Aktiviti agama di sekolah jejas prestasi pelajar, keluh ibu bapa

C6A43DCA B89D 45F1 B106 2E34DFB57180 - Aktiviti agama di sekolah jejas prestasi pelajar, keluh ibu bapa
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan ahli keluarga murid yg belajar di sekolah berasrama kerajaan bereputasi mempersoalkan apa yg dilihat seperti terlalu mementingkan amalan-amalan agama yg mengganggu pelajaran.

Ramai mendapati amalan ritual dan aktiviti keagamaan mencapai suatu tahap yg memberi kesan kepada prestasi akademik.

Kegiatan-kegiatan itu memakan terlalu byk masa dan tenaga pelajar sehingga mereka jadi letih dan lesu di kelas atau masa mengulangkaji pelajaran.

“Seingat kami tidak pernah anak ke sekolah tahfiz atau sekolah pondok,” kata Amir, bapa seorang pelajar yg menduduki Sijil Pelajaran Malaysia thn lps di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Johor.

Ibu bapa murid-murid ini memberitahu FMT keadaannya lebih-lebih lagi bg pelajar yg bakal menduduki peperiksaan Tingkatan 3 dan 5.

Mereka berkata pelajar diminta menghadiri sesi wajib solat berjemaah, serta ritual tidak wajib seperti solat tahajud, solat hajat, dan tazkirah, di mana mereka perlu bangun seawal 3 pagi.

Aduan kepada pengetua sia-sia: ibu bapa diberitahu ritual-ritual itu utk mendapatkan “keberkatan” dan memastikan pelajar dpt keputusan cemerlang dlm peperiksaan, sekaligus menaikkan kedudukan dan nama sekolah, kata Amir kepada FMT.

“Masalahnya kedudukan sekolah tak akan naik sebab kamu nak bertanding siapa lebih Islamik, bukan siapa lebih cerdik,” tambahnya.

Aduan sama tentang bau keagamaan dan pelambangannya di sekolah-sekolah kerajaan bukan berasrama juga semakin meningkat, di sebalik perdebatan terbuka yg berterusan mengenai polarisasi dlm sistem pendidikan.

Ramai penganalisis dan pakar bimbang sekolah-sekolah kebangsaan tidak lagi berbilang kaum; pd masa sama terdapat seruan menyeru kerajaan berusaha ke arah sekolah satu aliran bg memupuk perpaduan.

Amir, 43, juga merupakan produk MRSM. Dia gembira apabila anaknya terima tawaran memasuki sekolah lamanya, kerana yakin akan tumpuannya pd pendidikan berkualiti tinggi.

Obsesi kuasa ghaib

Seorang ibu pula bercakap mengenai pengalaman luar biasa anak perempuannya dgn obsesi terhadap kuasa ghaib di sekolahnya.

Wanita itu memberitahu FMT anak perempuannya itu diminta hadir ke sesi mengusir makhluk halus kerana dia tidak dpt menyertai kelas bacaan Al-Quran kerana menghadiri kelas tambahan Biologi.

“Anak saya dituduh malas mengaji dan didakwa ada gangguan jin sehingga diruqyah ustaz tersebut. Ini sangat melampau,” katanya yg tidak mahu dinamakan.

Dia berkata guru berkenaan tetap mahu anak perempuannya menyertai kelas bacaan Al-Quran, walaupun selepas guru biologi minta pelajar itu diberi pengecualian.

“Akhirnya, anak saya gugurkan subjek tersebut ketika menduduki SPM thn lps,” katanya.

Amir juga sedar tentang kelas bacaan Al-Quran itu, atau Talaqqi, mengatakan ia dikenakan bayaran yuran sekolah tambahan sebanyak RM200.

FMT difahamkan oleh ibu bapa bahawa kelas Talaqqi selepas waktu sekolah sudah jadi wajib dihadiri bg pelajar Tingkatan 1 sehingga 4.

“Kalau tak pergi, kena denda. Kalau ambil ujian, tak lulus, kena denda juga, kemudian kena ambil ujian sekali lagi,” katanya, dan menambah pelajar yg tidak hadir ke kelas itu atau gagal ujian akan diminta menghafal ayat Al-Quran.

Haiqal terkejut apabila anak saudaranya beritahu tentang “peraturan tidak masuk akal” di sekolahnya, seperti perlu memakai seluar panjang bawah kain baju kurung sekolah; pakai kemeja T labuh ketika bersukan dan sarung tangan.

Haiqal diberitahu ini bg mengelakkan pelajar lelaki melihat susuk tubuh pelajar perempuan.

“Kami tiada peraturan seperti ini dahulu, tetapi masih berjaya menjaga diri sendiri dan berpakaian dgn baik ke sekolah,” katanya, yg anak saudaranya belajar di sebuah sekolah MRSM di Perak.

Amir berkata pelajar diajar mempersoalkan byk amalan tradisi orang Melayu Islam, mengatakan ia bid’ah.

“Mereka mula mempersoalkan amalan agama di rumah mengatakan amalan ibadat mereka tiada asas dan bersifat bid’ah,” katanya. “Inikah yg para pentadbir sekolah katakan ‘keberkatan’?”

FMT sedang menunggu respon drpada sekolah-sekolah berkenaan dan Kementerian Pendidikan.

Sumber: Free Malaysia Today

Loading...

Tags: #Agama #aktiviti #bapa #jejas #keluh #Pelajar #Prestasi #Sekolah

author
Author: 
    Early Writing Materials (Grade 1)
    Early aptitude in writing is an indicator of a child’s reading ability. Up
    Cut and Paste materials (Part 1)
    Cut and paste worksheets to help kindergarten and preschoolers develop their fine motor
    Early Reading Materials (Part 2)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Early Reading Materials (Part 3)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is

    Comments are closed.