9 Langkah Mudah Urutan Perineum Bagi Mengurangkan Risiko Terkoyak Semasa Bersalin

urutanBperineum - 9 Langkah Mudah Urutan Perineum Bagi Mengurangkan Risiko Terkoyak Semasa Bersalin

Urutan bahagian perineum ini amat digalakkan dilakukan oleh ibu hamil kerana ia sedikit sebanyak dapat memudahkan proses kelahiran yg bakal dilalui. Urutan ini blh mula dilakukan seawall minggu 34 kehamilan sehingga tiba saat melahirkan bayi.

Urutan ini blh dilakukan sendiri di rumah, satu sehingga dua kali sehari menggunakan minyak yg berasaskan bahan semulajadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak kelapa dan lain-lain. Elakkan menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yg mengandungi bahan kimia.

Masa yg paling sesuai utk melakukan urutan ini adalah sejurus selepas mandi kerana bahagian perineum pd masa ini lebih lembut dan lebih selesa disentuh. 
Menurut kajian, urutan ini dapat mengurangkan koyakan pd bahagian perineum lalu blh mengurangkan risiko episiotomy. Urutan ini dimulakan dr lubang dubur ke lubang faraj. Kebanyakan wanita yg mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dlm tempoh tiga bulan selepas bersalin.

Langkah demi langkah

1.       Cuci tangan anda dgn sempurna. Pastikan kuku sentiasa pendek.

2.       Kedudukan yg sesuai utk melakukan urutan ini adalah dgn bersandar pd bantal di atas katil atau sofa dgn lutut dibengkokkan ataupun duduk ditandas. Dapatkan kedudukan yg selesa dan pastikan lokasi urutan adalah selamat dan tiada gangguan.

3.       Sapukan jari dgn minyak pilihan anda.

4.       Masukkan satu jari kedalam dinding faraj iaitu lebih kurang1 sehingga 1.5 inci ke dlm faraj.

5.       Pastikan empat jari lagi dibahagian punggung.

6.       Tekankan ke bawah iaitu kea rah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.

7.       Tetapkan keadaan tersebut selama satu sehingga dua minit.

8.       Gerakkan kesemua jari mengikut bentuk U dan lakukan berulang kali. Urut selama mana yg anda mahu atau sekurang-kurangnya 5 minit setiap sesi.

9.       Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan di bahagian faraj sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angina keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang sehingga 10 kali.

Info

Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mengalami jangkitan di bahagian faraj. Seeloknya, dapatkan pandangan doctor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #bagi #Bersalin #langkah #Mengurangkan #Mudah #Perineum #Risiko #Semasa #Terkoyak #URUTAN

author
Author: 
    Foo Sing Wai Memang Suka Sebar Perkara Karut Dan Fitnah Di Facebooknya.
    Tiba-tiba nama Foo Sing Wai menjadi terkenal diseluruh negara berikutan tindakannya yg menghina
    Bolehkah Pasta Gigi Orang Dewasa Dipakai Oleh Anak-Anak? Ini Dia Jawabannya!
    Pasta Gigi Dewasa Utk Anak-Anak – Blhkah pasta gigi dewasa dipakai utk anak-anak?
    Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu.
    “Meletakkan kesalahan kepada kakitangan adalah perbuatan keji,” itulah antara respon netizens yg mempertikaikan
    Petua Orang Lama Elak Kucing Berak/Kencing Merata
    Assalamualaikum, Aduh stressnya pagi ni bila tengok kucing berak depan rumah. Habis selipar

    Leave a reply "9 Langkah Mudah Urutan Perineum Bagi Mengurangkan Risiko Terkoyak Semasa Bersalin"