Akaun FB palsu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia viral

palsudraminsenin 1 - Akaun FB palsu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia viral
Imej via mStar Online

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin menafikan kewujudan satu akaun Facebook kononnya milik beliau yg tular melalui aplikasi FB Messenger.

Amin dlm satu kenyataan pd Rabu berkata akaun tersebut adalah palsu.

“Ia palsu kerana saya tidak pernah membuka akaun sedemikian,” katanya.

Pada masa sama, Amin turut menyangkal mesej yg dimuat naik akaun tersebut.

“Mesej itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Mesej yg dimuatnaik itu menyebut beliau akan memberikan geran sebanyak AS$ 150,000 (RM616,695) bg membantu orang tua, pencen pekerja dan individu tidak bekerja, remaja, orang kurang upaya, pembayaran bil, pembelian rumah, permulaan perniagaan, pembiayaan persekolahan dan bantuan membesarkan anak-anak.

Susulan itu, Amin menasihati orang ramai agar tidak mempercayai mesej yg tular itu.

“Saya juga berharap agar netizen tidak menyebarkan maklumat palsu itu,” katanya.

loading…

Loading...

Tags: #Akaun #Ketua #Malaysia #PALSU #pelajaran #Pengarah #VIRAL

author
Author: 
    Lirik Lagu Kill This Love -Blackpink lyrics
    Lirik Lagu Kill This Love -Blackpink lyrics BLACKPINK Lyrics“Kill This Love” Yeah,
    Tonton Drama Nur 2 Episod 11 Full
    Tonton Drama Nur 2 Episod 11 Full. Dlm episod kali ini, Madi dah
    OST Kamar Kamariah – Aku Bukan Malaikat (Siti Nurhaliza)
    OST Kamar Kamariah – Aku Bukan Malaikat (Siti Nurhaliza)  : Drama ini bakal menghiasi

    Leave a reply "Akaun FB palsu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia viral"