Ajal pengetua bersama dua kakitangan

IMG 20190929 204829 1 - Ajal pengetua bersama dua kakitangan

PENGETUA dan dua kakitangan sekolah swasta Islam di Simpang Renggam maut selepas kenderaan dipandu bertembung pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Nitar-Mersing, Simpang Renggam, petang tadi.

Kejadian 1.40 petang mengakibatkan pengetua terbabit, Shamjudin Romani, 59, yg juga penumpang hadapan, pemandu kereta dikenali sbg Sodiq Abu Bakar, 40, dan Mohd Khairy Abd Jaafar, 37, maut.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, siasatan awal mendapati Perodua Myvi dinaiki mangsa dlm perjalanan dr Mersing menghala ke Kluang.

“Setibanya di tempat kejadian kenderaan dinaiki tiga kakitangan Sekolah Menengah Islam di Simpang Renggam, Kluang, bertembung kenderaan pacuan empat roda yg datang dr arah hadapan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala penumpang belakang meninggal dunia ketika dlm perjalanan ke Hospital Mersing.

“Pemandu dan penumpang pacuan empat roda hanya menerima cedera ringan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Mersing utk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Loading...

Tags: #Ajal #bersama #Kakitangan #Pengetua

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.