Amverton Heritage Resort Review, Hotel di Melaka yg menarik!

Loading...

Berbaloi ke kita menginap di Hotel Amverton Heritage di Melaka bersama keluarga? Baca review ini sampai habis sebelum tempah!

Amverton heritage Resort di Melaka

Apabila kita melancong, mestilah nak rehat & tenangkan fikiran. Pd masa yg sama anak anak & keluarga dapat rileks bersama.

Barulah berbaloi duit yg kita keluarkan. Sebab kita nak cari ketenangan & rehat  yg di cari cari semasa bercuti.
Ibu dah menginap di resort ini sebanyak 2 kali pd thn 2018. Jadi, dah tahu apa yg best dan tak best di sini.

Review ini di jamin akan membantu anda utk,

  1. Tahu pengalaman pengunjung lain yg menginap di sini.
    .
  2. Kelebihan menginap di sini.
    .
  3. Kekurangan yg blh ditambah baik oleh pengurusan hotel.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan dgn soalan paling penting.

Iaitu.



Berbaloi ke bercuti di Amverton Heritage Resort Melaka? Baca pengalaman pengunjung lepas!

Kita mulakan dgn pengalaman Ibu sendiri.

Bacaan menarik: Best ke bawa keluarga bercuti di Hotel Amverton Heritage Resort yg terletak di Melaka?

Apa pengalaman yg Ibu suka semasa tinggal di sini.

Kebaikan (Pendapat peribadi)
  1. Paling best mesti taman tema air yg lengkap. Anak anak sangat suka.
    .
  2. Swimming pool utk orang dewasa yg besar.
    .
  3. Sarapan pagi banyak pilihan & harga sangat berpatutan.
    .
  4. Suasana yg sangat tenang, dikelilingi oleh pokok pokok hutan. Sedangkan kita berada di lokasi sibuk di Melaka. Ayer Keroh sangat sesak tau semasa cuti.
    .
  5. Ada taman permainan tertutup “indoor” yg sangat besar & besar. 2 tingkat tu. Anak anak memang suka.
    .
    Selain itu ada banyak aktiviti lain utk anak anak lakukan di taman ini. Baca buku, melukis & lain lain.
    .
  6. Khidmat pelanggan yg cepat.
    .
  7. Proses check out yg pantas. Tak sampai 3 minit dah selesai. Melainkan ramai yg beraturkan?
    .
Amverton heritage Resort di Melaka 2

Kelemahan yg blh diperbaiki (Juga pendapat peribadi)
  1. Kunci bilik elektronik tak berfungsi dgn baik. Sangat sukar nak masuk dlm bilik.
    .
    Pengalaman Ibu, tersangkut depan pintu bilik semasa baru tiba dgn badan yg penat. Kemudian suami turun tukar kad access baru, pun tak berfungsi.
    .
    Kebetulan, pelancong lain yg menginap di bilik berhadapan bilik kami pun hadapi masalah sama.
    .
    Masalah ini hanya selesai selepas staf teknikal datang bantu ajar cara yg betul utk buka pintu.
    .
    Kalau blh, tukar sajalah lock lain.
    .
  2. Sarapan memang banyak, harga pun ok. Memang kenyang mkn, cuma nasi lemaknya keras & sambalnya kurang sedap.
    .
    Suami Ibu dah menginap di hotel resort ni lebih kerap dr Ibu atas urusan kerja, nasi lemak masih macam tu.
    .
    Kalau blh perbaiki memang lagilah berbaloi tinggal sini.
    .
    Ibu bukan tak bersyukur, tapi review ni utk penambah baikan saja. Supaya servis makin bagus, jadi perniagaan makin maju kan.
    .
    Nak ubah rasa nasi lemak & sambal tu tak perlukan kos yg banyak pun berbanding pengubahsuaian fasiliti & kemudahan lain.
    .
  3. Nak gunakan sterika “iron” kena kongsi di koridor. Sterika tak di sediakan dlm bilik.
    .
    Bila kongsi faham faham sajalah kan, lambat.
    .
    Wallahualam kenapa sterika tak banyak, mungkin utk tujuan keselamatan & elak kebakaran.
    .

Itu pengalaman peribadi keluarga Ibu menginap di sini.

Kenapa penting utk kita baca pengalaman orang lain?

3 Panduan mudah utk percutian keluarga paling best!

  1. Baca review yg baik baik tentang hotel yg kita bakal tempah.
    .
  2. Baca review buruk tentang hotel yg sama.
    .
  3. Bandingkan kelebihan & kekurangan yg ada. Pertimbangkan sama ada kelebihannya melebihi kelemahannya, barulah kita buat keputusan.
    .
AmvertonBheritageBresortBmelaka - Amverton Heritage Resort Review, Hotel di Melaka yg menarik!
Review yg benar benar teruk (2 bintang ke bawah hanya 10%)

7 Pengalaman pelancong di Amverton Melaka yg positif.

1. reza said – 4/5 bintang

3 minggu yg lalu di Google – Tempat menarik, senang nak exit tol tanpa perlu masuk bandar. Kolam besar utk kanak2 dan dewasa. Terbaik.


