Amalan demokrasi, pilihanraya akan didedahkan di sekolah

Loading...

F9E61243 C633 4FF5 95AD 796844037C83 - Amalan demokrasi, pilihanraya akan didedahkan di sekolah

PELAJAR sekolah menengah akan didedahkan berkaitan amalan demokrasi, termasuk amali kewajipan mengundi melalui sukatan subjek Sejarah, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, kementerian sedang berusaha memperkenalkan sukatan kokurikulum itu di sekolah selaras dgn pindaan umur layak mengundi 18 thn.


“Silibus Sejarah akan ditambah baik berkaitan amalan demokrasi dan pilihan raya itu sendiri.

“Kita mempunyai beberapa topik dlm subjek sejarah berkaitan proses demokrasi, perkenalan sistem negara ini, pilihan raya dan sbgnya seawal Tingkatan 4” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas Majlis Penghargaan Kepada Politeknik Yg Mencapai Tahap Emas Dlm Akreditasi Antarabangsa Oleh Suruhanjaya Pensijilan Dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC) di Petaling Jaya, hari ini.

Maszlee memberi reaksi itu bg mengulas cadangan SPR supaya Kementerian Pendidikan dpt mewujudkan satu modul utk mendidik pelajar sekolah mengenai perihal demokrasi dan pilihan raya.

Beliau berkata, kementerian akan bekerjasama dgn SPR utk mengadakan siri jelajah ke sekolah sbg sebahagian drpada pendidikan demokrasi.

“Kita akan cuba perbaiki dan tambah beberapa elemen, bukan sekadar apa yg mereka belajar dlm kelas, buku malah lebih drpada itu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan pengiktirafan APACC itu kepada sembilan politeknik yg memperoleh akreditasi Emas.

Politeknik terbabit ialah Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Politeknik Sultan Azlan Shah.

Turut menerima akreditasi itu Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Seberang Perai.

Loading...

Tags: #akan #Amalan #demokrasi #Didedahkan #Pilihanraya #Sekolah

author
Author: 
    Surat Siaran Bil. 14/2019 Penjenamaan Semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Kepada Bengkel RBT
    Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan tentang penjenamaan semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu kepada
    Negaraku dlm Mandarin sekadar utk kefahaman – Siasatan KPM
    KUALA LUMPUR: Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati, video nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku dlm bahasa
    Surat Siaran Bil. 13/2019 Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi Dlm Bahasa Melayu Murid Thn 4 Mulai Thn 2020
    Surat ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi dlm kurikulum mata pelajaran Bahasa
    Isu Negaraku versi Mandarin: KPM siasat bukan satu sekolah
    MURID sekolah menyanyikan lagu Negaraku dlm bahasa Mandarin dan bahasa lain yg tular

    Comments are closed.