Abdul Rahim Kajai

download 6 - Abdul Rahim Kajai


1894 – 1943

Di antara ruang yg ditulis oleh Abdul Rahim Kajai yg mendapat sambutan hangat ialah Rencana Pengarang. Ruangan ini banyak memberi pengajaran dan kata-kata semangat utk memajukan bangsa Melayu yg ketika itu masih teraba-raba mencari hala tuju kehidupan dan perjuangan. Anak kelahiran Setapak Kuala Lumpur ini dilahirkan pd thn 1894 dan terkenal dgn panggilan ringkas Kajai sahaja yg merujuk kepada tempat lahir bapanya, Salim di Kampung Kajai Sumatera Barat.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Setepak pd thn 1900 kemudian dipilih utk melanjutkan pelajaran utk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris tetapi ditolak oleh ibubapanya, sebaliknya menghantar beliau belajar agama ke Mekkah selama 3 thn dan sebaik tamat darjah 5 sekolah Melayu Setapak pd thn 1906. Abdul Rahim merupakan seorang anak muda yg bersemangat waja, biarpun tidak ke Sekolah Inggeris, beliau mengambil inisiatif utk belajar sendiri Bahasa Inggeris melalui buku-buku yg dipinjamnya drpada rakan-rakan.

Sekembalinya dr Mekah, pd thn 1909 Abdul Rahim mendapat pekerjaan sbg penjilid buku dan pengatur huruf Melayu di Pejabat Cap Kerajaan di Kuala Lumpur selama 3 setengah thn. Kemudian beliau ke Singapura (1912-1913) utk bekerja sbg pengatur huruf Inggeris di Malaya Publishing House(MPH). Setelah kembali ke Kuala Lumpur, beliau telah menimba pengalaman sbg pelukis sementara di Jabatan Ukur, Kuala Lumpur dan pd masa yg sama turut menyumbang rencana-rencana berkenaan sosial dan agama serta berita di dlm Utusan Melayu dan Lembaga Melayu. Antara personaliti penting yg membimbing Abdul Rahim dlm bidang kewartawanan termasuk Mohd Yunus Abd Hamid dan Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi.

Pada thn 1920, beliau telah pergi ke Mekah utk menguruskan hal-hal perniagaan dan bekerja sbg Sheikh Haji. Dlm masa yg sama, beliau turut menjadi wakil wartawan bagi suratkahbar mingguan Idaran Zaman dan menyumbang berita-berita menarik dr Mekah selama lebih kurang tiga thn sehingga 1927. Ini membuktikan ketokohan Abdul Rahim sbg seorang wartawan berwawasan kerana beliau blh dianggap sbg wakil akhbar tersebut di Mekah seperti mana yg sering dilakukan oleh akhbar masa kini  yang menghantar wakil mereka ke lokasi-lokasi utama seluruh dunia. Pd thn 1928, beliau sekeluarga kembali ke Tanah Melayu berikutan kematian ibunya.

Pada Mac 1930, Abdul Rahim bertugas sbg penolong pengarang akhbar Saudara dan kemudian sbg pengarang di akhbar Majlis yg memulakan pernebitannya pd 17 Disember 1931 di Kuala Lumpur. Pd 1 Februari 1935,beliau memegang jawatan sbg wakil akhbar Warta Malaya di Kuala Lumpur dan seterusnya dilantik sbg pengarang Warta Malaya di Singapura. Perjalanan idea yg bernas dlm setiap penulisannya menjadikan beliau seorang wartawan yg amat disegani.

Abdul Rahim kemudian dilantik sbg pengarang pertama Utusan Melayu yg ditubuhkan pd thn 1939. Beliau sanggup membelakangkan kepentingan dirinya dlm berkhidmat dgn Utusan Melayu yg dibiayai sepenuhnya oleh orang Melayu. Berkat kesungguhan dan kerja kuatnya, akhirnya akhbar Utusan telah diterima oleh masyarakat dan menjadi lidah utama masyarakat Melayu. Kritikan dlm penulisannya yg tajam tentang nasib orang Melayu di bawah pemerintahan British membuatkan beliau dan Utusan Melayu menjadi terkenal.

Pada bulan Mac 1941, Haji Othman Abdullah, Abdul Rahim Kajai dan Haji Dahlan Mas’ud telah bersetuju menerbitkan akhbar yg dinamakan ‘Perubahan Baharu’ atas nasihat Jepun. Beliau juga diminta oleh pihak Jepun utk bertugas sbg pengarang akhbar berita Malai pd 1 Januari 1943, thn yg sama dunia kewartawanan Melayu kehilangan beliau.

Tulisannya dlm akhbar-akhbar dan majalah-majalah banyak memberi aspirasi dna motivasi kepada sesiapa jua yg membaca dan menghayatinya. Ratusan rencana, artikel, cerpen dan buku yg dihasilkan membuktikan kesungguhan beliau merencana perubahan utk anak bangsanya.

Loading...

Tags: #Abdul #Kajai #Rahim

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Abdul Rahim Kajai"