6 Zikir Terbaik Utk Diamalkan

Loading...

x 35 - 6 Zikir Terbaik Utk Diamalkan

Ada byk zikir yg telah diajarkan dlm Islam. Namun apakah zikir terbaik yg blh dijadikan amalan yg konsisten?

Mufti Abdur Rahman bin Yusuf dlm videonya ada memberitahu enam zikir terbaik hasil penelitian yg telah dilakukan oleh ilmuwan terhadap Al-Quran dan juga hadis. Berikut antaranya.

#1- Selawat
Orang yg mencintai akan byk menyebut nama orang yg dicintainya. Maka, selawat adalah tanda cinta kita kepada Rasulullah SAW. Selawat dpt menenangkan hati, menambah ganjaran pahala, dimudahkan makbulnya permintaan malah diberi syafaat di Akhirat kelak, InsyaAllah.

#2- Istighfar
Sebagaimana kita perlu sentiasa membersihkan badan yg fizikal, maka istighfar juga diperlukan utk membersihkan hati. Setiap satu titik hitam yg terbentuk dpt dilunturkan dgn Istighfar. Biasakanlah lidah menyebut istighfar setiap kali selepas bercakap.

#3- Ucapkan “Ya Zal Jalali wal Ikram”
“Al-Jalal” dan “Al-Ikram” merupakan nama Allah yg bermaksud Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Allah lah yg memiliki sepenuh kebesaran dan kekuasaan atas tiap-tiap sesuatu. Serulah nama Allah yg khusus ini setiap kali dada kita merasa sesak dan sukar. Allah lah yg berkuasa membesarkan dan melapangkan semula hati kita yg sempit.

#4- “La Hawla Wala Quwwata Illa Billah”
Ianya bermaksud:

“Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dgn pertolongan Allah”

Zikir ini menggambarkan rasa tunduk dan berserah kepada pencipta. Hakikatnya segala kudrat dan kemampuan yg kita miliki saat ini, yg membuatkan kita mampu bergerak, melakukan kerja, dan menyelesaikan apa-apa urusan, semuanya atas kuasa yg telah Allah pinjamkan. Maka akuilah ianya dgn ucapan “La hawla wala quwwata illa billah”.

#5- “La Ilaha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin”
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dpt menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dr orang-orang yg menganiaya diri sendiri”
Surah Al-Anbiya’ 21:87

Doa ini telah dibaca oleh Nabi Yunus ketika bgnda diselubungi kegelapan di dlm perut ikan. Siapa lagi yg lebih besar ujiannya drpada para Rasul. Bgnda bukan sahaja berada dlm kegelapan, malah berseorangan tanpa sesiapa. Yg ada hanya Allah SWT. Bacalah doa ini ketika anda diselubungi masalah dan berasa sukar utk keluar drpadanya. Dialah Pembuka Jalan sebenar-benarnnya.

#6 – “Subhanallah , Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar”
Daripada Samrah bin Jundab ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Ada empat ucapan yg paling di sukai Allah Subhanahu Wa Ta’ala;
Subhanallah سُبْحَانَ اللّهُ (Maha Suci Allah), Alhamdulillah اَلْحَمْدُلِلّهِ (Segala Puji Bg Allah), Laa ilaaha illallah لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ (Tiada ilah(tuhan) yg berhak disembah kecuali Allah) dan Allahu Akbar اَللّهُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar). Tidak berdosa bgmu dgn mana saja kamu memulai.
(HR Muslim No: 2137/12) Status: Hadis Sahih

Semoga enam zikir yg digariskan di atas mampu membantu kita utk meningkatkan amalan kepada tahap yg lebih baik. InsyaAllah.

Loading...

Tags: #Diamalkan #Terbaik #Zikir

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Leave a reply "6 Zikir Terbaik Utk Diamalkan"