Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Loading...

Untitled design 15 3 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kalau anda ingin membeli peralatan dapur, pastikan ia tidak diperbuat drpada bahan-bahan yg Min nyatakan ini. Mknan paling sihat sekalipun kalau dimasak atau disimpan dlm bekas yg bahan buatannya bertoksin, blh menjadi ‘racun’ yg menjejaskan kesihatan kita.

Jom semak dan teliti, senarai bahan ini…

1.PERALATAN ALUMINIUM

Untitled design 3 1 1 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kredit Foto : doityourself.com

Kuali dan periuk ada yg diperbuat drpada aluminium. Malah aluminium adalah material yg mampu beli murah dan pelbagai kegunaannya. Walaubagaimanapun, mknan berasid seperti sos tomato dan garam blh menyebabkan aluminium terserap masuk ke dlm mknan. 

Kertas aluminium atau aluminium foil sebaiknya diguna hanya utk membungkus mknan sahaja. Kerana suhu yg tinggi blh menyebabkan proses ‘leeching’ pengeluaran logam yg menjadikan mknan tidak ‘selamat’ dimakan .

2.PERALATAN KUPRUM @ ‘copper’

Untitled design 6 1 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kredit Foto : 2knowandvote.com

Kuprum terkenal mampu mengekalkan suhu dan menahan haba, malah periuk dan kuali kuprum adalah kegemaran kebanyakkan chef kan. Kuprum atau ‘copper’ sebenarnya dibuat drpada bahan logam lembut dan biasanya campuran bahan buatannya sering digandingkan dgn nikel. Kedua logam ini blh membebaskan toksin logam bila dipanaskan dan blh meresap dlm mknan.

Apabila anda memerah lemon contohnya, lagi lah terhakis logammya dan mknan pun menyerap logammnya dan blh menjejaskan kesihatan . Kuprum yg berlebihan masuk ke tubuh sering dikaitkan dgn masalah kanser, tisu penghubung, dan pengeluraran estrogen yg tinggi.

3. PERALATAN DARI PLASTIK

Untitled design 9 1 1 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kredit Foto : pfannenprofis.de

Jika dibiarkan pd suhu yg tinggi, peralatan plastik akan cair dan mengeluarkan bahan dan gas kimia yg bahaya ke dlm mknan.Peralatan kayu dan besi adalah lebih selamat digunakan.

4. PERALATAN DARI TEFLON/TIDAK MELEKAT (NON STICK)

Untitled design 12 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kredit Foto : plantbasedu.com

Kuali teflon memang kerap digunakan utk menumis, menggoreng dan sbgnya kerana Teflon memudahkan aktiviti memasak tanpa minyak lebih mudah. Bahan tidak lekat menyebabkan semua mknan seperti meluncur di atas permukaannya. Bahan saduran ‘tidak melekat’ ni dibuat dr ‘fluoropolymers’ , ia blh mengeluarkan ‘perfluorooctanoic’ asid (PFOA) bila dipanaskan. Dan PFOA ni blh terkumpul dlm badan dan tubuh kita tidak blh metabolisasikannya.

Kalau nak tahu Teflon blh mencapai suhu konduktif dan membebaskan asap atau gas beracun selepas 2 sehingga 5 minit di atas api

5. PERALATAN DARIPADA KELULI TAHAN KARAT  DAH CALAR.

Untitled design 2 1 1 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kredit Foto : thomsondukeindustrial.com

Ada apa dgn keluli tahan karat nih (stainless steel) ? Jika ia masih elok dan tiada kesan calar. Ia selamat digunakan. Tapi awas, jangan sampai ada kesan calar, terutamanya jenis yg tidak berkualiti atau rendah kualitinya .

Besi tahan karat memang pelbagai guna dan tahan lasak, namun tidak semuanya tahan calar. Apabila sudah tercalar, ia blh membebaskan mineral seperti besi, kromium, dan nikel ke dlm mknan. Ia blh menjejaskan kesihatan bila terkumpul dlm tubuh.

NI DIA ALTERNATIF PERALATAN SELAMAT:

1. BESI ALOI (CAST IRON)

Jadi elakkan dr menggunakan kuali, periuk, senduk atau bekas mknan drpada  bahan-bahan tadi ya. Peralatan yg dibuat drpada ‘cast iron’ iaitu besi tuang (dicetak atau dikenali dgn besi aloi) lebih selamat. Begitu juga keluli tahan karat yg tidak tercalar.

Untitled design 1 4 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kredit Foto : amazon.com

Cast Iron - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

2. GELAS TEBAL

Begitu juga dgn peralatan memasak drpada gelas tebal tahan haba contohnya seperti bekas drpada pyrex.

Untitled design 2 2 1 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Kredit Foto : bigW.com.au

3. STONEWARE

Stoneware 650x433 - Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat.

Foto : naturalnigerian.com

Ia adalah bahan seakan seramik, dibuat dr tanah liat yg dibakar dgn api dan haba tinggi dan telah digunakan zaman berzaman oleh manusia. Walau pun ia dibuat drpada tanah liat alami adalah lebih bijak memilik peralatan masak stoneware yg bermutu tinggi dan berkualiti. Terdapat jenama murahan yg mungkin mengandungi kesan raksa atau bahan merbahaya yg blh membebaskan toksin ke dlm mknan.

Lain-lain peralatan masak yg blh dijadikan alternatif selamat adalah yg dibuat drpada tanah liat seperti periuk tanah. 

Komen anda

Loading...

Tags: #…Dan #Alternatif #Ambil #Bertoksin #Dapur #Peralatan #Selamat #Tahu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ambil Tahu Peralatan Dapur Yg Bertoksin …Dan Alternatif Selamat."