AIR BUNGA TELANG YANG BANYAK KHASIAT

Loading...

3Y2A7611 1 - AIR BUNGA TELANG YANG BANYAK KHASIAT

Bunga telang memang sudah sininem dlm penyediaan mknan dan kuih muih . Ianya lebih popular di pantai timur berbanding selatan tanahair. Kaum Cina juga banyak menggunakan bunga telang dlm mknan terutamanya dlm penyediaan manisan dan kuih muih.

Bunga telang ni banyak khasiatnya yg ramai antara kita tidak tahu
Di bawah ini kak ita kongsikan khasiat bunga telang yg kak ita ambil dr blog : BIDADARI

1. Meningkatkan kewanitaan

Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dr genus ‘Clitoria’ , diambil dr perkataan ‘clitoris’ . Dlm beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yg juga mempunyai bentuk organ seksual wanita.
Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruh kepada sistem pembiakan wanita. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional utk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonoria, membetulkan kitaran menstruasi (haid), dan juga sbg afrodisiak atau menaikkan nafsu seksual.
Terdapat juga kepercayaan yg mengatakan bahawa utk mengelakkan keguguran, batang kacang telang ini dililitkan pd pinggang perempuan hamil. Sama ada berkesan atau tidak, cara ini tidak dapat dibuktikan.
Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dlm air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.
Jom kami kongsikan resepi teh bunga telang yg blh diminum utk penjagaan dlman wanita.
Bahan-Bahan:
Segenggam Bunga Telang
Segelas Air Panas
Gula secukup rasa
1/2 biji limau nipis
Cara Membuat:
Masukkan segenggam bunga telang didalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 minit. Setelah air bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yg cantik dan rasa sangat menyegarkan.

2. Mengecutkan jerawat

Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pd jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.

3. Melebat dan menghitamkan rambut

Kacang telang dipercayai amat berkhasiat utk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dgn air ramasan tadi.

4. Sebagai detox

Teh herba bunga telang juga membantu anda detox utk menguruskan badan. Minum air bunga telang setiap pagi utk detox.

5. Mengurangkan sakit kepala

Selain melebat dan menhitamkan rambut, daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dgn mengambil daun atau bunga telang, masukkan dlm kain sehingga membentuk bantal dan digunakan sbg pelapik kepada sewaktu tidur.

6. Mencuci Darah

Darah kotor merupakan salah satu penyebab yg blh mengakibatkan penyakit kulit seperti bisul. Rebusan Air bunga telang sangat baik utk diamalkan kerana ia mampu mencuci darah.

7. Mengatasi cirit-birit

Air rebusan bunga telang blh merawat cirit-birit.

8. Mengatasi sembelit

Biji kacang telang yg dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sbg julap utk mengatasi masalah sembelit. Minum air serbuk biji kacang telang apabila anda sembelit.

9. Membuka selera mkn

Jika anda mempunyai masalah kurang selera mkn, jadikan bunga telang sbg ulam utk mkn bersama nasi. Ia akan membuka selera mkn anda.

10. Merawat ulser mulut

Jika anda mengalami ulser mulut, rendam bunga dan kacang telang  air panas. Minum seperti teh utk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

11. Insomnia

Air rendaman bungatelang juga dikatakan mampu merawat insomnia.

12. Mengubati bisul

Daun pokok bunga telang yg dihancurkan blh ditampal pd bisul utk mengubatinya.

13. Mengubati sakit mata

Bunga dan daun kacang telang yg direndam di dlm air bersih blh digunakan utk mencuci mata yg dijangkiti sakit mata atau keradangan. Caranya dgn merendam bunga telang  dlm 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut utk mencuci mata.

14. Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dgn nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sbg tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

15. Mengurangkan gejala asma

Akar bunga telang yg direbus dan dijadikan sbg teh blh mengurangkan gejala asma.

16. Mengubati batuk

Akar bunga telang dapat ubati batuk.

17. Mengubati bronkitis

Rebus 30-60 gram akar bunga telang dgn 4 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan malam.

18. Mengubati sakit telinga

Jika anda mengalami sakit telinga, bunga telang blh membantu. Caranya ambil daun telang, ramas dlm air dan campur garam. Kemudian sapu pd telinga yg sakit.

19. Mengatasi stress

Kandungannya yg bersifat anti depresan yg ada di dlm bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yg mampu mengatasi stress.
Waaa… banyakkan khasiat bunga telang ni..
Lepas ni mesti ramai nak tanam bunga telang kan
Untuk membuat kordial bunga telang ni ita gunakan bunga telang yg kering, ita beli di bakery je..
1 gengam tu memang dapat banyak lah.. tapi ita buat kordial, bila-bila nak minum blh bancuh
1 kg gula pasir
air secukupnya
1 helai daun pandan di simpul
Satukan semua bahan dlm periouk dan masak sampai didih
Sejukkan, bila nak guna bancuh sahaja macam kita nak buat air sirap. Kalau letak limau, air yg kebiruan akan bertukar ke warna unggu.. unik kan..
3Y2A7616 - AIR BUNGA TELANG YANG BANYAK KHASIAT

Carian Berkaitan

khasiat bunga telang
Loading...

Tags: #Banyak #Bunga #Khasiat #Telang #yang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.