Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

Bukan bermakna syarat sah solat ini utk orang yg mudah lupa sahaja. Ia adalah utk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sbg ulangkaji utk kita semua.

Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dr kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yg Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani.

Orang yg memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yg mencari kemenangan. Utk memperolehi nikmat kemenangan di dlm solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

-Mengetahui Masuk Waktu Solat
-Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dgn penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bg setiap waktu yg hendak dikerjakan

-Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu utk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yg hendak dikerjakan.

Kiblat
-Mengetahui arah kiblat yg menjurus ke arah Kaabah

-Menutup Aurat

-Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut

-Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan

-Mengetahui Cara Mengerjakan Solat

-Dengan mengetahui rukun dan sunat di dlm setiap pergerakan solat

-Bersih dr Hadas

-Bersih dr hadas kecil dan hadas besar

-Bersih dr Najis

-Bersih dr najis yg tidak dimaafkan pd tubuh, pakaian dan tempat solat

-Tidak blh bersentuh najis dgn sebahagian dr badannya

-Berhenti dr berkata-kata

-Berhenti dr mengeluarkan kata-kata dgn sengaja selain dr bacaan Al Quran, zikir dan doa

-Solat adalah batal walapun berkata-kata dgn dua huruf

-Menin ggal atau melebihkan Rukun

-Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dgn sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali

-Wajib meninggalkan perbuatan yg bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut

Sumber: SirapLimau

Loading...

Tags: #Adakah #kaji #Kita #Mari #Solat #syarat

author
Author: 
    KURASi – Fashion Terkini Semua Original Dari Jepun
    Assalamualaikum & hai semua…  Pengalaman travel ke Osaka Jepun thn lps sangat bermakna

    Leave a reply "Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat"