9 Mangsa Kini Di ICU, MB Johor Kata Tak Perlu Isytihar Darurat, Jangan Percaya Khabar Angin.

Meskipun seramai 506 orang mangsa direkodkan hari ini sahaja berikutan pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia yg dibuang di Sungai Kim Kim dekat Pasir, Khamis lps, kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sembilan mangsa dilaporkan berada di unit rawatan rapi ICU selepas terhidu bahan beracun itu.
 

Johor 1 - 9 Mangsa Kini Di ICU, MB Johor Kata Tak Perlu Isytihar Darurat, Jangan Percaya Khabar Angin.

Bagaimanapun menurut Menteri Besar Johor, Osman Sapian, situasi pencemaran setakat ini terkawal dan tiada keperluan utk mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan.

Osman yg mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hampir tiga jam tadi berkata, rakyat juga diminta jangan mempercayai serta menyebar maklumat-maklumat tidak benar yg tular sebaliknya sentiasa mengikuti informasi yg betul dr saluran yg benar.

“Sebenarnya benda ini tidak ada menjejaskan begitu teruk kalau kita lihat pd hari ini. Cuma beberapa tempat. Ini pun bukan sepanjang masa, mengikut keadaan. Kadang-Kadang semasa panas itu, mungkin haba itu naik.

“Kita lihat dlm setiap laporan-laporan jabatan-jabatan ini, ini bukan satu perkara yg kita blh anggap sehingga ada mcm kita kena ‘declare’ darurat dan sbgnya, tidak. Jauh drpada itu, dlm keadaan yg terkawal,” katanya pd sidang media di Menara Aqabah, MPPG di sini sebentar tadi.

Osman berkata, mengikut bancian yg dibuat oleh pejabat pendidikan terdapat 42 sekolah di kawasan tersebut, namun bukan semua murid sekolah terjejas kerana pencemaran itu.

“Kita hendak cuba supaya benda ini tidak merebak kepada murid lain, kita tutup sementara. Itu pun sementara. Saya rasa dlm empat lima hari selepas kita ambil tindakan ini akan pulih.

“Kita akan menilai dr masa ke semasa. Kita akan bg laporan mengikut kepada laporan-laporan jabatan-jabatan tertentu, pakar-pakar tertentu pukul 9 pagi dan juga 6 petang, kita akan melaporkan,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk yg tinggal kawasan berhampiran perlu dipindahkan, beliau berkata, kawasan perumahan dimaksudkan tidak terjejas, sebaliknya hanya sekolah-sekolah.

“Kerana sekolah ini dia terdedah. Rumah ini dia tutup pintu dan sbgnya. Dan mereka yg duduk di rumah ini, biasanya dia tidak keluar sewaktu siang hari dan sbgnya. Dan sebahagian drpadanya kerja.

“Kalau ikutkan kita punya bancian, perumahan ini dia tidak begitu terjejas. Hanya yg terjejas sikit adalah sekolah,” katanya.

Menurutnya, evakuasi penduduk tidak akan dibuat sementara waktu ini. – 13 Mac 2019.


Loading...

Tags: #Angin #DARURAT #Isytihar #Jangan #Johor #Kata #Khabar #Kini #mangsa #Percaya #Perlu

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "9 Mangsa Kini Di ICU, MB Johor Kata Tak Perlu Isytihar Darurat, Jangan Percaya Khabar Angin."