2. ahmad pejei – 4/5 bintang

6 hari yg lalu di Google – Bilik ok. Anak anak suka mandi kolam.


3. Hasanul Hafiz – 4/5 bintang

4 bulan yg lalu di Google – Good for kids. Tapi bilik jauh sangat dr lif. Yaa. Ampun.


4. Khairul Anwar 5/5 bintang

5 bulan yg lalu di Google – Suasana yg mendamaikan. Kolam air yg sesuai utk anak anak bermain dgn pengawasan kakitangan hotel. Sarapan pagi blh tahan.


5. Rosfadzli abdul hamid – 4/5 bintang

2 bulan yg lalu di Google – Selesa dan nyaman.

6. Asnah Harun – 5/5 bintang

7 bulan yg lalu di Google – Bilik luas , breakfast sedap & berpatutan, lokasi yg dekat dr highway dan keluar ke bandar.



7. Jtl Garage 5/5 bintang

11 bulan yg lalu di Google – Hotel yg paling mesra pelanggan di melaka. Kakitangan yg ramah di bahagian water park. Anak anak saya sangat seronok ketika berada di hotel ini. Sangat berbaloi utk family meluangkan masa bersama. Walaupun taman tema air sangat kecil berbanding tempat lain. Tapi bersih dan menyeronokkan. Ada juga kidzone yg berhawa dingin dgn kaki tangan yg mesra. Makanan sarapan pagi sangat sedap. Staff baik dan mesra.


3 Pengalaman pelancong yg negatif semasa menginap di sini.

Indoor gym Amverton heritage Resort di Melaka buka sampai jam 7 malam saja


1. Airis Yanna 1/5 bintang.

2 bulan yg lalu di Google – 

Bilik yg sangat teruk. 2 kali tukar bilik tetapi dpt bilik yg toilet rosak. Aircond pon xsejuk. Harapkan pool je yg best. Breakfast pon so so je.



2. Khursiah K1/5 bintang.

4 bulan yg lalu di Google – Bad. Aircond panas. Air banjir bilik. Xde tuala kaki. Bathtub ade blood stain. Euww



3. Wan Putrajaya 1/5 bintang.

11 bulan yg lalu di Google – Positif – parking senang, lobi cantik, bilik besar, byk kolam & permainan utk kanak-kanak. Negatif – Lantai bilik, bilik air & koridor tidak bersih. Bathtub tiada penutup lubang. Penutup mangkuk tandas rosak. Channel tv terhad. Kanak-kanak 4 thn ke atas yg tiada kupon breakfast, tidak dibenarkan join parent masuk walaupun sekadar parent suap. Perlu juga bayar. Apa punya polisi bodoh hotel. Hotel 5 star lagi baik jaga customer.



4. Sophiebaby Headband1/5

8 bulan yg lalu di Google – Pintu bilik tak blh buka lps blk mkn pkl 10. Card dh expired.  😂

Kesimpulan tentang bercuti di Amverton Heritage Melaka.

Kalau kita perhatikan, kebanyakan review pelawat di hotel majoritinya memberikan mata 3 ke 4 bintang.

Sebab tu markah terkumpul dr mereka pun 3.8 dr 5.0  bintang berdasarkan 400 ulasan.

Pada Ibu, hotel ni sangat bagus utk travel jimat bersama keluarga. Anda dapat lebih dr yg dibayar.

Kalau dah biasa tinggal di hotel 5 bintang, memang tempat ni serba kekuranganlah.

Maklumlah dah biasa mewah, tiba tiba masuk resort macam ni. Hehe.

Tepuk dada tanyalah selera sendiri. 

Sekiranya anda ada sebarang pengalaman nak dikongsi, & pendapat nak di utarakan, ruangan komen terbuka luas utk anda.

Sampai jumpa lagi, sama samalah kita berkasih sayang sesama keluarga. Ibu yg bijak, syurga buat keluarganya. Insyaallah.

Assalamualaikum Wrmbth.
Loading...

Tags: #Amverton #Heritage #Hotel #Melaka #Menarik #resort #Review

author
Author: 
    Harga Menu Texas Chicken
    Hai semua.. Saja nak post latest harga menu Texas Chicken. Senang incase BBL
    Lewat Foto Ini, Lulu Tobing Akhirnya Mengaku Telah Resmi Jadi Istri Cucu Konglomerat!
    slidegossip.com – Kabar pernikahan Lulu Tobing dgn cucu konglomerat, Bani M Mulia ternyata
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln

    Leave a reply "Amverton Heritage Resort Review, Hotel di Melaka yg menarik!"