Alhamdulillah, masih sempat bersiaran..

Presentation1n 1 - Alhamdulillah, masih sempat bersiaran..
foto hiasan

Assalamualaikum. Bertemu kembali di alam maya ini. Janji saya kepada sahabat-sahabat maya utk bertemu setiap hari masih tidak mampu utk ditunaikan. Apabila lama tidak bersiaran,  maknanya lama jugalah tidak mencoret.   

Selama seminggu menyepikan diri, sebenarnya saya bersama sahabat-sahabat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang berusaha mengumpul dana utk disalurkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Perpaduan Karakit di Sabah. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dgn limpahan belas kasih-Nya telah mempermudahkan urusan-urusan berkaitan usaha ini. Bantuan pertama telah pun diserahkan kepada pihak Yayasan Amal Malaysia cawangan Sabah utk diuruskan. 
Insya-Allah, bantuan seterusnya akan menyusul dlm masa terdekat. Doakanlah agar apa yg kami usahakan ini beroleh kemudahan dan keberkatan. Sememangnya, doa dan kata-kata semangat drpada sahabat semua amat ditagih utk kami terus kuat dan ikhlas melakukan kerja-kerja kebajikan ini. 
Dalam kesibukan mengumpul dana utk Sabah, tidak lupa pihak YAMCP telah menyalurkan kembali bantuan kepada mangsa gempa dan tsunami di Palu Sulawesi. Beberapa orang AJK yg mewakili pihak YAMCP membawa bantuan ke sana utk kali ketiga. 

Selama 5 hari berkampung di sana berbagai-bagai kerja kebajikan telah terlaksana. Dia antaranya menyampaikan sumbangan mknan, membina masjid darurat, membina penempatan sementara dan lain-lain.  
Kelmarin ada pertanyaan mengenai bantuan kepada pelarian Syria. Umum mengetahui apa yg telah berlaku di sana yg menimpa rakyat Syria. Keadaan menjadi agak kritikal kerana di antara November sehingga Februari adalah musim sejuk.
Oh ya, sudah lama kami tidak menghulur bantuan kepada rakyat Syria, ekoran sudah byk NGO yg menggerakkan bantuan ke sana. Bantuan yg kami hantar dahulu di kem pelarian Syria di Hatay Turki. Utk yg ini ada saranan utk masuk ke kem pelarian di Lubnan. 

Entahlah, katanya kem pelarian di Lubnan ini dikawal oleh pihak syiah. Jika itu benar, memang tidak akanlah ke Lubnan. Mencari nahas namanya. Dlm menjalankan kerja-kerja kebajikan, keselamatan adalah keutamaan. Apa pun, tunggulah keputusannya nanti.
Loading...

Tags: #Alhamdulillah #bersiaran.. #Masih #sempat

author
Author: 
    Viral Video Surat Cinta dr Corona! Masihkah Manusia Berani Sombong dan Lupa Adab?
    slidegossip.com – Baru-baru ini, sebuah video yg berisi surat cinta dr virus corona
    Anies: Korban Corona Meninggal 283, Pusat: 123, Netizen: Rakyat Harus Percaya Siapa?
    slidegossip.com – Baru-baru ini, rakyat dibuat bingung dgn transparansi pemerintah pusat dlm menyampaikan
    Ganjar Pranowo Kaget Lihat Kiriman Bantuan APD Dari China, Ternyata Buatan Indonesia!
    slidegossip.com – China mengirimkan bantuan sebanyak 10 ribu Alat Pelindung Diri (APD) utk
    4 Artis Ini Kesal Dgn Lambannya Pemerintah Dlm Menangani Corona, No 4 Diisolasi!
    slidegossip.com – Wabah virus corona atau covid-19 semakin menjadi momok dunia karena sudah

    Leave a reply "Alhamdulillah, masih sempat bersiaran.."