awam, sesetengahnya tak pandai membaca surah yg ringkas sekalipun!

👉 Anak-anak ini anak-anak yatim? Tidak betul sama sekali. Memang tak dinafikan ada sebilangannya anak yatim tetapi MAJORITI bukanlah anak yatim. Mereka adalah anak-anak ahli dan anak-anak dr keluarga susah yg dikutip bg tujuan melakukan ekploitasi.

👉 JKM, ZAKAT dan MAJLIS AGAMA tidak membantu? Salah! Agensi kerajaan meminta pihak pengurusan utk menyediakan beberapa dokumen bg menyokong tuntutan mereka. Seperti, jika ini adalah anak-anak yatim, manakah sijil mati ibunya, ayahnya, mana Mykadnya, MyKidnya, sijil lahirnya, sijil sekolahnya, dan sewaktu dgnnya. Kegagalan utk melengkapkan proses dokumentasi menyebabkan bantuan tidak blh disalurkan. Tambahan pula jika menipu mengatakan anak-anak ahli, atau anak-anak kandung sbg anak-anak yatim, adakah ianya wajar diterima?

👉 Jika semata-mata tidak lengkap satu dua dokumen tetapi anak-anak ini dijaga dgn baik dr segi persekolahan dan kebajikan, apakah mungkin kerajaan mengarahkan ia ditutup operasinya? Jangan bohong! Sudah tentulah ada kes berat yg menyebabkan tindakan tegas perlu diambil. 

Sedih - Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini..


👉 211 anak-anak yatim ini merempat? Pertamanya, betulkah bilangannya 211? Keduanya, betulkah merempat selepas perlu keluar dr asrama masing-masing? Mana bukti bergambar 211 ini merempat? Jika merempat sudah tentu dah ditularkan oleh orang awam bukan?

👉 Kerajaan Kedah mengarahkan premis menutup operasi kerana mengekploitasikan kanak-kanak bg tujuan mendapat derma dan adakah derma-derma itu telah digunakan utk menampung keperluan dan kewajipan terhadap anak-anak ini?

👉 Menurut tuan tanah, sewa tidak dibayar. Kerana itu juga menjadi sebab kenapa mereka perlu kosongkan bangunan. Selain perlu akur dgn tuntutan kerajaan negeri utk menghentikan segala bentuk operasi bg menyelamatkan anak-anak dr terus diekploitasikan.

👉 Sebahagian dr anak-anak ini pernah diselamatkan dan disekolahkan seperti anak-anak lain.

👉 Sebahagian dr bekas-bekas pekerja telah berubah haluan dan memberitahu beberapa perkara sensitif yg ramai orang tidak tahu di luar sana. Kami tidak akan menulis mengenai perkara itu disini.

👉 Anak-anak ahli itu dipercayai dibawa ke Pulau Pinang menaiki VAN. Mereka juga mempunyai markas di Pulau Pinang.

👉 Modus operasi pengurusan ini telah berulangan selama lebih 20 thn lama. Setiap kali tindakan tegas dibuat, wayang simpati akan dimainkan. Orang awam percaya dan terpengaruh. Yg menerima kecaman, agensi agama. Bila nampak budak-budak kutip derma, agensi kerajaan kena kecam kerana tak membantu. Bila membantu dgn mengambil tindakan tegas, dikecam lagi kerana tak prihatin. Apa sebenarnya yg mereka mahukan?  

Pengakuan bekas pengikut..

Tahfiz - Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini..

👉 Isu ini melangkaui garis politik. Ia bertujuan utk menghentikan segala bentuk ekploitasi terhadap anak-anak ini. Pengetua lama kini sedang meringkuk di penjara. 

Atas kes ekploitasikan anak-anak ==> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/227716/warga-emas-isteri-didakwa-eksploitasi-kanak-kanak

YAN - Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini..

YANB2 - Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini..

Gambar pertama : bekas pengetua yg didakwa. 
Gambar kedua : mangsa dan ibu bapa mangsa – mana yg kata budak-budak ini adalah ANAK-ANAK YATIM?



Mereka bukan anak-anak yatim majoritinya. Seperti yg diperjelaskan di atas, sebahagian dr mereka adalah anak-anak orang susah yg dikutip kemudiannya diekploitasikan.

👉 Apabila kantoi, mereka akan tukar nama. Nombor akaun bank yg sama digunakan utk tujuan meminta derma dan simpati orang ramai. Bagaimanapun operasi mereka masih sama. Mengekploitasikan kanak-kanak.

👉 Jabatan Agama telah menerima aduan maka kerana itu tindakan tegas dibuat. Tindakan tegas dibuat selepas melakukan siasatan terperinci. Jangan menfitnah disana sini. Orang Kedah ramai tahu kebenarannya. Orang di luar Kedah cenderung utk mempercayai pembohongan dan lakonan.

👉 Ada byk pusah tahfiz, madrasah dan rumah anak-anak yatim di Kedah. Tidakkah pelik jika nak menuduh kerajaan negeri kejam hanya kerana mengambil tindakan tegas terhadap satu madrasah yg menipu, memperdagangkan dan mempergunakan budak-budak?

👉 Selamatkan anak-anak ini, samada anak-anak ahli atau anak-anak orang susah dr terus dipergunakan utk tujuan mengutip derma. Anda blh melakukannya jika anda berhenti mempercayai pembohongan mereka. Jika strategi mereka gagal, secara automatiknya mereka akan mula mencari rezeki dgn cara yg sepatutnya, dan bukannya menggunakan keringat budak-budak. Ingatlah, tempat anak-anak ini disekolah, bukannya dijalanan mencari wang derma. – 16 Mac 2019.

Loading...

Tags: #Anak #ANAKANAK #Bahkan #Barang #Bukan #Derma #diarah #Jual #Kutip #Sana #SINI #Yatim

author
Author: 
    Kunjungi Korban Gempa di Ambon, Nikita Mirzani Tuai Pujian, Jokowi Malah Kena Sindiran!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani kembali jadi perbincangan publik. Namun kali ini
    Guru ditahan terlibat aktiviti pengganas LTTE
    GURU sebuah sekolah di Banting, Selangor, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri
    GPK HEM maut selepas rebah daki gunung
    LELAKI tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendaki Bukit Beruang, Melaka hari
    Bukan Muslim, tapi Penyanyi Ini Langsung Berhenti Latihan Begitu Dengar Suara Adzan!
    slidegossip.com – Boyband asal Korea BTS membuat publik khususnya para penggemarnya terhenyak dgn

    Leave a reply "Anak-Anak Itu Bukan Anak Yatim, Bahkan Diarah Jual Barang, Kutip Derma Sana Sini.."