Akan Datang | Patah Sayap Bertongkat Paruh – Drama Adaptasi Novel

Loading...

Akan Datang | Patah Sayap Bertongkat Paruh – Drama Adaptasi Novel : Drama adaptasi novel karya Hana Ilhani yg akan bersiaran mulai April 2019 akan datang. Bakal menggandingkan Dato Aaron Aziz, Fasha Sadha dan Zarul Umbrella. 
Screenshot 20190114 225348 1 - Akan Datang | Patah Sayap Bertongkat Paruh - Drama Adaptasi Novel
Sinopsis Patah Sayap Bertongkat Paruh

“Kalau Aliah melangkah keluar dr rumah ni, gugur talak!” – HISYAM
Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya utk membina hidup baru. Rumah tangga yg dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah.
Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yg nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yg diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.
“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” – ALIAH
“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi…” – TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dlm diam cinta yg pernah berputik dlm hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran drpada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.
“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” – Hisyam
Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dgn Talhah, Hisyam berbohong dlm mahkamah bahawa dia pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung.
Dugaan yg diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yg bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yg dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dgn Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yg dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?
Loading...

Tags: #Adaptasi #akan #Bertongkat #datang #drama #Novel #Paruh #Patah #Sayap

author
Author: 
    Pantang Larang Guru Berpindah Ke Sekolah Baharu
    Pengalaman berpindah ke sekolah baru pasti memberi byk pengalaman kepada mereka yg pernah
    Sewa Kipas 3D Hologam Semurah RM300 Jer!
    Hai anda semua.. Pernah tak tengok 3D Hologram kat mana-mana outlet, kedai, event
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya

    Leave a reply "Akan Datang | Patah Sayap Bertongkat Paruh – Drama Adaptasi Novel"