7 Petua Ikan Bilis Goreng Yg Lebih Rangup, Tahan Lama & Tak Liat

Loading...

Berikut adalah tips dan petua yg blh anda cuba utk menggoreng ikan bilis yg rangup, garing dan crispy.
1. TOS / SANGAI SELEPAS BASUH
Selalu juga orang keliru sama ada nak basuh dulu ikan bilis atau tak. Kadangkala ada yg bg tips tak payah basuh supaya garing. Tapi ada yg tak lalu nak mkn kalau ia tak dibasuh dulu.
Sama ada anda nak mencuci atau rendam ikan bilis sebelum dimasak, terpulang. Yg penting, toskan ikan bilis seketika sehingga kering dan tak berair.
Kalau nak cepat, blh sangai (goreng tanpa minyak) utk hilangkan kandungan air tadi. Lps tu barulah goreng dlm minyak panas seperti biasa.
2. RENJIS / PERAP DENGAN CUKA
Satu lagi tips nak dptkan ikan bilis goreng yg rangup adalah dgn menggunakan cuka.
Caranya, basuhkan bilis, toskan dan renjis dgn cuka mkn sambil dirata-ratakan. Kemudian gorenglah mcm biasa. Mesti rangup.
Boleh juga rendamkan terus dgn cuka selama lebih kurang 5 minit sebelum digoreng. Jangan risau, ia takkan menjejaskan rasa ikan bilis. Cubalah!
3. GORENG DENGAN ASAM KEPING
Kalau di rumah tak ada cuka, blh letakkan asam keping dlm 2-3 keping semasa menggoreng.

Ramai dah cuba dan katanya memang rangup kejadian ikan bilis tu.
4. GAUL TEPUNG
Seperti yg kita tahu, tepung akan membuatkan gorengan kita menjadi garing dan crispy. Begitu juga halnya dlm kes ikan bilis ni.
Jadi, bila dah basuh ikan bilis nanti, gaul pula dgn tepung. Biasanya guna tepung beras atau tepung jagung. Kemudian goreng. Insya Allah garing dan tahan lama.
5. SIMPAN PETI SEJUK SEBELUM GORENG
Ada juga yg kata kalau nak rangupkan ikan bilis yg digoreng, biarkan ikan bilis yg telah dibasuh dan ditoskan tadi di dlm peti sejuk semalaman.
Esoknya keluarkan dan terus goreng mcm biasa. Ia akan jadi rangup sebab air dr ikan bilis tu akan tersejat.
6. TUNGGU MINYAK HILANG BUIH
Cara nak menggoreng pun memainkan peranan juga dlm nak mendapatkan hasil yg krup krap krup krap.
Nak dpt hasil gorengan bilis yg mantap, seeloknya goreng dlm minyak yg byk dan api yg perlahan. Pastikan minyak dah panas masa nak masukkan ikan bilis.
Nak tahu dah garing ke tak, tunggu sampai ikan bilis berhenti berbuih. Terus angkat dan toskan guna tisu dapur. Bila dah agak sejuk baru simpankan dlm bekas kedap udara.
goreng bilis 1 1 - 7 Petua Ikan Bilis Goreng Yg Lebih Rangup, Tahan Lama & Tak Liat

7. JANGAN SIRA ATAS API
Kalau yg nak buat sambal, jangan ada api masa masukkan ikan bilis yg telah digoreng.
Jadi, bubuh sambal dlm bekas lain dulu dan kemudian barulah tuangkan bilis dan sirakan. Baru garing!
petua goreng ikan bilis 1 - 7 Petua Ikan Bilis Goreng Yg Lebih Rangup, Tahan Lama & Tak Liat
PILIH IKAN BILIS YANG ELOK
Satu lagi faktor yg penting adalah jenis ikan bilis yg dibeli. Seeloknya beli gred yg berkualiti, bersih, dan cantik.
Cubalah cari ikan bilis yg dlmnya ada garisan putih. Harganya mungkin mahal sedikit berbanding yg tebal dan isi dlmnya hitam, tapi rasanya memang sedap dan berbaloi. Blh tahan rangup sehingga berhari-hari dan ada yg sampai sebulan
Loading...

Tags: #Bilis #GORENG #IKAN #lama #Lebih #liat #Petua #RANGUP #TAHAN

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "7 Petua Ikan Bilis Goreng Yg Lebih Rangup, Tahan Lama & Tak Liat"