“Ajak Masuk TV Beri Pandangan Tak Mahu Tapi Tuduh-Tuduh Ditindas Pula,” Finaz Yunus Tibai Komuniti LGBT..

Pergaduhan antara pengacara Alhijrah, Finaz Yunus, JAKIM dan komuniti LGBT nampaknya menarik perhatian masyarakat netizens.

Pertengkaran online diantara kedua belah pihak berlaku apabila JAKIM dituduh telah menaja aktiviti dan program yg mendorong keganasan terhadap komuniti LGBT. 

NumanBAfifi - "Ajak Masuk TV Beri Pandangan Tak Mahu Tapi Tuduh-Tuduh Ditindas Pula," Finaz Yunus Tibai Komuniti LGBT..
Aktivis LGBT – Numan Afifi

JAKIM menafikan dakwaan itu dlm satu kenyataannya pd ahad.

Manakala pengacara Alhijrah pula, Finaz Yunus, mempersoalkan kenyataan Numan yg membayangkan seolahnya komuniti LGBT di Malaysia ditindas sedangkan media mereka telah menawarkan peluang utk bersuara di kaca tv namun jemputan itu tidak diterima oleh mana-mana aktivis yg bersuara lantang mengenai hak-hak dan perjuangan LGBT.

Berikut penjelasan Finaz Yunus.

Kronologi Isu LGBT & Analisis : Pd awal Mac 2019,team Analisis berhasrat membincangkan topik LGBT : Hak Asasi @ Suara Majoriti. 

Maka kami telah menghubungi aktivis-aktivis LGBT seperti Numan Afifi, Siti Kasim, Nisha Ayub & SIS. Malangnya kesemua drpada mereka MENOLAK. Namun program harus diteruskan. Maka ia menjadi bual bicara sehala. Anda blh ikuti perbincangan kami di sini.

Namun apa yg mengecewakan saya, kenyataan aktivis LGBT Numan Afifi di Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva Mac lalu. 

FinazBYunus - "Ajak Masuk TV Beri Pandangan Tak Mahu Tapi Tuduh-Tuduh Ditindas Pula," Finaz Yunus Tibai Komuniti LGBT..
Kenyataan Finaz Yunus

Tolong ‘google’ utk tahu apa kenyataan & tuduhan beliau terhadap JAKIM. Saya pelik, hairan & musykil dgn aktivis LGBT di negara ini. Jika anda yakin perjuangan anda benar, peluang sudah diberi, TAMPIL beri penjelasan pd rakyat. 

Konteks perbincangan di Analisis tempoh hari TIADA KENA MENGENA dgn Dosa & Pahala kerana ia sudah Jelas Haram. Kami hanya mahu mmbincangkan topik Hak Asasi & Perundangan. 

Jadi mengapa mereka taknak hadir utk menerangkan pd rakyat perjuangan mereka? Yakinkan rakyat Malaysia terlebih dahulu baru ke Geneva. Majoriti rakyat Malaysia menolak LGBT. 

Maka amatlah penting utk anda yakinkan kami. Jangan takut dgn Moderator. Saya hanya bertanyakan soalan. 

Jika kalian ada hujah yg kukuh, fakta & sbgnya, kita sama-sama raikan perbezaan pandangan. Rakyat yg akan menilai hujah kalian,” jelas Finaz panjang lebar. – 22 April 2019.

Loading...

Tags: #Ajak #Beri #Ditindas #Finaz #Komuniti #LGBT #Mahu #Masuk #Pandangan #Pula.. #Tapi... #Tibai #TuduhTuduh #YUNUS

author
Author: 
    5 Artis Ini Pernah Lakukan Hal Jorok? No 3 Pipis di Westafel, No 5 BAB di Celana Saat Konser!
    slidegossip.com – Artis itu juga manusia loh. Sama seperti yg lain, mereka juga
    Husnul Khatimah? 3 Artis Indonesia Ini Meninggal Usai Shalat, No 3 Masih Pakai Mukena!
    slidegossip.com – Jodoh, rezeki sehinggal ajal adalah rahasia Yg Maha Kuasa. Tak ada
    3 Artis Terkenal Indonesia Ini Mati Meninggalkan Hutang, No 3 Ketakutan dan Bunuh Diri?
    slidegossip.com – Umur manusia memang sudah ditentukan oleh yg Maha Kuasa. Tuhan bisa
    Muat Turun Koleksi Buku Program, Buku Laporan Minit, Teks Pengacara Majlis Mesyuarat Agong PIBG
    Berikut kami kongsikan hampir 30 rekaan Buku Program Mesyuarat Agong PIBG, Buku Laporan

    Comments are closed.