
Ramadan al-Mubarak (bulan yg mulia) kini menjengah lagi. Marilah kita melafazkan rasa syukur yg tidak terhingga ke Hadrat Ilahi justeru dgn Inayah dan Kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan panjang umur dan murah rezeki utk menjalani ibadah yg sangat penting ini. Bayangkan betapa byk insan yg telah dijemput kembali dan betapa byk pula insan yg hidup dgn penuh cabaran, dugaan dan ujian yg berat.

Anda perlukan khemah? Jangan lupa layari JENOBA OUTDOOR untuk pelbagai koleksi peralatan perkhemahan dgn harga yg sangat berpatutan.
https://jenoba.wasap.my
Tulisan ini akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran rasmi di sekolah semasa menjalani ibadah puasa. Adakah berlaku ubah suai atau sama sahaja seperti biasa? Bagaimanakah kepekaan dan perasaan hormat kepada bln yg mulia ini dpt dipamerkan oleh seluruh warga sekolah?
Jika murid, guru dan kakitangan Islam mengamalkan anjuran bersahur sejurus (lebih kurang setengah jam sebelum waktu imsak), maka stamina mereka sebenarnya langsung tidak terjejas sepanjang sesi persekolahan. Namun, atas faktor kemanusiaan, ada juga pengecualian, misalnya terlepas waktu sahur atau tergesa-gesa bersahur akibat waktu sudah terlalu suntuk, atau tidak merancang pengambilan mknan pd waktu sahur. Demikian juga terhadap mereka yg diberi kelonggaran justeru masalah kesihatan.
Pengambilan kurma dan oat mungkin membantu orang yg berpuasa utk bertahan dgn tenaga yg konsisten lebih lama. Orang yg tidak bersahur mungkin terjejas dr segi tumpuan kerana perut yg berkeroncong. Walaupun begitu, jika minda mereka kuat, isyarat yg dihantar kepada sistem tubuh badan dpt mengawal kesan yg menjejaskan ibadah puasa dansegala aktiviti biasa seharian, termasuk pembelajaran.
Pendek kata, guru harus peka terhadap tingkah laku tertentu murid sepanjang bln puasa ini, lalu sentiasa memberi galakan terhadap murid yg menunjukkan semangat yg lebih kuat sewaktu berpuasa. Ibadah puasa bukan sahaja memberi kelegaan kepada sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, bahkan melatih akal supaya lebih aktif dan inovatif. Namun, dlm peringkat usia awal remaja, sudah pasti murid memerlukan bimbingan dan nasihat supaya proses pembelajaran dlm bln puasa mereka lebih hebat.
3. Tangguh aktiviti fizikal
Aktiviti mengeluarkan peluh seperti Pendidikan Jasmani di pdng mesti ditangguhkan, kecuali kepada murid bukan Islam, jika perlu. Sebaliknya, sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan serta pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) blh dikemas kini. Reka bentuk pedagogi yg menjurus terhadap penglibatan murid dpt mengelakkan rasa bosan kerana sekadar membaca teori kesihatan dlm buku teks atau sekadar mendengar ‘celoteh’ guru.
4. Kaedah pembelajaran yg bersesuaian
Selepas pukul 11 pagi, murid yg berpuasa mungkin menunjukkan tanda letih dan lesu. Maka, guru perlu peka dgn kedaan tersebut dgn melaksanakan aktiviti pembelajaran yg bersesuaian. Barangkali lebih byk modul tentang sesuatu tajuk perlu disediakan supaya murid terus memperoleh pengalaman pembelajaran yg unggul.
Semua pihak di sekolah mesti bijak mengawal emosi supaya tidak meletus sebarang bentuk pertelingkahan dan rasa marah yg mengakibatkan mutu ibadah puasa terjejas dgn teruknya. Meskipun demikian, teguran yg berhikmah hendaklah diteruskan supaya perubahan yg baik terus berlaku. Puasa bukan alasan utk bermalas-malas atau belajar secara sambil lewa.
6. Pentaksiran berlaku di sekolah tidak perlu di rumah
Sebaik-baiknya proses pentaksiran formatif diselesaikan dlm bilik darjah dan tidak perlu dibawa pulang ke rumah sepenuhnya. Murid juga perlu memiliki kesempatan utk menjalani ibadah puasa dgn pengisian amalan sunat yg lain.
Semoga ibadah puasa benar-benar menjadi madrasah, sekolah dan tarbiyyah yg terbaik utk umat seluruhnya, Insya-Allah…
Penulisan: CIKGU AZHAR RODZI

https://jenoba.wasap.my
Tags: #Bulan #Cikgu #Harian #Kelas #Puasa #rutin #Sepanjang #tips