6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM

Loading...

Perasan tak dlm rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pd pasangan, isu kecil pun blh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dlm hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca drpada jin/syaitan penghasut yg bernama “Dasim”.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
Siapa Tu “Dasim”
1.Dasim adalah iblis yg tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yg keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pd suami isteri.
2.Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan. Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak sefahaman tanpa sebab!
3.Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan berperang mulut, keluarkan kata-kata yg menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras. Kesannya rumah tangga yg dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.
4.Dasim suka menghasut terutama pd wanita yg datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yg sering alami emosi tidak menentu.

5. Dasim ni terlalu jahat sehingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja utk puaskan hati kita yg marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dgn mendekatkan diri pd Allah, buat perkara-perkara baik yg mana blh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dgn hasutan ini.

6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM

1. Bila tengah marah pd pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yg menenangkan dlm rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dgn air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat.
2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pd pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri.
3. Amalkan mkn dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA.
4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yg dibiar lama, tambah-tambah yg ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dlm selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dlm bilik-bilik yg tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita blh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.

5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah.Rumah yg tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga.
6. Kerap baca yassin dlm rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dlm rumah kita!
Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yg dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira!
Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan drpada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yg dibina berkekalan sehingga ke Jannah! Amin.
Sumber: Tidak Diketahui. Peroleh dr Whatsapp Group
Loading...

Tags: #DASIM #ELAKKAN #HASUTAN

author
Author: 
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal
    7 Seleb Ini Ganti Nama Setelah Masuk Islam, Namanya Jadi Indah Banget!
    slidegossip.com – Memilih agama atau keyakinan memang sudah menjadi hak pribadi masing-masing orang,
    Dulu Laris Manis Jadi Artis Sinetron, Lama Tak Muncul Malah Jualan Kopi dan Rempeyek!
    slidegossip.com – Nasib orang siapa yg bisa tahu, terkadang berada di atas, di
    Download Round-Up 4 English Grammar Book
    Download Round-Up 4 English Grammar Book by clicking the picture

    Leave a reply "6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM"