Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!

Loading...

000 5 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!


Assalamualaikum semua…


Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali ke dua BBL join shopping explorace selepas 2 thn lps. Blh rujuk entri ini. Team kami nama Shopaholic, Caption Ruby (ruby.my) & 3 blogger lain Dboy Studio (dboystudiomy.com), Zharif (jejakakaula.com) & termasuk BBL sendiri. Excited, nervous & tak sabar sebenarnya geng kami nak start explorace terjah mall sekitar KL & PJ ni. 

So pd 15 September 2019, kami berkumpul kat Kompleks Kraf Malaysia utk Miss SHOPhia Shopping Hunt edisi 2019. Kali ini ada 400 orang peserta dgn beberapa kategori – Media, Media International, International & Public. Ada dr Indonesia, Brunei, Japun. Total semua group 100 team. Ramai betul participant kali ni. First, dengar briefing tentang task yg perlu buat setiap check point. Off course task Miss SHOPhia 3.0 ada markah, team paling tinggi markah akan jadi juara. 

67585465 2313982475345700 9042773747299254272 n - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
MFA 0328 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!


Ada 10 station iaitu pusat beli belah sekitar ibu kota kami kena terjah – Pavilion Kuala Lumpur, Lot 10, Sungei Wang Plaza, Plaza Low Yat, Suria KLCC, Quill City Mall, Sogo, Sunway Putra Mall, Central Market & berakhir kat One Utama. Ni semua main sponser Miss SHOPhia tau. 

Nak tahu apa task kena buat? First kena pergi mall, bergambar kat check point (main entrance, kat logo mall), lps tu kena cari patung Miss SHOPhia & banner Visit Malaysia 2020 utk bergambar. Ni part paling stress mencabar kaki sebab lokasi 2 item ni bersembunyi. Kat Pavi pun hampir-hampir satu pavi kami pusing cari.. hehehe 

photo 2019 09 17 21 22 01 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!

photo 2019 09 17 21 23 33 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!


Oh ya, ada special task jugak. Sekarang kan dah cashless…dengan guna Boost je dah blh shopping tak payah bawa duit cash. Senang kan. So salah satu task beli barang kat selected store, kemudian bayar guna ewallet Boost. Yg penting dpt cash back setiap kali spend duit.. seronok weh. Blh rujuk entri ni cara nak guna Boost. 

page 1 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
photo 2019 09 17 21 24 09 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
salah satu outlet korang blh guna BOOST ewallet

Pukul 10 pagi semua peserta dilepaskan oleh Datuk Musa B. Yusof – Director General Tourism Malaysia. Since ada 10 mall kena pergi & mesti setel sebelum jam 4 petang, benda paling penting team Shopaholic buat mestilah planning. Destinasi pertama kami jejak ialah Suria KLCC sebab paling terdekat. Fuh dlm 20 minit dah setel semua task, pastu submit kat mashal Miss SHOPhia & chow gerak pergi next stop. 

MFA 0401 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
page 2 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
antara task kena buat utk collect point

Dari KLCC tu kami shoot pergi Pavilion KL, Lot 10, Sungei Wang & Plaza Low Yat. Nasib baik lokasi mall ni memang dekat so tak susah sangat nak bergerak. Dari jauh mcm semut merah peserta Miss SHOPhia ‘tawan’ Bukit Bintang tu. Kelakar pun ada..

Setel punya setel dah dekat pukul 2 lebih, ada balance 5 mall lg balance. Masa ni memang rasa nak give up je sebab kaki dah cramp & penat. Bila tanya Kak Ruby, dia deside second last station pergi Central Market sebab check point byk extra point blh collect. Btw ni first time BBL masuk CM..meriah amat tengok mcm-macam jenis produk lokal blh beli dr batik, songket, cenderahati, lukisan & byk lg. No wonder tourist suka datang sini.

photo 2019 09 17 21 24 27 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
photo 2019 09 17 21 24 31 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
photo 2019 09 17 21 25 48 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!


Done tugasan sini, kami teru gerak pergi final station One Utama naik MRT. Senang betul sekarang mostly malls dlm KL, PJ, Bandar Utama blh akses dgn public transport. Kan..kan.. Nak tahu tak pukul bape kami sampai kat OU? Sharp 4 petang.. tren sampai je kat platform semua berlari keluar nak submit final form risau disqualified je. Dah la OU ni besar amat kalah bangunan sekolah. Apa lg ikut jelah team lain.. Fuh berjaya sampai  khemah marshal & submit form..

Tiba lah masa ditunggu-tunggu pengumuman pemenang setiap kategori. Waktu ni memang redho jelah sebab team lain ada yg complete 10 mall. Compare Shopaholic cuma 6 mall sahaja. Kategori pertama di umumnkan ialah media.. then emcee announce tempat ketiga ialah SHOPAHOLIC!! menjerit BBL, Zharif, Dboy & kapten Kak Ruby.. tak sangka menang weh..  


Alhamdulilah kami memang tempat ketiga kategori Media. Dpt hadiah RM400 dr Tourism Malaysia & voucher RM200 setiap orang Levi’s Store Jaya Jeans dr Sungei Wang Plaza. Blh la beli seluar jeans baru kan. Tahniah juga pd peserta kategori public dgn hadiah juara RM4,000.. masyuk habis. Tak cukup tu je, lucky draw best-best dr sponser spt Malaysia Airlines, Umobile, Sogo, KL Hop-On Hop-Off & byk lg. Untung semua yg join Miss SHOPhia Hunt 2019 ni.

STD 0379 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
photo 2019 09 17 21 27 37 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!


Well BBL nak bgtau anda, Year End Sales 2019 (YES) akan start 1 Oktober sehingga 31 Disember 2019.. ni la masa shopping sakan. Kiranya pre-celebration Thn Melawat Malaysia 2020 la

Well berbaloi planning sebulan awal, paling awesome kaptem Shopaholic call kejut ahli kumpulan 6 pagi semata-mata tak nak kami terlajak tidur hehe.. Terima kasih Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 & Tourism Malaysia. Kita jumpa lg edisi 4.0 nanti ye
photo 2019 09 17 21 27 20 - Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
tambah lg satu koleksi medal
Loading...

Tags: #2019/ #Alhamdulilah #Hunt #Menang #Miss #SHOPhia #SHOPPING #Team

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Comments are closed.