A KEEPER RECIPE || KEK SARANG SEMUT YANG MUDAH TANPA PERAP

Loading...

ASSALAMUALAIKUM…

20180628 152019 01 - A KEEPER RECIPE || KEK SARANG SEMUT YANG MUDAH TANPA PERAP

Lama rasa tak buat kek, oven pun lama sangat rasa tak panaskan hii,, mood tak berapa dah nak baking kek ni. sebab buat kek pun tak ada orang nak mkn sangat, Lagipun kurang- kurang dah sikit nak mkn manis – manis. Kalau buat sebiji kek pun, bukan senang nak habiskan.

Hari Jumaat lepas, ada open house kat rumah emak saudara Wani, jadi terfikir nak bawa kek sarang semut sebab kek ini memang masuk la dgn tekak orang lama- lama. hii siap orang lama – lama panggil. Biasalah kek evergreen dan laku keras. Resepi kek sarang semut dah banyak kali wani postkan kat sini. Bila dah terjumpa resepi yg tak payah perap, lagi senang kerja. Kek pun bersarang elok. tak percaya tengoklah gambar tu ya. Siap potong dah masuk dlm bekas.

Resepi dah memang a keeper, tak nak cari lain dah. cuma sebab dah banyak kali buat nak ikut kesesuaian manis di tekak orang tua ni takut termanis, dr 2 cawan gula pasir nak buat gula hangus, Wani dah kurangkan dlm 1 1/2 cawan. Dan utk susu pekat manis pun kurangkan juga dlm 1/2 cawan.

Dah siap bakar, potong dan cuba mkn, memang sedang elok dah manisnya, bonda pun cuba rasa sedang elok dah, sebab sebelum ni dia komen kek manis sangat. Syukur rasanya, sebab perasan memang manis sangat guna 2 cawan gula tu.. Sesiapa nak kurangkan gula blh ikut cara macam ni ya,

Resepi kat bawah resepi asal, cuma kalau korang nak kurang manis kurangkan jadi

1 1/2 cawan gula pasir utk buat gula hangus
1/2 cawan susu pekat manis

KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP

kredit resepi dr Noy Yullan

Bahan Karamel

2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)

3 sudu besar mentega

2 cawan air panas

Bahan Ayak

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

Bahan Blend

7 biji telur gred A ( 6 biji telur gred A )

2 sudu kecil esen vanila

1 cawan susu pekat ( 3/4 cawan )

Cara-Cara

1. Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.

2. Masukkan mentega. Kacau rata.

3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak de la terpercik sangat. Ketepikan dulu.

4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dlm bekas besar.

5. Blend telur, esen vanila dan susu pekat sehingga sebati.

6. Tuang bahan blend ke dlm bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja sehingga semua sebati.

7. Angkat periuk yg ada gula hangus tadi, tuang ke dlm adunan tepung. Panas-panas pun blh. Hati-hati, ya. Kacau rata.

8. Sediakan loyang 7 x 7 x 3 inci. Sapu dlm loyang dgn mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.

9. Panaskan dahulu oven dgn suhu 170’C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 sehingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pd oven masing-masing, ya. Tak semestinya sama dgn saya.)

10. Apabila cukup masa dan kek sudah masak, blhlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau sehingga adunan masak.

11. Potong kek melintang urat.

Selamat mencuba 😊

BACA SINI >>> LANGKAH -LANGKAH BERGAMBAR KEK SARANG SEMUT TANPA PERAP

Loading...

Tags: #KEEPER #Mudah #PERAP #Recipe #SARANG #SEMUT #TANPA #yang

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "A KEEPER RECIPE || KEK SARANG SEMUT YANG MUDAH TANPA PERAP"