Al-Khazin : Kuasai Matematik dan Astronomi

ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pd thn 900 Masehi di Khurasan yg terletak di timur Iran. Lebih dikenali sbg al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan matematik terkenal pd zamannya.

Keluarga al-Khazin berasal dr Saba iaitu sebuah kota di benua Arab. Tempat itu lebih dikenali sbg Sheba berdasarkan cerita Raja Solomon dan Ratu Sheba.

Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yg tinggal di bandar dikenali, Rayy. Rayy ketika itu berada di bawah pemerintahan Dinasti Buyid iaitu ketuanya dikenali sbg Adud ad-Dawlah.
Adud memerintah Rayy dr thn 949 Masehi sehingga 983 Masehi.

Pada thn 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yg dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata atau datar yg muncul pd matahari utk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi. Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yg saiznya kira-kira empat meter utk mengukurnya.”

Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sbg satu kejayaannya yg terbaik dlm kerja lapangan yg akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.

Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pd waktu Perang Dunia Kedua. Al-Khazin pernah dikritik oleh al-Biruni yg menuduhnya mengeluarkan kenyataan yg tidak perlu berhubung ulasannya terhadap teori aloi oleh Ptolemy.

Hanya satu bahagian kecil drpada ulasan itu dapat diselamatkan iaitu yg mengandungi topik perbincangan al-Khazin mengenai pendapat Ptolemy yg menyatakan alam semesta adalah berbentuk sfera.
Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yg diterimanya drpada ahli Matematik, al-Khujandi.

Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil utk semua nombor x, y, z.

Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yg berbeza drpada Ptolemy. Beliau mempunyai pendapat yg berbeza mengenai model solar yg dikemukakan oleh Ptolemy yg menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yg bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yg tidak setuju dgn model itu mengusulkan satu model yg mana menurut beliau, matahari bergerak dlm satu pusingan yg berpusatkan bumi.

Beliau meninggal dunia pd thn 971 Masehi. Berikut adalah bahan bacaan mengenai al-Khazin:

Biography in Dictionary of Scientific Biography (New York 1970-1990).
Buku-buku yg blh dibaca utk mengetahui lebih lanjut mengenai al-Khazin antaranya ialah:

R Rashed, The Development of Arabic Mathematics : Between Arithmetic and Algebra (London, 1994).
R Rashed, Entre Arithmatique et Algbre: Recherches Sur L’histoire des Mathmatiques Arabes (Paris, 1984).
Manakala artikel mengenainya pula adalah seperti berikut:

A Anbouba, Treatise on Arithmetic Triangles by Abu Ja’far al-Khazin (Arabic), 2. J. Hist. Arabic Sci. 3 (1) (1979), 178-134.
D A King, New light on the Zij al-Safa’ih of Abu Ja’far al-Khazin, Centaurus 23 (2) (1979/80), 105-117.
R Lorch, Abu Ja’far al-Khazin on Isoperimetry and the Archimedean Tradition, Z. Gesch. Arab.-Islam. Wiss. 3 (1986), 150-229.
R Rashed, L’analyse Diophantienne au Xe Sicle : L’exemple d’al-Khazin, Rev. Histoire Sci. Appl. 32 (3) (1979), 193-222.
J Sams, A Homocentric Solar Model by Abu Ja’far al Khazin, J. Hist. Arabic Sci. 1 (2) (1977), 268-275.
A S Saydan, Treatise on arithmetic triangles by abu Ja’far al-Khazin (Arabic), Dirasat Res. J. Natur. Sci. 5 (2) (1978), 7-49


Loading...

Tags: #AlKhazin #Astronomi #Kuasai #Matematik

author
Author: 
    Di Desa Ini, Gadis Muda Wajib Menikah Sesana Jenis Dgn Wanita Tua! Tapi Mereka Bisa Punya Anak!
    slidegossip.com – Orang-orang asli Benua Afrika, kehidupannya dikenal masih kental dgn adat budayanya.
    Usai Nikah, Wanita Ini Baru Tahu Ternyata Suaminya Perempuan! Begini Caranya Menipu Keluarga dan Penghulu!
    slidegossip.com – Siapapun pasti menginginkan kebahagiaan bersama pasangan setelah menikah. Namun apa yg
    Begini Cara Reza Menipu Para Korbannya Hingga Si Wanita Rela Melepas Pakaian di Hadapannya!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan pemuda berusia 24 thn asal Jambi bernama M
    Artis Ini Melelang Keperawanannya Rp 2 Miliar Buat Pejuang Corona! Belum Dpt Uang, Malah Ini yg Terjadi!
    slidegossip.com – Artis dan selebgram cantik bernama Sarah Salsabila Keihl membuat heboh dunia

    Leave a reply "Al-Khazin : Kuasai Matematik dan Astronomi"