AMBUYAT GORENG

Loading...

Assalamualaikum, 

Apa khabar agaknya netizen yg masih sudi masuk ke blog fizalgk ini, Bagi yg masih ingat pasti perasan yg saya dah lama tidak muncul di media sosial. Dlm entry saya sebelum ini ada saya highlight tentang keadaan saya sekarang yg hilang semangat utk berblogging setelah ibu mengidap kanser dan utk pengetahuan yg bertanya, ibu saya Halimah Bt Ahmad telah kembali kepada penciptaNya tanggal 17hb Februari 2019. Benarlah janji Allah dan kita juga pasti akan menyusul.

Allah SWT berfirman dlm Surah Al-Anbiya, ayat 35:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Ertinya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dgn kesusahan dan kesenangan sbg cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.
Setelah dua bulan pemergian ibu barulah saya buka kembali media sosial dan tak sangka masih ada yg sudi email dan menghantar pesanan bertanya tentang perkembangan terkini. Terima Kasih saya ucapkan.

Bila buka kembali blog ini rupanya masih ada beberapa gambar masakan yg dah lama saya hasilkan tetapi terbiar je tidak di publish. Utk entry hari ini saya nak share resepi ambuyat goreng. Sedap rupanya ambuyat bila digoreng. Rasanya seakan-akan kue Teow tetapi lebih sedap lagi pd pandangan saya. Ambuyat ni tak hancur bila digoreng dan senang cakap memang sedaplah.

Oh ya sebelum itu blh lihat cara menghasilkan ambuyat dr tepung sagu di entry saya sebelum ini. Sila click di SINI

AmbuyatBGorengBSedap - AMBUYAT GORENG
AMBUYAT GORENG

Bahan-bahan

Ambuyat secukupnya – di gunting seperti dlm gambar 1 (saya guna 300gm)

2 ulas bawang putih

100gm isi ayam

1 sudu besar cili kisar

Secekak daun bawang – potong pendek (kira-kira 1 inci)

2 cekak taugeh

2 sudu minyak masak utk menumis
SOS  (satukan dlm mangkuk)

1 sudu besar cili kisar

½ sudu besar kicap manis

1 sudu besar kicap sotong Thai (boleh gantikan dgn kicap cair)

1 sudu besar sos cili

Cara memasak:

1. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih sehingga berbau wangi dan masukkan cili kisar sambil di kacau.

AmbuyatBGorengB1 - AMBUYAT GORENG
 2. Masukkan pula sos dlm mangkuk tadi dan isi ayam dikacau lagi.
 

AmbuyatBGorengB2 - AMBUYAT GORENG
3. Seterusnya masukkan ambuyat dan kacau lagi kira-kira 3 minit. Masukkan pula daun bawang dan taugeh sambil di kaup balik. 

 AmbuyatBGorengB3 - AMBUYAT GORENG
4. Saya hanya masak sebentar sahaja mengacau sayuran kerana lebih suka ianya separuh masak dan ranggup.
AmbuyatBGorengB4 - AMBUYAT GORENG
5. Seperti kue teow juga ambuyat goreng ini sedap di hidangkan dgn cili jeruk.

AmbuyatB5 - AMBUYAT GORENG
Inilah ambuyat yg dibiarkan kenyal dan digunting-gunting sebelum digoreng. Saya guna leftover ambuyat yg saya buat sebelum ini. Blh rujuk entry sebelum ini di SINI.

Loading...

Tags: #AMBUYAT #GORENG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.