8 Kandungan susu pediasure utk bantu anak memilih mkn!

Risau hati mak ayah melihatkan anak anak selalu demam. Macam tak cukup zat je. Blh ke susu pediasure penuhi keperluan mereka ni?

anakBminumBsusuBpediasureBkayaBkandunganBkhasiat - 8 Kandungan susu pediasure utk bantu anak memilih mkn!


Ibu pasti kita akan hadapi dilema di atas semasa membesarkan anak anak. Kalau kita cari di internet, ramai orang kongsi kebaikan susu pediasure.

Bacaan menarik: Apakah itu susu pediasure? Ini cara mengetahui sama ada anak kita sesuai menggunakannya.

Tak cukup dgn tu, pediatrician (pakar kanak kanak) juga dikatakan mengesyorkan kita mencuba susu ini utk anak yg kurang seleranya.

Sebab itu Ibu tuliskan artikel ini utk panduan bersama.

Baca artikel ini sehingga habis, dan anda dijamin akan

  1. Mengetahui khasiat yg terkandung di dlm produk ini.
    .
  2. Faham cara membaca jadual nutrisi pd label.
    .
  3. Tahu fungsi setiap khasiat utk kesihatan anak kita.
    .

Pertama sekali, kita akan berkenalan dgn jadual yg sangat membantu.

Jadual susu pediasure yg menerangkan kandungan khasiatnya.

Bila kita beli susu, pastikan kita semak belakang tin. Akan ada maklumat seperti di bawah ni.

JadualBkandunganBsusuBpediasure - 8 Kandungan susu pediasure utk bantu anak memilih mkn!


Mengetahui cara membaca label nutrisi yg terkandung di belakang produk sangat penting. 

Ini kerana ia memberitahu kita tentang ramuan produk, nutrien penting, dan nilai harian yg disyorkan utk nutrien tersebut.

Apakah maklumat yg terkandung pd label nutrisi?

Secara umumnya, jadual ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
  1. Maklumat Nutrisi 
  2. Senarai Bahan. 

Di bawah ni Ibu kongsikan rupa jadual kandungan.
JadualBkandunganBnutrisi - 8 Kandungan susu pediasure utk bantu anak memilih mkn!
Sumber: nhlbi.gov

Apa makna setiap label dlm jadual di atas?

  1. Serving size – Memberitahu kita kuantiti dlm gram, atau mililiter bagi setiap hidangan, dan bilangan hidangan setiap bekas.
    .
  2. Amount per serving – Menunjukkan bilangan kalori dlm satu hidangan dan berapa banyak kalori yg datang dr lemak.
    .
  3. % Daily value – Ini memberitahu kita jumlah nutrien yg ada dlm setiap hidangan.
    .
    Contohnya seperti lemak, kolesterol, natrium, karbohidrat, serat, gula, dan protein.
    .
    Nilai Peratusan keperluan harian (DV) blh didapati di sebelah kanan  bahagian ini.
    .
  4. Vitamin & mineral – Menunjukkan peratusan nilai harian vitamin dan mineral yg disyorkan dlm setiap hidangan.
    .
  5. Ingredients list – Bahagian kedua ini terletak di bawah panel fakta pemakanan.
    .
    Ia menyenaraikan semua bahan mentah yg terkandung di dlm produk menurut urutan berat.
    .
    Bahan yg tersenarai terlebih dahulu adalah lebih banyak & berat kuantitinya. Diikuti bahan yg lebih ringan.
    .

Maklumat mengenai jumlah nutrien ini sebenarnya utk 1 hidangan / cawan menurut sukatan yg dicadangkan. 

Nilai peratus harian (DV) yg disenaraikan di panel fakta pemakanan membantu kita menentukan berapa banyak nutrien yg disediakan oleh produk dlm satu hidangan berdasarkan jumlah pengambilan harian yg disyorkan. 

Apa yg anak kita perolehi dlm secawan susu tepung pediasure?

Pediasure direka utk membekalkan nutrien penting kepada kanak-kanak yg cerewet tentang mkn.

Biasanya semasa mereka berumur 2 sehingga 13 thn, ramai mak ayah pening kepala sebab anak anak sibuk main sampai tak nak mkn. 

Susu ini dikeluarkan oleh Abbott Laboratories dgn pelbagai perisa, tetapi yg paling popular mestilah vanilla dan coklat.

Di bawah ini Ibu kongsikan peranan 5 khasiat yg ada di dlm susu ini.

1. Protein

Protein diperlukan badan anak kita utk pertumbuhan dan pembaikan sel. 

Susu ini menggunakan konsentrat protein susu, protein whey, dan isolat protein soya sbg sumber proteinnya.

2. Air

Air adalah ramuan utama dlm Pedisaure. Ia adalah perlu utk penghadaman mknan dan metabolisme pepejal. 

Apabila kanak-kanak mengalami cirit-birit atau muntah,  mereka akan mudah mengalami dehidrasi. 

Pengambilan susu ini setiap hari sedikit sebanyak membekalkan anak kita dgn air yg diperlukan badan.

3. Minyak

Kanak-kanak dan orang dewasa memerlukan asid lemak penting. Asid lemak tidak tepu juga membekalkan antioksidan yg penting utk kesihatan. 

4. Vitamin & Mineral

Formulasi Pedisure mengandungi beberapa vitamin surih yg diperlukan dlm kuantiti kecil seperti tiamin dan vitamin D-3. 

Mineral seperti magnesium, kalium, garam, kalsium, dan natrium juga terdapat di dlmnya.

5. Bahan pemanis

Kandungan gula di dlm susu pediasure memberikan rasa manis yg disukai kanak-kanak disamping membekalkan tenaga kepada mereka. 

Antara jenis gula yg digunakan adalah maltodekstrin jagung, sejenis sumber tenaga yg mudah dicerna. 

Selain itu, fructooligosaccharides juga digunakan yg berfungsi sbg pemanis buatan yg blh meningkatkan penyerapan mineral penting pd kanak-kanak. 

Selain itu, Pediasure bebas kandungan gluten, dan juga sesuai utk kanak-kanak yg alah pd laktosa.

Ia juga dan tidak mengandungi kacang yg pantang dimakan oleh mereka yg alah pdnya. 

Jika anda masih belum puas hati, blh teruskan baca artikel di bawah.

Bacaan menarik: Fungsi setiap khasiat yg terkandung di dlm susu pediasure!


Kesimpulan.

Susu pediasure sangat baik diambil setiap hari utk membekalkan keperluan protein, 23 vitamin dan banyak lagi mineral penting utk perkembangan mereka.

Formulasi Pediasure juga mengandungi prebiotik dan antioksidan utk kesihatan anak anak.

Sekiranya anda ingin berkongsi pengalaman, blh kongsikan di ruangan komen disediakan. Sama sama kita kongsi ilmu utk panduan mak ayah lain.

Sama sama dapat pahala. Insyaallah.


Loading...

Tags: #Anak #bantu #Kandungan #Memilih #pediasure #Susu

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "8 Kandungan susu pediasure utk bantu anak memilih mkn!"