AMBUYAT

AMBUYAT,5 / 5 ( 1votes )
Assalamualaikum, 

Alangkah terujanya saya mendapat kiriman sagu rumbia dr saudara di Tuaran, baru-baru ini. Sagu rumbia ni blh didapati di pasar atau tamu dlm bentuk paket dan utk hasilkan ambuyat yg sedap dan tidak berbau masam, sebaiknya dapatkan stok tepung sagu rumbia yg masih baru. 

AMBUYAT adalah hidangan yg blh dihasilkan drpada sagu rumbia dan amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei. Ada yg mkn bersama-sama lauk pauk sbg hidangan mkn tengahari bagi menggantikan nasi.Rasanya tawar dan lebih sedap di gandingkan dgn  kuah yg agak masam atau pedas.

Ambuyat ni sedap dimakan masa ia masih panas dan dicicah dgn ikan bakar, ikan rebus, sambal atau ulam-ulaman. 

Selalunya ambuyat dimakan dgn menggunakan buluh penyepit khas yg dikenali sbg candas. Tapi saya guna chopstik sahaja sbg pengganti candas.
AmbuyatB1 - AMBUYAT
Cara membuatnya :

 1. Tepung sagu dicampur dgn segelas air di dlm mangkuk besar dan mendapkan selama 10minit. Sambil tu kacau-kacaulah tepung tu agar ia larut. 

AmbuyatB2 - AMBUYAT


 2. Tapis sagu yg mendap tadi kedalam bekas dan kacau dgn senduk agar mudah digaul nanti.


AmbuyatB3 - AMBUYAT

3. Seterusnya tuang air baru mendidih (kena betul-betul panas) kedalam bekas berisi tepung sagu sambil terus dikacau. Kuantiti air ni kita kena pandai agak sendiri dan tuang sedikit demi sedikit ketika mengacau sehingga sagu menjadi berkilat.

AmbuyatB4 - AMBUYAT

4. Kacau sehingga sebati dan sagu bertukar menjadi jernih dan likat seperti gam, maka jadilah ambuyat.

AmbuyatB5 - AMBUYAT


4. Inilah sagu rumbia yg dihantar oleh saudara saya dr sabah iaitu siap dipek dan iainya blh didapati di pasar. 

AmbuyatB1 1 - AMBUYAT

Loading...

Tags: #AMBUYAT

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "AMBUYAT"