Ada opsyen pindah penjawat awam ke swasta – PM

29B1035A 6FF5 4B10 8E61 347C3AEAB990 - Ada opsyen pindah penjawat awam ke swasta - PM

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan memastikan penjawat awam disediakan peluang pekerjaan di sektor ekonomi lain sebelum pengecilan saiz perkhidmatan dilakukan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pengecilan saiz perkhidmatan awam juga tidak bermaksud berlakunya pengurangan peluang pekerjaan terutama apabila penswastaan dilaksanakan.

Katanya, kerajaan akan menyediakan pelan holistik bg menjamin transisi terbabit tidak memberi kesan kepada perjalanan atau pengurusan pentadbiran negara.

“Sektor awam sewajarnya memfokus kepada penyediaan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan serta tidak terbabit secara aktif dlm aktiviti ekonomi perdagangan di Malaysia.

“Dengan perkembangan teknologi terkini, kerajaan percaya perkhidmatan awam akan lebih produktif apabila pembaziran dihapuskan, pengagihan sumber dilaksana dgn cekap dan guna tenaga diganti dgn penggunaan teknologi maklumat serta komputer,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pd sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mahathir berkata, pd 1983 menerusi pengenalan dasar penswastaan, kerajaan berjaya mengurangkan bebanan kewangan, meninggikan kecekapan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sumber secara cekap.

Katanya, ini dpt dilihat contohnya melalui kejayaan penswastaan Telekom di mana kakitangannya dipindah ke syarikat swasta, sekali gus berjaya mengurangkan pekerja dlm kerajaan dan mereka juga mendapat pakej gaji lebih baik.

“Kita dpti strategi ini masih relevan bg menangani isu jumlah penjawat awam yg dilihat terlalu besar dan memberi implikasi kewangan yg membebankan.

“Penumpuan harus diberikan kepada perkhidmatan produktiviti dan penggunaan sumber tenaga secara optimum,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sedar apabila pengurangan saiz kakitangan awam dikurangkan, maka akan berlaku pula masalah tiada pekerjaan.

“Ini akan menimbulkan masalah sosial sebab itu kita perlu bangunkan bidang pembuatan umpamanya, supaya lebih ramai yg blh berpindah drpada bekerja dgn kerajaan kepada swasta.

“Ini sekali gus akan meningkatkan keupayaan mereka supaya hasil kerja mereka lebih tinggi drpada menjadi pegawai biasa dlm kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, salah satu sebab peningkatan berlaku kepada perbelanjaan kerajaan adalah berikutan tindakan pimpinan kerajaan terdahulu yg cenderung menaikkan gaji pegawai awam dlm usaha utk membeli kesetiaan mereka.

“Kita dpti kenaikan gaji penjawat awam semata-mata adalah antara faktor kenaikan kos sara hidup. Apabila kerajaan menaikkan gaji, sektor swasta turut akan ikut dan kos semua benda (barang) akan naik.

“Kita mengakui kenaikan gaji disambut baik oleh semua. Penjawat awam perlu ingat ia perlu selari dgn peningkatan produktiviti,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Ismail, Dr Mahathir berkata kerajaan terdahulu menubuhkan bermacam-macam badan dan memberi gaji cukup besar kepada individu tertentu.

“Kononnya sama seperti swasta. Ada yg dpt gaji puluhan ribu sebulan. Itu yg menyebabkan kos meningkat. Semua itu akan dihapuskan kerana mereka dpt gaji terlalu tinggi dan khidmat mereka juga tidak diperlukan.

“Kononnya mereka akan memperbaiki keadaan ekonomi negara tetapi ekonomi negara tidak dpt apa-apa kesan baik drpada tindakan mereka,” katanya.

Ketika sidang media di lobi parlimen selepas itu, Dr Mahathir berkata kerajaan sudah mempunyai opsyen tertentu utk memindahkan pegawai awam ke sektor swasta.

“Kita blh swastakan beberapa jabatan dlm kerajaan seperti mana kita lakukan kepada Telekom dulu… kita jadikan Telekom swasta.

“Kita pindahkan pekerja ini dan beri pilihan kepada mereka. Kalau mereka mahu masuk Telekom blh, kekal dlm kerajaan pun blh, tetapi syaratnya kalau kekal dlm kerajaan dia kena terima gaji kerajaan,” katanya.

Loading...

Tags: #Awam #Opsyen #Penjawat #Pindah #swasta

author
Author: 
    Download Ramadhan Penuh Berkah
    Download ramadan penuh berkah ramadhan, download ramadan penuh berkah energi, download ramadan penuh
    During Ramadan Quotes
    During ramadan, during ramadan muslims, during ramadan muslims fast, during ramadan most muslims,
    Hukum Puasa Syawal Bg Wanita
    Hukum puasa, hukum puasa di hari jumat, hukum puasa nazar, hukum puasa rajab,
    Lagu Lebaran Tiba
    Lagu tiba, lagu tiba tiba kau minta maaf pd ku, lagu tiba saatnya,

    Leave a reply "Ada opsyen pindah penjawat awam ke swasta – PM"