Minuman yg popular ketika di bulan Ramadhan. Puasa lepas tidak berkesempatan utk membuatnya, jadi buatlah pd hari biasa kerana bahan-bahannya pun telah lama dibawa dr Malaysia. Saya menggunakan resepi dr my resipi.. dan membuat sedikit penambahan dgn merujuk resepi lain…
Bahan-bahan:
Air ~ secukupnya
Gula pasir ~ Secukup rasa
15 biji badam~ tanpa kulit
1 tin susu cair
Daun pandan
100 g katirah
Sedikit pewarna hijau
Bahan isian tambahan jika suka:
Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan
1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan
Hirisan buah kurma
Cincau ~ dipotong
Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit
Cendol
Ketulan ais secukupnya
Cara penyediaan:
1. Rendam dahulu katirah sehingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut.
3. Kisar badam bersama sedikit air sehingga halus dan tapiskan ke dlm air gula tadi dan masak lagi sehingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.
4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan2 isian lain secukupnya. Sejukkan didalam peti sejuk.
5. Enjoy~! (^_^)…
Katirah atau getah anggur sebelum dan sesudah direndam..
Sedia utk dihidangkan..