7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Untitled design 10 4 1 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Mengapa ya resipi dah betul, tapi bila mengukusnya kuih atau kek tak menjadi. Malah rosak pulak. Hati-hati sikit korang nak mengukus ni tak semudah membakar guna oven, set timing dan tunggu masak.

Untitled design 12 1 1 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Bab paling penting teknik mengukusnya kena betul. Suhu wap atau stim tidak dpt di tentukan ia bergantung kepada kepanasan api dapur gas, jumlah air dlm kukusan dan perkakasan yg digunakan.

Kekurangan air dlm kukusan menyebabkan kuih atau kek terbantut dan tidak masak, terlalu kecil api juga menyebabkan wap tidak naik, dan jika api terlalu besar pula menyebabkan kuih mengerutu dan mengelembong.

Wap yg menitis ke permukaan kuih juga blh merosakkan kuih. Ini adalah masalah yg selalu di alami ketika membuat kek atau talam menggunakan kaedah mengukus.Ni min kongsikan petua yg dikongsikan dr Faira Ali dr lamannya fairacoklatmoist.blogspot.

NI 7 PETUA @ TEKNIK MENGUKUS YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN :

1. Gunakan pengukus yg mempunyai penutup yg tinggi supaya wap menjadi seimbang.

Untitled design 9 3 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Foto : chohomes.en.made-in-china.com

2. Saiz pengukus hendaklah bersesuaian dgn saiz loyang.

3.. Sentiasa periksa air di dlm pengukus, sentiasa pastikan air mencecah lantai pembahagi kukusan.

Untitled design 3 17 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Foto : freep.com

4. Jika air berkurang, masukkan air panas utk menambahkannya. Air hendaklah diisi 3/4 penuh dlm periuk kukus. Air pula mestilah sudah mendidih sebelum memasukkan kuih.

Masalah yg kerap berlaku adalah apabila air telah kering tetapi kuih pula belum lagi masak. Usah bimbang, isikan sahaja semula periuk dgn air panas.

Untitled design 2 17 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Foto : pooyuhcorets.blogspot.com

5. Balut tutup pengukus dgn tuala supaya wap tidak keluar.

6. Tutup loyang adunan dgn penutup atau tudung supaya air tidak menitis ke permukaan kek.

7. Pastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Mudahkata guna api sederhana aje.

4 TIP EKSTA UNTUK KUIH TALAM KUKUS :

8. Sejukkan kuih sekurang-kurangnya 3 jam.

Untitled design 8 8 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

9. Utk mendapatkan saiz kuih yg lurus dan sama, potong kuih menggunakan pisau plastik dan pembaris.

Untitled design 5 13 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Foto : azurarahman.com

Untitled design 6 7 - 7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam.

Pembaris talam pun ada dijual, lebih mudah mengukur

10. Kuih yg telah masak hendaklah disejukkan atas redai besi atau bekas telur.

11. Jika anda ingin kuih cepat sejuk, rendam loyang kuih di dlm dulang berisi air.

12. Kuih talam yg sedap ini mampu bertahan selama 24 jam di luar dan lebih kurang 2 hari dlm peti sejuk.

Sumber : azwanhalik.blogspot.com

Komen anda


Loading...

Tags: #Atau #Ekstra #Kalau #Kuih #Mengukus #Petua #Rosak. #Talam

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "7 Tip Mengukus Kalau Tak Nak Kuih Atau Kek Rosak. Ekstra Petua Utk Talam."