8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

kenduri5 1 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

Kalau korang rasa tak tau nak masak apa sepanjang minggu ni, apa kata korang cuba lapan menu yg dikongsikan oleh Puan Ros dr Rose katering. Katanya ini menu ringkas sesuai sbg hidangkan mkn tengahari atau malam. Jadinya korang blh rancang siap-siap apa menu nak dimasak setiap hari, mudah kerja.  Malah blh juga dijadikan menu kenduri. Korang blhlah cuba ye.

 kenduri 2 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 1 sudu mkn kerisik

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 2.5  halia

Bahan Sangai dan Kisar:

  • 2 sudu mkn ketumbar
  • 1 sudu mkn jintan manis
  • 1/2 sudu mkn  jintan putih

Bahan Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntuk bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

    CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng sehingga wangi.
  2. Seterusnya, masukkan bahan yg di kisar. Kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging kacau rata dan biar sehingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan kerisik kacau sehingga sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

kenduri1 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

PAJERI NENAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas masak | hiris bulat dan potong dua
  • 500ml santan pekat
  • 5 biji bawang merah  | kisar
  • 2 biji bawang putih  | kisar
  • 2 sudu mkn rempah kari | bancuh dgn sedikit air
  • 1sudu mkn serbuk cili | bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu mkn udang kering | kisar
  • 2 sudu mkn kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis secukupnya
  • Rempah Penumis:
  • 1kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2.5cm  kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan udang kering, bancuhan rempah kari dan serbuk cili, kacau rata sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan kerisik dan santan. Kacau sehingga timbul minyak.
  5. Akhir sekali masukkan nanas dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah kuah pekat dan nanas masak, tutup api.
  7. Pajeri sedia dihidangkan.

kenduri3 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

ACAR BUAH

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan jeruk buah-buahan campur
  • 1 sudu mkn serbuk kari daging
  • 3 sudu mkn cili kisar
  • 2 sudu mkn  puri tomato
  • 1 batang kulit  kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2.5cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
  2. Kemudian masaukkan bahan kisar, kacau sehingga wangi.
  3. Seterusnya asukan puri tomato bersama serbuk kari dan kacau seketika.
  4. Selepas itu, masukan jeruk campur dan kacau sehingga rata.
  5. Kemudian perasakan dgn gula dan garam.
  6. Kecilkan api, dan kacau sehingga kuah pekat lebih kurang tiga minit.
  7. Angkat dan hidangkan.

KARI AYAM ROSE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam  | potong  sederhana, cuci dan tos
  • 500ml santan
  • 4 sudu mkn  rempah kari  daging
  • 2 biji kentang  | belah empat
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu mkn air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya utk menumis
  • BAHAN KISAR:
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 2.5cm  inci halia

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yg telah direbus.
  4. Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit,
  5. Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
  6. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Kari daging sedia dihidangkan.

kenduri8 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu. 

KERABU PERUT BERSAMA TAUGE

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut | cuci bersih
  • 150gm tauge | buang ekor
  • 3/4 cawan pati santan
  • 2 sudu mkn kerisik
  • 1 sudu teh lada serbuk lada hitam
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • BAHAN HIRISAN:
  • 2 biji bawang besar
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut muda

CARA MEMASAK:

  1. Perut yg telah direbus hendaklah dihiris memanjang dan toskannya.
  2. 2.Seterusnya masukkan perut di dlm mangkuk bersama bahan hirisan yg lain.
  3. Tambahkan dgn kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul rata, kemudian perahkan jus limau nipis.
  5. Gaul lagi sehingga rasa masamnya sekata.
  6. Kerabu sedia dihidangkan.

kenduri4 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

DAGING BRIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging  | hiris, cuci dan tos
  • 250ml susu cair
  • 150gm puri tomata
  • 4 sudu mkn rempah briani | bancuh dgn sedikit air
  • 3 sudu mkn serbuk badam
  • 3 sudu mkn minyak sapi
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • 1/2cawan bawang goreng
  • 3 biji tomato | potong dadu
  • 3 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • 5 biji cili hijau
  • 3 biji cili merah

BAHAN PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging bersama bahan kisar, perap sekurang-kurangnya satu jam dan simpan dlm peti sejuk.
  2. Panaskan minyak, kemudian masukkan minyak sapi.
  3. Tumis bahan penumis sehingga wangi, masukkan rempah briani, kacau sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan daging, puri tomato, kacau sehingga air daging keluar.
  5. Biarkan mereneh sehingga air daging kering. Baru masukkan susu cair, puri tomato dan bawang goreng.
  6. Setelah mendidih perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah kuah briani timbul minyak, tutup api.
  8. Daging Briani sedia dihidangkan.

 kenduri 6 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

AYAM MASAK JINTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong sederhana
  • 500ml santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

BAHAN GORENG  SANGAI DAN KISAR:

  • 2 sudu mkn ketumbar
  • 2 sudu mkn jintan putih
  • 1 1/2  sudu mkn jintan manis
  • 1 sudu mkn lada putih

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering | potong dan rendam dlm air panas
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah3cm  halia
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 4 batang serai
    CARA MEMASAK:
  1. Bersihkan ayam kemudian tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula bahan goreng sangai dan kisar. Kacau lagi seketika.
  4. Seterusnya masukkan ayam, kacau rata sehingga ayam kecut.
  5. Apabila air ayam kering masukkan santan dan asam keping.
  6. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api dan biarkan mendidih seketika sebelum tutup api.
  8. Sedia dihidangkan.

kenduri7 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

AYAM PERCIK SERAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu mkn pes cili kering
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah | kisar
  • 4 ulas  bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai sehingga wangi bersama daun limau purut.
  2. Masukkan bahan kisar bersama pes cili, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian tambahkan santan, diikuti ayam.
  4. Biarkan sehingga ayam kecut, masukkan pula asam gelugor.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  6. Keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Keringkan kuah sehingga pekat dan taburkan hirisan daun kunyit.
  8. Tutup api dan ketepikan.
  9. Bakar ayam yg telah dikeluarkan tadi dlm ketuhar atau pemanggang lebih kurang 10 minit.
  10. Masukkan ayam dlm pinggan dan tuangkan kuah percik di atasnya.
  11. Sedia dihidangkan.

kenduri5 1 1 - 8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu.

GULAI IKAN MASIN BERSAMA TERUNG BULAT

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg Ikan Masin Talang | potong dan rendam
  • 2 biji terung bulat | belah empat
  • 2 biji cili  hijau | potong dua
  • 2 biji cili merah | potong dua
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 500ml santan
  • 4 sudu mkn rempah kari ikan
  • 1 sudu mkn serbuk cili
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis:

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar | kisar
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 3cm halia

BAHAN TUMIS:

  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 1 sudu mkn halba campur
  • 2 tangkai daun kari | lurutkan dr tangkai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan pula rempah kari bersama serbuk cili yg dibancuh dgn sedikit air.
  4. Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa.
  5. Seterusnya masukkan santan, dikuti dgn ikan masin.
  6. Setelah mendidih masukkan terung.
  7. Jika kurang masin tambah garam dan gula secukup rasa.
  8. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi.
  9. Sebelum tutup api masukkan hirisan cili merah, hijau dan tomato.
  10. Gulai sedia dihidangkan.

 

Komen anda


Loading...

Tags: #Lauk #Pauk #Resipi #Seminggu #Sesuai

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "8 Resipi Lauk Pauk Sesuai Utk Seminggu."