7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

Untitled design 10 9 1 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

Buah-buahan memang sedap dijadikan minuman penghilang dahaga yg menyegarkan dan berkhasiat. Bukan buah-buahan import aje yg tempatan pun sangat sedap.

Selain buat jus sahaja sedap juga dibuat smoothies dan shakes yg buat anda puas menikmatinya. Cantik dipandang serta beraneka warna, jika anda pandai berkreativiti dgn menu minuman ini. Ni min kongsikan 7 resipi minuman buah-buahan yg mudah dibuat.

1. JUS ANGGUR SODA

Untitled design 3 21 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm buah anggur tanpa biji
  • 1 botol jus anggur (twister)
  • 1 cawan air ais krim soda
  • Sedikit ais

CARA MEMASAK:
1. Kisar buah anggur bersama ais krim soda.
2. Kemudian campurkan jus anggur. Kisar lagi sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm gelas dan tambah ais secukupnya.

Info chef: Blh tambah sedikit pewarna mknan utk warna lebih cantik.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa anggur yg sedap

2. JUS LOBAK MERAH, EPAL DAN GUAVA

Untitled design 8 6 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • 1 botol kecil jus epal (twister)
  • 1 batang lobak merah saiz besar | kupas kulit
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1/4 sudu teh halia | parut
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu teh madu

CARA MEMASAK:
1. Kisar kesemua bahan dan masukkan ketulan ais. Hidangkan.

Info chef: Cukup mudah dibuat.

Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Ada aroma serbuk kulit kayu manis

3.BLUEBERRY MUFFIN SMOOTHIE

Untitled design 5 13 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • ½ biji pisang | bekukan
  • ½ cawan blueberi | bekukan
  • ¼ sudu teh parutan lemon
  • ¼ cawan oats
  • ½ cawan susu segar
  • 2 sudu mkn yogurt
  • ½ cawan kiub ais

HIASAN:

  • Kepingan oat secukupnya
  • Bunga gum paste

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan kisar.
2. Kemudian tuang ke dlm gelas.
3. Hias dgn kepingan oat dan bunga gum paste di atasnya. Sedia diminum.

Info chef: Minuman yg menyihatkan.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Terasa tekstur oat ketika minum

4. HONEYDEW MILKSHAKE

Untitled design 2 23 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • ½ cawan yogurt
  • ½ biji tembikai susu
  • 4 sudu mkn susu pekat
  • Ais secukupnya

HIASAN:

  • Hirisan tembikai susu
  • Manik warna hijau

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dlm pengisar kecuali ais.
2. Kemudian tuang ke dlm gelas dan masukkan kiub ais.
3. Hias dgn hirisan tembikai susu dan manic hijau utk lebih menarik.

Info chef: Tembikai susu blh dipotong kiub jika suka.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa tembikai susu yg lemak manis

5. SPINACH AND STRAWBERRY SMOOTHIE

Untitled design 4 16 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan baby spinach
  • 1 biji pisang
  • 1 biji buah oren
  • 5 biji strawberi
  • 1 cawan air
  • Kiub ais secukupnya

HIASAN:

  • Buah strawberi secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Tuang ke dlm gelas. Hias dgn buah strawberi.
3. Sedia dinikmati.

Info chef: Minuman yg kaya khasiat.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa tembikai susu yg lemak manis dan masam strawberi

6. AIR JUS NANGKA 

Untitled design 1 23 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji nangka madu
  • 1 cawan air
  • 3 skop ais krim vanila
  • 2 sudu mkn madu
  • Kiub ais secukupnya

HIASAN:

  • Hirisan nangka secukupnya
  • Ais krim vanila secukupnya
  • Manik warna warni secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan di dlm pengisar. Kisar sehingga halus.
2. Tuang ke dlm gelas dan masukkan ais secukupnya.
3. Skop ais krim vanila di atasnya dan hias dgn hirisan nangka dan manik warna warni utk lebih menarik.

Info chef: Rasa nangka sangat sedap bila dicampur dgn ais krim vanila.

7. GREEN APPLE AND PEAR SMOOTHIE

Untitled design 7 7 1 - 7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Segar dan Bersemangat Lps Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji buah pear | potong dadu (bekukan selama tiga jam)
  • 2 biji epal hijau | potong dadu (bekukan selama tiga jam)
  • 150ml yogurt asli
  • 100ml susu segar
  • 2 sudu mkn gula

CARA MEMASAK:
1. Satukan dan masukkan kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga halus dan sebati.
2. Tuang ke dlm gelas dan sedia dinikmati.

Info chef: Minuman ini juga enak disejukkan dahulu sebelum diminum.
Saiz hidangan : 2-3 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan : Minuman
Keistimewaan : Rasa masam epal yg bangkit selera

RESIPI: TERIMA KASIH ZETY HOT OVEN, SERI KEMBANGAN SELANGOR


Loading...

Tags: #Berbuka #Bersemangat #BuahBuahan #Minuman #Segar

author
Author: 
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam

    Comments are closed.